![]()
Kaji Semula Rancangan Perubahan Buku Teks Sastera
Oleh Syed Husin Ali - Laman M@RHAEN
Parti Keadilan Rakyat (keADILan) menggesa kuat Kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran, supaya mengkaji semula rancangannya untuk mengubah buku teks bagi mata pelajaran Bahasa/ Sastera di sekolah-sekolah mulai tahun 2010.
Sudah dilaporkan dalam akhbar bahawa Kerajaan bercadang untuk mnggugurkan karya-karya terkenal oleh semua Sastrawan Negara dan pemenang SEAWrite Award dan menggantinya dengan karya-karya penulis yang belum mendapat pengiktirafan dari masyarakat mahu pun juga kerajaan.
Jiklau laporan media ini benar, maka nyata sekali Kerajaan tidak bertindak bijak dan kami sangat-sangat keciwa. Kami tidak menganggap bahwa semua teks yang dipilih mesti terbatas kepada karya penulis-penulis “established” saja.
Karya-karya mereka mesti diteruskan disamping mengambil juga karya-karya baru yang baik walaupun belum begitu terkenal. Bahkan harus ditimbangkan juga karangan-karang penulis bukan Melayu tetapi warga Malaysia yang diterjemahkan ke Bahasa Malaysia.
Yang sangat mengeciwakan ialah apabila semua karya dan sastrawan yang sudah diiktiraf digugurkan dan digantikan sepenuhnya oleh mereka yang belum mendapat pengiktirafan lagi. Lebih-lebih lagi jikalau mereka yang dipilih sebagai pengganti itu dianggap hanya sebagai penulis-penulis picisan yang menghasilkan karya-karya picisan juga.
Kita semua ketahui bahasa yang digunakan oleh penulis-penulis terkenal seperti Usman Awang dan Samad Said sangat baik dan halus, dan boleh menjadi contoh. Semua hasil karya Sastawan Negara sering memenifestasikan nilai serta unsur budaya dan boleh membantu pembaca lebih memahami masyarakatnya sendiri. Mereka membicarakan soal-soal kemasyarakatan yang boleh menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab di kalangan pelajar.
Di mana negara pun selalunya teks yang digunakan untuk kursus-kursus sastra mereka, sama ada di peringkat sekolah atau universiti adalah hasil-hasil terkenal yang sudah dianggap sebagai klasik. Rancangan Kerajaan hendak menggugurkan semua penulis serta karya sastra yang terulung di negara ini membuktikan bahawa mereka yang patut bertanggungjawab tidak melakukan tanggungjawab dan tersangat buta budaya.
Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden keADILan
(husinsa23@yahoo.com)25 Januari 2008
Press Statement
REVIEW PLAN TO CHANGE TEXT BOOKS FOR LITERATURE
Parti Keadilan Rakyat (keADILan) strongly urges the Government, particularly the Ministry of Education, to review its plan to change the texts for the Language/ Literature subject in schools beginning 2010.
It has been reported in the press that the Government intends to drop the works of all Sastrawan Negara (National Witers) and winners of the SEA Write Award and replace them with works of writers who have not received any recognition from the public or even the Government.
If the media reports are true, it is clear that the government is acting in a foolish way and we are most disappointed. We re not asserting that all the literary works chosen should exclusively be from those of established writers.
Their works should be continued and at the same time attempt should be made to include good literary works by writers who are not so well-known yet. In fact, we should also consider translations of literary works in other languages by local non-Malay writers.
But what is most disappointing is that all established works and writers are going to be dropped and replaced by those that have not gained recognition. It is more disappointing if the new choices are going to be from among writers and writings that are considered to be second rate.
We all know that the language used by authors like Usman Awang and Samad Said is polished and superb, and provide good examples. Writings of our Sastrawan Negara often manifest cultural values and elements that will enable readers to understand their own society. They also describe and discuss social issues that can create awareness and responsibility among students.
In any country, usually the texts used in their literature courses, whether at school or university levels are works which are already well-known and regarded as classics. The government intention to drop our established writers and their writings goes to prove that those in responsible positions for the plan are irresponsible and completely lack culture.
Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden, keADILan
(husinsa23@yahoo.com)25 Januari 2008
Kiriman: Keadilan Rakyat <pkr_news@yahoo.com>
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1 Tajaan: PerigiDuit
Emel