KERAJAAN PAK LAH DIANCAM SKANDAL
Oleh Spy Kampong - Laman M@RHAEN

Kita kesian kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dia orang yang baik hati. Dia juga orang yang bersih. Tetapi, beberapa individu di sekelilingnya asyik bergelumang dengan noda dan dosa. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hendak memperkasakan Malaysia menerusi pendekatan Islam Hadhori. Tetapi segelintir orang yang rapat dengan beliau terus mencemar dan mengkhianati perjuangan itu menerusi siri skandal seks yang berpanjangan.

Ambil contoh Khairy Jamaluddin selaku anak menantunya. Hari-hari dia bergaya dalam akhbar perdana. Hari-hari ada sahaja publisiti mengenainya. Semua pasal cerita yang baik-baik dan indah-indah belaka. Perkara ini berlaku walaupun pihak akhbar sendiri sudah sedia maklum mengenai siri skandal seks Khairy. Ini perkara benar. Khairy berkendak dengan perempuan Burma. Khairy berasmara dengan seorang anggota Puteri Umno. Khairy kena tangkap basah kerana berkhalwat dengan seorang wanita Cina Singapura.
 
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah tahu tentang skandal di atas. Nori, isteri Khairy, pun sudah tahu tentang skandal suaminya. Khir Toyo pula akan menggunakan satu daripada siri skandal itu sebagai senjatanya kalau dia dipecat akibat skandal tanah di Bukit Cahaya Alam. Beberapa pihak akhbar juga tahu mengenai kisah skandal di atas. Tetapi, kenapa tidak pernah didedahkan? Kenapa tidak ada tindakan? Adakah Khairy sudah jadi amat gagah sehingga media perdana juga jadi kecut perut dan tidak berani mendedahkan segala-galanya? Inikah ertinya perjuangan Islam Hadhori oleh seorang Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia?

Habis cerita pasal Khairy, cuba kita singkap kisah Rizal Merican, Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Kewangan Malaysia. Rizal pun macam Khairy. Nafsunya tidak boleh dikawal. Baru-baru ini dia kena tangkap basah di sebuah hotel di Ampang. Dia kena tangkap dengan seorang janda penyanyi. Banyangkan betapa pedihnya hati Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerima berita ini? Orang kanan macam Rizal patut menyokong perjuangan Islam Hadhori. Tetapi, dia terus bergelumang dengan noda dan dosa!

Lepas itu, timbul pula cerita pasal seorang Timbalan Menteri dari Negeri Sembilan. Dia sudah berzina dengan isteri seorang Hamba Allah anggota Pakida. Maka, murkalah Hamba Allah berkenaan. Dia pun balun Timbalan Menteri itu dan terus membuat satu laporan polis untuk melindungi dirinya. Tok Ayah, bos Pakida, telah melaporkan hal tersebut kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Media massa tahu pasal hal ini. Tetapi, sampai sekarang pun Timbalan Menteri itu masih terus diberi publisiti dengan gambar berwarna!

Kebelakangan ini tersebar pula cerita seorang Menteri dengan Normala Samsuddin. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan amat marah dengan gelagat Menteri berkenaan. Bagaimanapun, kenapa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi susah sangat hendak buat rombakan kabinet untuk pecat Menteri berkenaan?

Seterusnya, meletup pula cerita dari Selatan. Seorang Menteri Besar didapati berskandal dengan anggota Exconya sendiri. Filem dan gambar mengenai adegan seks mereka sewaktu di Singapura, Sarawak dan Sabah, sudah sampai ke tangan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tetapi, sampai sekarang pun Menteri Besar dan Exco berkenaan masih bebas memerintah kerajaan dengan nilai moral yang bankrup.

Semua penjenayah seks seperti di atas adalah pengkhianat kepada perjuangan Islam Hadhori yang dipelopori oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tetapi, kenapakah mereka terus dikekalkan dalam jawatan masing-masing hingga ke hari ini? Sesetengah pihak menjawab, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah jadi bingung akibat mantera daripada bomoh-bomoh yang melindungi pesalah-pesalah di atas. Ada pihak berkata, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan bertindak tidak lama lagi. Ada pihak pula berkata, tidak lama lagi akan berlaku satu tsunami dalam kerajaan Malaysia.

Kesian sungguh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Lagi lama beliau memendapkan kes-kes di atas, maka lagi parahlah perjuangan Islam Hadhori dikhianati oleh skandal-skandal berkenaan. Lagi lama kes-kes di atas dipendap, maka lagi lunturlah nama baik beliau sebagai manusia yang sentiasa mengamalkan amal makruf nahi mungkar.

Bagaimanapun, rakyat jelata Malaysia mestilah bersimpati dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau mungkin sedang menunggu ilham suci. Beliau mungkin sedang menanti-nanti waktu dan ketika yang terbaik untuk bertindak. Beliau mungkin juga sedang mencari kekuatan mental untuk melakukan sesuatu yang drastik dan terpuji. Tetapi, apa pun yang sedang dilakukan, janganlah tunggu lama-lama, nanti masuk angin keluar asap!

- Spy Kampong - 19.05.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: