Permatang Pauh Semakin Harum
Azizah Serah Baton Kepada Anwar Ibrahim



 
 

Berita yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat tidak kira penyokong Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Keputusan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh seolah sudah dijangka dan diduga oleh semua.

Pastinya negara kita akan kehilangan seorang serikandi yang sudah berjuang bermatian-matian mempertahankan maruah suaminya yang difitnah dan dizalimi oleh rejim Umno Barisan Nasional yang sehingga hari ini masih tidak berpuas hati dengan Anwar.

Pengorbanan Wan Azizah dan Anwar sekeluarga setidak-tidaknya telah mengubah secara drastik lanskap politik negara yang malap kepada satu harapan baru untuk semua rakyat Malaysia yang mahukan keadilan dan nikmat sejahtera sebagai rakyat.

Keputusan Wan Azizah ini dibuat semata-mata untuk menyerahkan tugas yang digalas oleh beliau selama 3 penggal sejak 1999 yang mewakili masyarakat Permatang Pauh dan semua rakyat Malaysia yang mendokong perjuangan beliau sehingga tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat yang kini bergabung tenaga dalam Pakatan Rakyat bersama PAS dan DAP yang memerintah 5 negeri.

Anwar dalam program jelajah penjelasan isu liwat beliau baru-baru ini meminta semua rakyat dan penyokong untuk membantu beliau dimana sahaja tempat yang beliau akan tandingi kelak dan kini sahlah Permatang Pauh akan menjadi medan tempur yang paling hebat dan sengit dengan kempen sebagai penentu survival politik Umno.

Jadi tak perlulah ulas panjang-panjang, rasanya semuanya sudah maklum dan harapan kami dalam PAS ialah untuk melihat impian rakyat dalam negara ini ditadbir dengan amanah, adil dan berkebajikan akan tercapai.

PAS tidak akan ketinggalan sebagai tenaga penggerak bersama untuk mencapai kemenangan. InsyaAllah doa kami semua rakyat akan mengiringi cita-cita Anwar dan harapan kita semua....

Berikut adalah statistik prestasi PKR di Permatang Pauh:-


 

Sumber : Jundullah

- PAS Johor Bahru
Layari : http://www.pasjohorbahru.com

02.08.2008

Sudah daftar akaun percuma? Malah, peluang memperolehi komisen dengan keahlian PERCUMA!
Sertai promosi Pelancaran Web2.0 Fasa Ke-2

Ditaja oleh Gading@PerigiDuit & Web2Upgrade Bersamaku:


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel