![]()
Sekolah Agama Johor Umpama Melukut Di Tepi Gantang Laman M@RHAEN
![]()
Pas Johor Bahru memandang serius akan perlaksanaan program sekolah agama di negeri Johor yang mana pembelajaran 2 & 3 hari dalam seminggu akan dilaksanakan secara berperingkat pada tahun hadapan yang rata-ratanya rakyat berfikir tidak wajar & tidak patut dilaksanakan.
Adakah kerajaan Johor mengira dengan memendekkan hari & waktu pembelajaran sekolah agama dapat menyelesaikan masalah sosial & agama yang semakin meruncing.
Setelah sekolah-sekolah agama rakyat dinafikan hak untuk beroperasi secara alternatif kepada ibubapa dan pelajar, kini Umno Johor mengorak langkah & menambahkan lagi koleksi kebatilan yang mereka fikir mereka betul sedangkan merekalah yang menjadi pengkhianat kepada perkembangan agama & kefahaman Islam kepada anak-anak orang Islam di negeri Johor.
Pas negeri Johor dibawah Unit Penyelidikan PAS Johor disini membongkar segala kebejatan & agenda jahat pemerintah Umno yang berselindung disebalik MAIJ & Kementerian Pelajaran Malaysia yang tidak teragak-agak sanggup menggadaikan anak bangsa & orang Islam khususnya dalam merangka program-program untuk menjauhkan lagi umat Islam dengan agama Islam yang sebenar.
Dengan dinafikan hak Sekolah Agama Rakyat, agenda Islam Hadhari & program pelajaran Matematik & Sains dalam Bahasa Inggeris yang gagal. Ini semua menujukkan juak-juak Umno tidak teragak-agak untuk melakukan kerosakan akidah,minda & fikiran di negeri Johor amnya.
UNIT PENYELIDIKAN PAS JOHOR
ISU SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR
Pada tahun 2008, kerajaan Johor akan melaksanakan program pembelajaran 2 dan 3 hari.
Pelajar Tahap 1 (Darjah 1, 2 & 3) akan belajar 2 hari seminggu manakala pelajar Tahap 2 (Darjah 4,5 & 6) akan belajar 3 hari seminggu. 43 buah sekolah telah dipilih bagi menjadi projek perintis pada tahun 2008 sebelum perlaksanaannya diperluaskan kepada seluruh Sekolah Agama Kerajaan Johor pada tahun 2009.
Waktu pembelajaran murid Tahap 1 dianjalkan daripada 1 jam 30 minit sehari selama 5 hari seminggu (Jumlah= 1 jam 30 minit X 5 hari= 7 jam 30 minit seminggu) kepada 4 jam 30 minit sehari untuk 2 hari seminggu (Jumlah = 4 jam 30 minit X 2 hari= 9 jam seminggu).
Waktu pembelajaran murid Tahap 2 dianjalkan daripada 3 jam sehari selama 5 hari seminggu ( Jumlah = 3 jam X 5 hari= 15 jam seminggu) kepada 4 jam 30 minit untuk 3 hari seminggu ( Jumlah = 4 jam 30 minit X 3 hari = 13 jam 30 minit).
Perubahan sistem persekolahan ini dibuat bagi mengatasi :1. Gejala ponteng sekolah agama dengan alas an penglibatan murid-murid dalam aktiviti wajib di sekolah kebangsaan.Menjelang 2010, Sekolah Agama Kerajaan Johor akan dimansuhkan sepenuhnya selari dengan perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi perlaksanaan persekolahan satu sesi .
2. Masalah perubahan masa sekolah bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris di semua sekolah kebangsaan.
3. Rungutan ibubapa mengenai waktu pembelajaran di sekolah agama yang singkat sehingga banyak masa dihabiskan ditengah jalan untuk menghantar dan mengambil anak-anak mereka pergi dan balik.
4. Jumlah pelajar yang terlalu ramai pada setiap hari persekolahan kerana melibatkan keseluruhan pelajar dari Darjah 1 hingga ke Darjah 6
5. Bilangan bilik darjah yang tidak dapat menampung bilangan pelajar yang ramai.
ISU SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR), SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN)
DAN SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU (SRAB)
Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju untuk meyerahakan 17 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), 2 buah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan 8 buah Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Bagi melayakkan sekolah-sekolah tersebut menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).Mengikut jadualnya MoU antara Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan KPM akan ditandatangani pada Januari 2008.
Walau bagaimanapun MAIJ lebih cenderung kepada suatu bentuk "Perjajian" bukannya MoU kerana MAIJ bimbang sekolah-sekolah yang diserahkan kepada KPM akan menerima nasib seperti Maahad Muar dimana apabila diserahkan kepada KPM, kurikulum agama yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Arab akan dikurangkan atau dimansuhkan atas alasan bahawa kurikulum tersebut tiada dalam Akta Pelajaran 550. Mata pelajaran yang akan diperkenalkan adalah Arab Komunikasi. Jika ini berlaku maka pelajar-pelajar lulusan sekolah-sekolah agama ini tidak boleh lagi melanjutkan pelajarannya ke Universiti-universiti di Timur Tengah khususnya Al-Azhar. Akhirnya MAIJ akan hanya merupakan pemilik tanah dan asset bangunan sekolah-sekolah tersebut sahaja sedangkan kakitangan dan kurikulum adalah KPM.
Pada 27 Jun 2007, suatu draf "Perjanjian" telah disediakan dan telah dimajukan kepada Penasihat Undang-undang Negeri Johor pada 17 Julai 2007 untuk disemak sebelum dikemukakan untuk pertimbangan KPM.
Sumber : UNIT PENYELIDIKAN PAS JOHOR- PAS Johor Bahru
Layari : http://www.pasjohorbahru.com
![]()
26.12.2007 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com / Kelatedaily.net.
CARA MUDAH melakukan sumbangan utk Tabung M@RHAEN.