UMNO: MELARAM WAJAH YANG TERCEMAR
Oleh Roslan SMS - Laman M@RHAEN
Hari ini (kelmarin) hampir kesemua akhbar-akhbar mingguan arus perdana memaparkan kes rasuah politik yang membabitkan Isa Samad, Naib Presiden Umno yang menang jawatan tersebut dengan undi terbanyak dalam Perhimpunan Umno tahun 2004 lalu.

Berbagai komen dan reaksi diberikan. Sudah pastilah apabila ditanya dari kalangan pemimpin Umno, mereka rata-rata menyokong tindakan ini, walaupun mereka sendiri belum tentu terselamat daripada cengkaman Lembaga Disiplin yang kononnya masih belum selesai menjalankan tugasnya terhadap kes-kes yang dilaporkan kepadanya.

Umno Teluk Kemang di mana Isa adalah ketuanya, sahaja yang bersuara tidak dapat menerima keputusan ini.

Walau bagaimanapun, satu komen yang agak menarik datangnya daripada bekas Naib Presiden Umno yang pernah cuba menetang Presiden Umno dalam pemilihan tahun 2004 itu tetapi gagal kerana tidak mendapat cukup pencalonan. Beliau adalah Tengku Razaleigh Hamzah. Kata Ku Li dalam Buletin Uatam TV3 sebentar tadi:

Imej parti sudah tercemar oleh kerana suka tak suka persepsi ahli-ahli (Umno), (parti-parti) pembangkang dan rakyat terhadap parti (Umno) akibat peristiwa ini sudah merosakkan pandangannya terhadap parti kita (Umno) yang selama ini berjalan dengan baik.
Dalam pemilihan kontroversi itu, Isa pada awalnya sekadar memperolehi 37 pencalonan dari bahagian-bahagian Umno seluruh negara iaitu pencalonan kelima terbanyak. Akan tetapi apabila jumlah undi selesai dibilang, Isa berjaya meraih undi terbanyak iaitu 1,507 undi. Muhyiddin Yassin yang memperolehi pencalonan terbanyak iaitu dari 159 bahagian, cuma menang di tangga ketiga dengan 1,234 undi!

Apo nak dikato!

SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMS di http://n32.blogspot.com/

Diperpanjangkan oleh Roslan sms - 26.06.2005 (Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN