![]()
ZAM: RAFIDAH TIDAK BERADAB
Oleh Roslan SMS - Laman M@RHAEN
Seingat saya perkara-perkara seumpama ini jarang atau barangkali tidak pernah berlaku sebelum ini. Pada bulan Jun lalu seorang Timbalan Menteri dari MIC bangun dan mempersoalkan fakta yang diberikan oleh rakan Timbalan Menterinya dari Umno. Akhirnya Timbalan Menteri MIC itu telah digantung kerana melanggar etika parti (BN).
Hari ini sebagaimana dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan seorang Timbalan Menteri mendesak agar seorang Menteri memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan yang menyinggung bekas PM. Kali ini kedua-duanya dari Umno.
Kata Zainuddin Maidin, Timbalan Menteri Penerangan sebagaimana dipetik oleh BERNAMA:
Datuk Seri Rafidah didapati memberi jawapan yang menyinggung perasaan Dr Mahathir apabila bekas Perdana Menteri itu mencadangkan nama mereka yang mendapat AP didedahkan secara terperinci kepada umum.Menurut akhbar THE STAR Zainuddin berkata:Walaupun Rafidah telah menjawab kepada Dr Mahathir berhubung isu (AP yang dibangkitkan) beliau sepatutnya berbuat demikian dengan cara yang beradab memandangkan beliau (Dr Mahathir) adalah bekas Perdana Menteri.Rafidah adalah Ketua Pergerakan Wanita Umno manakala Zainuddin sekadar seorang Timbalan Menteri yang bukan pun ahli Majlis Tertinggi Umno. Dari segi etikanya Timbalan Menteri tidaklah sepatutnya memperkatakan sedemikian secara terbuka terhadap seorang Menteri yang sepatutunya lebih kanan dari beliau.
Namun ianya telah berlaku dan mencerminkan betapa haru-birunya situasi dalam rumah tangga Umno pada hari ini.
Umum mengenali Zainuddin sebagai ayam sabung Dr Mahathir yang sememangnya tidak layak duduk dikerusi Timbalan Menteri melainkan atas ihsan Dr Mahathir. Kerana itu tiada hairanya apabila berlaku polemik antara Rafidah dan Dr M, Zainuddin bingkas melenting.
Cuma persoalannya di sini kalau Sothinathan digantung kerana dikira telah melanggar etika parti walaupun berkata yang benar, apakah akan jadi pada Zainuddin dalam hal ini?
Atau memang bagi Umno kini sudah bebas boleh berkata apa sahaja kepada sesiapa sahaja?
Ringkasnya Dr M walaupun telah bersara namun masih bekuasa!
SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMS di http://n32.blogspot.com/
Diperpanjangkan oleh Roslan sms - 19.07.2005 (Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN