![]()
Pelancaran Kelab Penyokong Kaum India...
Johor Belum Sedia Berubah.. Laman M@RHAEN
![]()
Alhamdulillah Ahad 27 Jan 2008 di Good Hope Hotel, Skudai Johor Bahru telahpun disempurnakan pelancaran Kelab Penyokong PAS Kaum India bagi peringkat negeri Johor Darul Umno.
Biarpun kehadiran tidak menggalakan, namun semangat untuk melakukan perubahan oleh kaum India dan janji dari PAS yang akan memperjuangkan nasib semua kaum tetap menjadi kayu pengukur sokongan rakyat untuk melakukan perubahan khususnya di negeri Johor.
PASJB difahamkan sehari sebelum itu, Dato KS Balakrishnan selaku Adun Permas Jaya dari BN yang memegang portfolio sebagai Exco negeri telahpun mengadakan perjumpaan dengan kaum India dengan ugutan mana-mana orang India yang hadir program pelancaran kelab penyokong PAS akan ditangkap oleh pihak polis.
Bukannya kami hendak mempertikaikan sokongan dan sikap kaum India yang ingin berubah tapi jelas negeri Johor ini yang menjadi kubu kuat Umno ini masih belum mampu untuk dirobek dan dipecah tembok penghalangnya selama ini.
Dengan kehadiran kira-kira 100 orang, adakah ini petanda jelas semangat kaum India seperti semangat kaum Melayu yang cukup kuat dengan sentimen dan isu akhirnya luntur dek kerana ugutan & suapan pemerintah yang sedikit lunak dengan sikap UmnoBN yang jelas kemunafikannya berpura-pura baik kepada rakyat.
Ini berbeza dengan ceramah-ceramah PAS dan PKR kehadiran kaum India sangat-sangat menggalakan. Mungkin ada usaha-usaha jahat dari BN yang tidak mahu kaum India menderhaka kepada BN.
Persoalannya sampai bila kaum India sanggup menderita akibat sifat tamak pemimpin MIC yang bersekongkol dengan pemimpin UMNOBN yang selama ini khianat kepada rakyat.
Pembunuhan Dato Krishnasamy yang menjadi Adun Tenggaroh di Bangunan MIC yang mati ditembak baru-baru ini masih menjadi misteri.
Mengikut cerita dari ahli MPT PKR Sdr N.Gobalakrishnan, Adun Tenggaroh ini cuba campur tangan dalam pengurusan tanah seluas 100 ekar di Mersing yang mana beliau mempertikaikan tanah ini telah dibolot bersama oleh Pengerusi MIC Negeri Johor Dato KS Balakrishnan bersama kroni Dato Samy Vellu.
Malam sabtu yang lalu, Sdr N.Gobalakrisnan juga mendedahkan perjumpaan Samy Vellu bersama 500 orang gengster di Pusat Konvensyen Sungai Siput yang disajikan dengan mimuman arak dalam membincangkan apakah yang perlu gengster-gengster ini lakukan semasa kempen pilihanraya.
Ternyata ini semua menggerunkan masyarakat kaum India yang mahu berubah. Kehadiran SB dalam program pelancaran kelab penyokong ini pula kira-kira 10 orang.
Gobala mendedahkan lagi 740 buah sekolah orang-orang India yang hilang satu persatu sejak negara merdeka 50 tahun lagi dengan 5 orang perdana menteri silih berganti.
Ribuan memorandum sejak negara merdeka telahpun diserahkan kepada pemimpin kerajaan tetapi hasilnya sekarang kaum India masih jauh ketinggalan.
Beliau juga menceritakan nostalgia kerajaan PAS di Terengganu, bilamana BA menang pada tahun 1999 Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang telahpun mengeluarkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada sebuah sekolah India di Jabor tetapi pimipinan MIC yang gila menolaknya.
Majlis ini dilihat kurang bermaya, walaupun sedikit berseri dengan kehadiran Yb Salahudin Ayob dan Dr Halimah yang mengantikan Hj Mohamad Sabu yang masih ditahan dilokap kerana Demo Protes Harga Barang dan Ust Mujahid yang berada di Sarawak untuk melancarkan Kelab Penyokong PAS Kaum Iban.
Semoga semua kaum bersama kita tidak kira Melayu,India dan Cina untuk menumbangkan Barisan Nasional....Sumber : Jundullah
Tumbangkan Barisan Nasional...
- PAS Johor Bahru
Layari : http://www.pasjohorbahru.com29.01.2008
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1 Tapak cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
Tajaan: PerigiDuit
Emel