Baculnya Pak Lah 
Bila UmnoBN Gagal Juarai Isu Agama & Kaum
Laman M@RHAEN




 
 
 
 
 
 

Kenyataan Pak Lah meminta rakyat untuk tidak memberi ruang kepada puak pelampau menjuarai isu agama dan kaum adalah dilihat sebagai kenyataan terdesak bercampur takut kepada rungutan masalah rakyat & negara mutakhir ini.
 
Apakah yang Pak Lah maksudkan sebagai ekstrem sedangkan setelah lebih 50 tahun merdeka & memerintah negara UmnoBN gagal untuk menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat baik soal kedaulatan agama rasmi negara, baik isu pemimpin jerung & pekerja bilis yang semakin korup mahupun isu perpaduan kaum yang semakin perlu untuk diambil perhatian sewajarnya oleh semua pimpinan kerajaan dan rakyat, apakah maksud Pak Lah negara akan menanggung akibat yang buruk sedangkan maksud yang tersirat ialah Pak Lah dan parti komponen BN akan menerima akibatnya.
 
Sekali ini tolonglah Pak Lah jangan lagi kamu berselindung disebalik wajah kepura-puraan & mengantuk kamu(Mr Nice Guy). Bertandinglah secara anak jantan dalam pilihanraya umum akan datang. Jangan lagi ada unsur-unsur penipuan, sekiranya Pak Lah kata "Jangan Cabar Saya" maka kami akan gerakkan semua rakyat untuk menyahut cabaran Pak Lah supaya diajar secara demokrasi Islam yang aman.
 
Tidakkah dihati kamu Pak Lah terfikir dengan kerosakan yang kamu lakukan dimuka bumi Malaysia yang tercinta ini, tidakkah ada perasaan bersalah & berdosa, lupakah Pak Lah soalan akhirat di Masyar Allah nanti yang pemimpin seperti kamu tidak akan terlepas dengan azab sekiranya kamu berbuat zalim kepada rakyat, Semoga Allah ampunkan dosa kamu, itupun jika kamu mahu bertaubat & diampunkan Allah dengan rahmatnya.
 

Pelampau tiada tempat-Jangan beri ruang mereka juarai isu agama,kaum - Abdullah
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 25 Dis.-Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat tidak memberi ruang kepada puak pelampau menjuarai isu-isu membabitkan agama dan kaum kerana ia boleh menjejaskan keamanan dan memusnahkan negara.

Perdana Menteri berkata, budaya ekstrem tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya hanya akan mencetuskan kekacauan serta kekeruhan yang akhirnya memberi kesan kepada masa depan negara.
 
"Jangan sesekali memberi ruang kepada puak-puak pelampau ini mempengaruhi rakyat kita. Jangan biarkan mereka menjadi juara apa jua isu khususnya berkait dengan agama dan kaum.
 
"Negara akan menanggung akibat lebih buruk jika budaya ini (melampau) tidak kita sekat mulai sekarang. Biarkan golongan sederhana yang mengambil peranan tersebut,"katanya.

Beliau menyampaikan mesej tersebut ketika berucap pada rumah terbuka Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia di Rumah Uskup Agung Kuala Lumpur di sini hari ini.
 
Kunjungan Abdullah ke majlis itu turut diiringi isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah.

Abdullah berkata, sebagai pemimpin kepada masyarakat pelbagai kaum di negara ini, beliau sebenarnya amat prihatin terhadap isu berkaitan agama dan kaum yang timbul sejak akhir-akhir ini.
 
"Kerajaan komited untuk membina sebuah negara yang aman dan selesa untuk semua rakyat. Oleh itu kita telah menjadikan dua masalah tersebut sebagai satu keutamaan untuk diselesaikan.
 
"Kita mahu rakyat hidup dalam suasana harmoni, toleransi dan muhibah. Kita juga mahu melihat rakyat dapat menikmati keamanan dan keselamatan yang berpanjangan,"ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mahu setiap rakyat berusaha membina satu tahap pemahaman yang tinggi terhadap setiap agama dan budaya di negara ini.
 
"Saya yakin dengan cara ini ia akan membolehkan setiap daripada kita faham serta hormat terhadap agama dan budaya orang lain,"katanya.
 
Sambil mengambil contoh antara agama Islam dan Kristian, beliau berkata, terdapat beberapa persamaan antara kedua agama tersebut antaranya kepercayaan kepada Nabi Isa serta beberapa nabi lain.
 
"Dalam Islam, Nabi Isa merupakan seorang daripada nabi dan rasul yang wajib diketahui dan di dalam Kristian mereka cukup percaya kepada Nabi Isa yang dipanggil Jesus,"tambahnya.
 
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting,Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ong Tee Keat dan Uskup Agung Kuala Lumpur, Datuk Murphy Pakiam.

 
Sumber : Jundullah - Utusan Meloya
 

- PAS Johor Bahru
Layari : http://www.pasjohorbahru.com


27.12.2007 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com / Kelatedaily.net.


Hantar artikel ini kpd sahabat:
CARA MUDAH melakukan sumbangan utk Tabung M@RHAEN.