![]()
Ceramah Gempur Parlimen Pengerang, Johor 07 Jan 08 Laman M@RHAEN
![]()
Parlimen Pengerang P157 adalah kubu kuat & tradisi UmnoBN sejak sekian lama, kawasan ini diwakili oleh Dato Azalina Othman Said(Menteri Belia & Sukan) yang menang tanpa bertanding dalam pilihanraya umum 2004 yang lalu.
Isu pemberian pasir & penambakan laut oleh Singapura sehingga menyempitkan laluan kapal laut TLDM ke Pularek Tanjong Pengelih dan susutnya mata pencarian nelayan pesisir pantai di sekitar Tg Pengelih & Sungai Rengit bukanlah suatu isu yang asing lagi kepada masyarakat setempat.
Pengambilan tanah secara zalim yang didalangi oleh pimpinan UmnoBN kepada penduduk marhaen & miskin telah menyebabkan rakyat sudah mula hilang kepercayaan kepada Adun yang buat "pekak badak" dalam mendengar rungutan & masalah rakyat.
Barisan Alternatif akan mengorak langkah untuk menggempur kubu kuat Umno ini dengan mengadakan majlis perjumpaan bersama rakyat & ceramah pada malamnya bersama:-
Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat
Sdr Mazlan Aliman - AJK Pas Pusat merangkap Ketua Penerangan PAS Johor
Sdr William Leong - Bendahari Agong PKR Sdr Tian Chua - Ketua Penerangan PKRBertempat di Kg Baru Teluk Ramunia,Pengerang, Johor Bertarikh 07 Jan 2008 Hari Isnin Jam 9 Malam
Semua Rakyat di jemput hadir
- PAS Johor Bahru
Layari : http://www.pasjohorbahru.com
![]()
30.12.2007 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com / Kelatedaily.net.
CARA MUDAH melakukan sumbangan utk Tabung M@RHAEN.