![]()
Najib Yang Bankrap, Negara Tidak Bankrap
Kalau Pembangkang Turunkan Harga Minyak Laman M@RHAEN
![]()
Kenyataan gelabah Najib suami kepada Rosmah Mansor semalam di negeri Sabah menggambarkan bagaimana Najib cuba berbohong kepada rakyat dengan katanya negara akan bankrap jika rakyat menyokong pembangkang yang berjanji akan menurunkan harga minyak.
Katanya ini tidak masuk akal, sebenarnya Najib yang hilang akal dan kewarasan. Tidakkah Najib lupa bagaimana Petronas membuat untung saban tahun dengan kenaikan minyak yang membebankan rakyat selama ini.
Apakah yang hendak dibandingkan lagi dengan negara-negara Asean lain sedangkan negara adalah pengeluar minyak dan mempunyai rizab minyak yang cukup banyak, tidak cukup dengan itu kualiti minyak Malaysia jauh lebih baik dari negara-negara pengeluar minyak yang lain.
Sebenarnya rakyat lebih bijak menilai ucapan pemimpin yang cuba menipu rakyat ini, rakyat tentu tidak boleh lupa bagaimana Najib & kawan-kawannya meraih komisyen yang cukup banyak dengan pembelian kapal selam scorpene & jet pejuang sukhoi.
Tidak cukup dengan itu bagaimana wang negara dibazirkan oleh Najib di bawah Kementerian Pertahanan dengan pembinaan kapal-kapal peronda yang tidak siap tetapi wang sudahpun dibayar, itu belum diambil kira komisyen pembelian senjata-senjata berat dalam perlumbaan pemilikan senjata dan memodenkan pasukan tentera darat, laut dan udara.
Ingatlah Najib, semasa kamu di tampuk kuasa bolehlah kamu terus menipu rakyat, tidakkah kamu sedar kemenangan kamu di Parlimen Pekan tidak lebih sekadar undi pos dari kem tentera dan ihsan orang-orang tua memandangkan kamu adalah anak bekas Perdana Menteri yang jauh lebih berjasa kepada rakyat dalam membangunkan negara.
Sekiranya kamu terlepas dimahkamah dunia, ingat mahkamah Allah menanti kamu di Masyar nanti, diwaktu itu segala-galanya sudah terlambat.
Negara boleh bankrap -- Jika ikut janji pembangkang turunkan harga minyak - NajibOleh JAMDI NASIR dan ZULHISHAM ISAHAK(Utusan Meloya)
TUARAN 30 Dis.-Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara ini akan bankrap sekiranya kerajaan menurunkan harga minyak yang kini melambung naik di pasaran dunia.
Sambil mengkritik janji-janji parti pembangkang yang mendakwa mereka boleh menurunkan harga minyak, beliau berkata, di seluruh dunia harga minyak naik dan tidak mungkin parti pembangkang boleh menurunkan harga minyak.
"Ini tidak masuk akal,"katanya ketika merasmikan Tamu Besar dan Karnival Budaya di sini hari ini.
Beberapa pemimpin pembangkang dalam siri ceramah politik di Sabah baru-baru ini antara lain membangkitkan isu mengenai harga minyak.
Menurut Najib, kedudukan ekonomi negara boleh terjejas teruk selain mengakibatkan program-program pembangunan dan penyediaan kemudahan rakyat terhalang sekiranya kerajaan bertindak menurunkan harga minyak sesuka hati.
Beliau menegaskan, rakyat perlu memahami bahawa kenaikan harga minyak mentah adalah berdasarkan pasaran dunia dan tidak mungkin kerajaan boleh menurunkan harganya sesuka hati.
Katanya, meskipun Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak, segala keuntungan hasilnya perlu digunakan bagi projek pembangunan negara dan tidak boleh digunakan sepenuhnya untuk subsidi.
Najib menjelaskan, dakyah parti pembangkang bahawa mereka akan menurunkan harga minyak sekiranya berjaya memerintah negara adalah satu pembohongan yang tidak akan mampu dilaksanakan sama sekali.
"Kononnya kalau (pembangkang) memerintah harga minyak akan turun. Di mana mereka ini letak akal?
"Kalau harga minyak di seluruh dunia naik, kita pula nak turunkan. Ini tidak masuk akal, ini cubaan memperbodohkan rakyat jelata," kata Najib dalam ucapannya pada majlis itu.
Beliau berkata, dari satu aspek, sememangnya hasil keuntungan Petronas ekoran kenaikan harga minyak mentah boleh digunakan bagi menambah subsidi petroleum tetapi langkah itu akan mengurangkan pula agihan perbelanjaan pembangunan negara.
"Memang boleh kita turunkan harga minyak dengan syarat jangan buat jalan raya, jangan buat sekolah, jangan buat universiti. Semua hasil digunakan untuk turunkan harga minyak... akhirnya kerajaan akan jadi bankrap.
"Oleh itu, janganlah lagi memperbodohkan rakyat dengan isu minyak ini."Rakyat kini tahu dan sedar siapa yang betul dan siapa yang tidak kerana dalam keadaan harga minyak yang tinggi sekarang, kerajaan masih mempertahankan harga minyak negara sebagai yang terendah berbanding negara-negara lain,"ujar beliau.
Menyentuh hubungan antara kaum, Timbalan Perdana Menteri memberitahu, satu kejayaan besar kerajaan Barisan Nasional yang perlu dipertahankan selama-lamanya ialah rekod mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Katanya, bukan sesuatu yang mudah bagi sesebuah kerajaan untuk mentadbir sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama, budaya dan bahasa."Masyarakat kita mungkin menganggap ini sebagai perkara biasa tetapi kita perlu sedar bahawa apa yang kita kecapi hari ini tidak terjadi dengan sendirinya. Ia diusahakan oleh para pengasas negara yang mempunyai pandangan jauh.
"Negara kita dibentuk melalui satu pemuafakatan serta jalinan hubungan yang erat sebagai satu keluarga negara. Kita tidak lagi boleh berfikiran sempit dengan memikirkan kaum (masing-masing) dan duduk dalam kepompong sendiri," ujar beliau.
Najib menambah, semua kaum seharusnya bersama-sama memikul tanggungjawab menjaga keharmonian antara kaum kerana kehidupan yang unik dan kompleks seperti itu akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Malah, katanya, tidak ada negara di dunia ini yang berjaya mengurus dan mentadbir sebuah negara berbilang kaum seperti kejayaan yang dicapai di Malaysia.
Turut hadir ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Noor.
Sumber : Jundullah - Utusan Meloya
- PAS Johor Bahru
Layari : http://www.pasjohorbahru.com
![]()
31.12.2007 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com / Kelatedaily.net.
CARA MUDAH melakukan sumbangan utk Tabung M@RHAEN.