Bekas Presiden Indonesia, Suharto Meninggal Dunia  Laman M@RHAEN



 
 
 
 
 

PASJB mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Pak Harto dan seluruh rakyat Indonesia diatas pemergiaan seorang negarawan agung Indonesia.
Bekas Presiden Indonesia, Suharto meninggal dunia pada pukul 1.10 petang ini waktu tempatan (2.10 petang waktu Malaysia) setelah berada dalam keadaan kritikal sejak awal pagi ini.

Suharto, 86, memerintah Indonesia selama 32 tahun dari 1966 hingga 1998 berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke Hospital Pusat Pertamina, Jakarta Selatan pada 4 Jan lepas.

Biarpun diakhir usia beliau, diakhiri dengan penuh tragis dengan peristiwa kejatuhan rejim beliau dan semangat kebangkitan rakyat kearah demokrasi. Beliau akan tetap dikenang dengan skandal yang cukup banyak dalam memodenkan negara Indonesia yang banyak tertinggal dalam mengecap arus kebebasan sebenar.

Beliau yang terlajak dengan agenda Pancasila yang cukup banyak memesongkan akidah umat Islam dikira satu dosa dan perbuatan khianat kepada ugama yang tidak boleh dilupakan oleh ulama dan seluruh umat Islam khususnya bangsa Indonesia.

Ini petanda jelas juga kepada pemimpin-pemimpin UmnoBN yang usia kita didunia tidak akan menongkat langit, apa gunanya umur yang panjang sekiranya tidak lagi memberi manfaat kepada rakyat tetapi banyak menyusahkan rakyat.

Semoga Allah ampunkan dosa Pak Haro dan kita semua selagi kita masih berpegang dengan syahadah akidah ahli sunnah wal jamaah...

Sumber : Jundullah - M Star Online

Tumbangkan Barisan Nasional...

- PAS Johor Bahru
Layari : http://www.pasjohorbahru.com

28.01.2008

Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1      Tapak cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
Tajaan: PerigiDuit


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel