![]()
Taklimat Pilihanraya & Isu-Isu Semasa
oleh Dato Seri Presiden Laman M@RHAEN
![]()
Pada 29 Dis 207 Pas Johor Bahru telah menghantar 4 orang peserta ke Markas Tarbiyah Pas Pusat di Taman Melewar untuk mendengar sendiri taklimat & amanat yang disampaikan oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang berkenaan persiapan menjelang pilihanraya dan bagaimana parti hendak menanggani isu-isu semasa.
Program yang dilangsungkan secara tertutup ini telah berjaya mengumpulkan hampir 600 pimpinan parti dari seluruh negara yang ingin mendengar sendiri taklimat dari Dato Presiden.
Dalam Sesi Dialog & Soal Jawab selama 3 jam antara pimpinan kawasan & pimpinan pusat, peserta & pimpinan masih lagi membincangkan isu Bersih, isu Hindraf, isu perkauman oleh Umno, isu Mafrel & isu menjelang pilihanraya yang dijangka akan diadakan sebaik saja jemaah haji pulang ketanah air, ataupun mungkin sahaja selepas perayaan tahun baru cina.
Antara pimpinan pusat yang hadir selain Dato Seri Presiden ialah Timb Mursyidul Am Tuan Guru Dato Dr Harun Din, Timb Presiden Ust Nasharudin Mat Isa,Naib Presiden Hj Mohamad Sabu & Ust Ahmad Awang, Ketua Muslimat Ustazah Nuridah Salleh & Ketua Penerangan Hj Mahfuz Omar.
Ramai juga yang agak kecewa memandangkan masih ramai lagi pimpinan-pimpinan dari kawasan tidak dapat bertanyakan soalan & memberikan pandangan kepada pimpinan pusat, memandangkan jumlah yang bertanya sangat ramai tanpa henti sehingga terpaksa beratur menunggu giliran, dan pengerusi dialog Sdr Salahudin Ayub berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik.
Majlis diakhiri dengan ucapan penggulungan dialog & soal jawab oleh Dato Seri Presiden sendiri dengan pesanan kepada semua kawasan mesti bergerak untuk memastikan kemenangan Islam akan tercapai, dengan pertahankan kerajaan Kelantan, tawan semula Terengganu dan berusaha menjadi pembangkang yang kuat di negeri Kedah,Perlis,Selangor & Pahang.
Semoga perjuangan kita diberkati & dirahmati Allah. AllahuAkbar!
Sumber : Jundullah
- PAS Johor Bahru
Layari : http://www.pasjohorbahru.com
![]()
30.12.2007 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com / Kelatedaily.net.
CARA MUDAH melakukan sumbangan utk Tabung M@RHAEN.