![]()
BACAAN YAASIN PECAH BELAHKAN PELAJAR MALAYSIA?
Oleh: Raden Jowo - http://no2umno.blogspot.com/ - Laman M@RHAEN
Surat pekeliling dari kementerian Pelajaran (Pengarah Bahagian Sekolah, Dato' Hajah Noor Rezan Binti Bapoo) -
"Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerima banyak aduan dari kalangan ibu bapa yang berasa kesal dan kecewa terhadap pengurusan sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah mahu pun diperingkat sekolah menengah yang tidak peka terhadap sensitiviti kaum yang ada disekolah mereka. Oleh kerana itu maka terdapat program dan aktiviti anjuran pihak sekolah dilihat sebagai mewujudkan segregasi kaum di sekolah sekolah. Antaranya ialah pembacaan doa semasa perhimpunan, bacaan Yaasin dan lain aktiviti/program agama yang seumpamanya dimana waktu pengajaran dan pembelajaran telah digunakan disamping itu murid murid keturunan dan agama lain terpaksa menunggu sehingga aktiviti/program berkenaan selesai."
![]()
Begitu lah isi kandungan surat yang dikeluarkan pada bulan Oktober 2007 kepada Pengarah Pelajaran negeri negeri dari Pengarah bahagian sekolah. Mungkin sudah sampai masanya untuk diadakan pesta dancing dan joget dan karaoke untuk jalinkan hubungan mesra antara bangsa.
Jangan terkejut kalau dimasa masa akan datang dibawah pemerintahan Islam Hadhari Bulu Berdiri ni, Sembahyang Jumaat pun akan dihapuskan perlahan lahan kerana waktu sembahyang yang panjang boleh mengganggu masa pembelajaran. Macamana .... anda bersetuju? Sila angkat tangan.
imej dipetik drp: cursingmalay
- Oleh Raden Jowo - 31.01.2008
Sumber: no2umno
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1 Tapak cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
Tajaan: PerigiDuit
Emel