![]()
LAPORAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA MENGELIRUKAN
![]()
318A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
Tel: 03-26925000 Faks: 03-26921199
PEJABAT AGUNG
PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS)
318A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
Tel: 03-26925000 Faks: 03-26938399
KENYATAAN MEDIA
LAPORAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA MENGELIRUKAN
Saya merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini, muka tiga di bawah tajuk "Tindakan liar – PAS".
Laporan ini adalah lanjutan Sidang Media yang dipanggil oleh Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa semalam bertempat di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur. Menurut laporan tersebut:
"PAS menyelar tindakan liar dan keterlaluan mereka yang menyertai perhimpunan HINDRAF semalam, tetapi menyokong hak rakyat untuk mengadakan perhimpunan secara aman".
Sebenarnya kenyataan Timbalan Presiden PAS itu semalam tidak pernah sama-sekali menyelar tindakan HINDRAF berhimpun di Jalan Ampang, Ahad lepas, apa lagi menganggapnya sebagai tindakan liar.
Apa yang sebenarnya dinyatakan oleh Ustaz Nasharudin semalam adalah bahawa PAS mengakui terdapat beberapa perbezaan diantara PAS dan HINDRAF dalam beberapa isu, walaubagaimanapun dalam hal perhimpunan HINDRAF itu, PAS merasakan setiap warganegara Malaysia berhak untuk berhimpun dan bersuara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Tindakan pihak polis menghalang dan kemudiannya
menyuraikan perhimpunan tersebut dengan menggunakan gas pemedih mata dan semburan bahan kimia itulah yang sebenarnya telah mencetuskan huru-hara pada hari tersebut.PAS kesal dengan laporan Utusan Malaysia itu dan berharap agar ianya dibetulkan.
ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA PRESIDEN PASSELASA, 27 NOVEMBER 2007
27.11.2007 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com / Kelatedaily.net.
CARA MUDAH melakukan sumbangan utk Tabung M@RHAEN.