![]()
Umno Gigit Jari, PAS Tak Nak Umno
![]()
Alhamdulillah hasrat dan impian rakyat buat masa ini masih ditangan Pakatan Rakyat. Keputusan Parti Islam Se-Malaysia untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan Umno sekaligus memperlahankan ombak dan badai yang bergelora kira-kira 2 minggu apabila PAS dituduh mahu meninggalkan Pakatan Rakyat.
Benarlah kata Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, kebijaksanaan adalah barang yang tercicir manapun berada mestilah diambil. Kini penyokong PAS dan Pakatan Rakyat boleh menarik nafas lega apabila kira-kira jam 3 petang 31 Julai PAS sekali lagi melakar sejarah dengan menafikan dan menolak pelawaan Umno yang dilihat tidak serius dan berpura-pura dalam isu perpaduan Islam dan melayu.
Masakan kita semua tidak bimbang apabila kita melihat reaksi keliru dan cemas orang-orang bukan Islam yang menyokong PAS yang seakan kecewa dengan PAS yang sah dipermainkan media milik kerajaan yang cuba memecah belahkan gabungan Pakatan Rakyat yang kini digelar kerajaan menunggu yang diwar-warkan dengan tarikh 16 September 2008 sebagai tarikh tukar kerajaan.
Syukurlah sehingga kini kita semua berjaya pergi sejauh ini dalam mempertahankan prinsip perjuangan Islam yang asasnya adalah bahtera penyelamat akidah kepada semua manusia dan pastinya kesabaran kita semua berbaloi.
Berikut adalah kenyataan Dato Seri Presiden PAS :-
PAS TOLAK TAWARAN UMNO
TETAPI AKAN TERUSKAN PERBINCANGAN
DEMI KEPENTINGAN NEGARA DAN UMMAHPAS menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan samada diperingkat Pusat ataupun negeri-negeri. Oleh itu sebarang tawaran daripada Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama disemua peringkat tidak lagi berbangkit.
Walaubagaimanapun PAS akan terus terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk parti-parti politik , NGO, institusi-institusi dan mana-mana individu demi kepentingan negara dan ummah.
Dalam pada itu PAS mengulangi pendiriannya kekal bersama Pakatan Rakyat dengan memainkan peranan yang aktif dan positif selaras dengan perjuangannya.
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden
Parti Islam Se Malaysia (PAS)
31 Julai 2008
Sumber : Jundullah- PAS Johor Bahru
Layari : http://www.pasjohorbahru.com02.08.2008
Sudah daftar akaun percuma? Malah, peluang memperolehi komisen dengan keahlian PERCUMA!
Sertai promosi Pelancaran Web2.0 Fasa Ke-2![]()
Ditaja oleh Gading@PerigiDuit & Web2Upgrade Bersamaku:![]()
Emel