NAJIB: KITA DIPAKSA MELAYAN HOBINYA
Oleh: Raden Jowo - Laman M@RHAEN

Sebelum kita berlanjutan kepada artikel dibawah, mari kita persoalkan diri dengan soalan soalan bodoh seperti berikut.
1. Tahukah anda bahawa Video VK LINGAM boleh pulihkan kualitinya, tetapi ia tidak dilakukan oleh PKR?
2. Kenapa Najib yang beria-ia menubuhkan Panel Khas dan bukannya Pak Lah?
3. Kenapa topik ini dilencungkan kepada “siasatan kesahihan” oleh panel khas dan bukannya siasatan data kandungan pita dan kepada siapa Panel Khas berpihak?
4. Mungkin kah pita itu sebelum ini TERANG tetapi sengaja dikaburkan untuk menimbulkan persoalan dan memanjang cerita?
5. Kenapa Lingam, Fairuz, Tengku Adnan, Vincent Tan dan ramai lagi tidak tampil mempertahankan diri?
6. Adakah mungkin VK LINGAM tidak boleh langsung mengingati siapakah yang bersama beliau ketika video itu dirakam jika merujuk kepada keadaan bilik dan pakaian pada waktu video itu dirakam?
7. Adakah VK LINGAM turut bersubahat di dalam melahirkan klip video tersebut?
8. Kenapa hanya Najib diserang oleh Anwar bermula sejak pilihanraya Ijok dahulu?
9. Kenapa Anwar tidak marah pada Mahathir sedangkan beliau sepatutnya masih berdendam kerana matanya lebam dan merengkok dalam tahanan ISA?
10. Benarkah sebelum ini ada pihak mendakwa belitan leher dan kaki yang cedera ketika tahanan dahulu hanya satu lakunan?
11. Siapakah yang bakal menggantikan Pak lah selepas ini?
12. Benarkah Datuk Nalla keluar parti kerana bencikan PKR dan bukannya untuk mencipta satu parti alternatif dan saingan kepada MIC?
13.Adakah GERAK “Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi” sebuah badan bebas atau menjadi agen politik PKR?


Seterusnya

Sejak awal pendedahan VIDEO VK LINGAM dibuat, banyak pihak melahirkan rasa tidak puas hati kepada Badan Kehakiman Negara sehingga membawa kepada perarakan Badan Peguam untuk meminta Kehakiman negara di baik pulih. Banyak artikel yang dikeluarkan oleh Blogger dan pakar politik menjadikan ianya isu yang cukup panas menantikan pilihanraya ke 12 ini. Tidak atau disengajakan?

Terdapat beberapa nama orang penting di dalam Video tersebut termasuk, bekas Perdana Menteri, Fairuz, Lingam sendiri, Tengku Adnan dan beberapa nama lagi. Ianya sehingga kini cuba diputar belitkan oleh Kerajaan melalui Najib Tun Razak sedangkan nama BELIAU tidak terdapat langsung di dalam video klip berkenaan. Mungkin juga ketika itu PAK LAH di luar negara maka Najib seperti terpaksa berhadapan sendirian. Dan ketika beliau berseorangan, Anwar buat pendedahan. Ini memperjelaskan bahawa Najib adalah fokus utama dan bukannya Pak Lah. Anwar mungkin boleh tunggu Pak Lah pulang untuk buat pendedahan, tetapi ianya tidak begitu. Tidak atau disengajakan?

Dalam pada itu, Panel Khas sehingga kini hanya sekali memberitahu bahawa kemungkinan siasatan kesahihan video tersebut hanya boleh diselesaikan didalam tempoh 1 bulan, tetapi tidak mustahil ianya akan berlanjutan ke tempoh yang lebih lama kerana alasan yang bakal timbul adalah “saksi tidak tampil”. Sedangkan TAJUK SIASATAN nya pun sudah jelas, isu ini tidak akan selesai. Tidak atau disengajakan?

Usaha ini bukan lah hanya menjadi tumpuan “Panel Khas 3 mangkuk” tetapi turut digembeling bersama pihak BPR sehingga membawa kepada kaedah mengugut kepimpinan PKR, Siva dan Sim. Mungkin kah BPR lupa bahawa seharusnya ANWAR turut boleh diberikan NOTIS untuk mendedahkan siapa dalang rakaman pita video itu selain dari Siva dan Sim. Atau mungkin BPR terlalu banyak kerja sehingga ianya terlupa? Tidak atau disengajakan?

Merujuk kepada penambahbaikan kualiti video pembunuhan Nurin yang BERJAYA dilakukan oleh pihak FBI, adalah tidak mustahil untuk menggunakan kaedah yang sama atau lebih canggih lagi untuk memperjelaskan kualiti VIDEO VK LINGAM. Kos pembaikan bukanlah isu penting di sini. Malah dengan kenalan Anwar Ibrahim di luar negara, tidak mustahil ianya boleh dilakukan dengan tempoh yang LEBIH segera. Namun ianya tidak berlaku lantas ia turut menimbulkan tanda tanya.

Adalah nyata, jika video itu diPERJELASkan kualitinya, tidak akan timbul soal “PEMBERI MAKLUMAT” atau “PERAKAM VIDEO” yang sekarang ini telah melewatkan pendedahan SKANDAL ini. Atau mungkin juga gambar klip Video itu sengaja di kaburkan untuk tujuan tertentu pihak penyerang sebagai kaedah ugutan. “Kalau kau masih berdegil, aku terangkan gambar. Angkat tangan atau mau lawan?” Mungkin itu kata mereka. Tidak atau disengajakan?

Seperti yang pernah penulis jelaskan sebelum ini, NAJIB TUN RAZAK adalah fokus sebenar video VK LINGAM namun Badan Kehakiman secara tidak langsung terbabit sama kerana Najib bergantung kepada Badan yang korup ini untuk melindungi dirinya dari dibabitkan bersama di dalam perbicaraan kes Pembunuhan Altantuya itu. Kes ini juga lah yang menjadi topik CERAMAH Anwar di Ijok, jika kita masih ingat. Manakala Khairy pada ketika itu berlagak samseng sehingga turut menutup nama Najib di dalam politik IJOK. Tidak atau disengajakan?

Adakah ianya dicipta untuk mewarnakan suasana politik negara? Adakah perlu Najib angkat tangan untuk berundur bagi membenarkan Anwar menggantikannya? Adalah tidak mustahil, politik mempunyai banyak agenda tersembunyi. Sifir politik merujuk kepada 2 + 3, hasilnya mungkin 10, 20 dan kekadang 100 atau mungkin sifar. Ia tidak mampu ditafsir kecuali serkap jarang. Hanya perancang tahu apa tujuannya. Manakala pihak lawan akan melirik keseluruh papan Catur untuk menjangkakan teknik serangan silawan.

Kita setakat membuat andaian. Mungkin najib sekarang sedang menghitung hari kedudukan nya sebagai Timbalan Perana Menteri. Sekiranya Najib masih mahu melawan semua ini, tidak mustahil VIDEO ini akan terus didedahkan untuk mengaibkan Najib dengan lebih teruk lagi. Untuk bergerak bebas dari hukuman Najib perlu undur dan angkat tangan. Mudahkan …. apesal nak berbelit belit.

VIDEO VK LINGAM sesungguhnya boleh menjadi bahan dedah atau bahan ugut. Cuma fungsinya sahaja ketika ini bercabang kerana mahukan jawapan dari pihak lawan. “Mahu perang atau undur kebelakang?”

Biarpun PENDEDAHAN mahupun UGUTAN, kita tidak perlu tahu kerana kita sibuk dengan urusan harian, mencari rezki, membayar cukai untuk hidupkan terus politik dan kerajaan.

Rakyat tahu melopong tahu untuk melompat, hanya tunggu arahan umpama karektor wayang kulit yang digengam tangan DALANG. Kita sedang bersemangat untuk berjuang untuk keadilan mahupun untuk dipermainkan oleh RAJA DALANG yang mempunyai banyak episod di dalam kepala mereka.

Kita tunggu untuk digelek gelekkan, di gaduh gaduhkan, diajak perang, disuruh berlawak dan kalau tidak perlu, dicacakkan ke batang pisang untuk tunggu tugasan yang akan datang.

Kalau aku jadi NAJIB, pastinya aku tunduk sambil berkata, “KAU AMBIL LAH JAWATANKU, CUMA JANGAN GANGGU AKU kerana AKU DAH CUKUP KAYA.”

- Raden Jowo

12.10.2007 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com / Kelatedaily.net.


Hantar artikel ini kpd sahabat:
CARA MUDAH melakukan sumbangan utk Tabung M@RHAEN.