Benarkah Harga Bahan Bakar Akan Naik Laman M@RHAEN


 
 

Sehingga hari ini harga minyak mentah dunia terus melonjak menghampiri paras AS$124 (RM398.04) setong. Sudah tentunya senario ini cukup mengecutkan kita semua memandangkan negara kita masih diurus tadbir oleh rejim Barisan Nasional.
 
Rakyat berharap kerajaan mempunyai solusi terbaik untuk menangani kenaikan harga bahan bakar ini diperingkat nasional memandangkan kenaikan harga minyak ini berlaku berikutan dilema bekalan minyak mentah dan gasolin dan kekhuatiran permintaan tinggi serta kekurangan simpanan bahan bakar disamping faktor kebimbangan terhadap keadaan politik yang tidak menggalakkan di Nigeria dan selatan Iraq.
 
Utusan Malaysia melaporkan berita kenaikan ini selama 3 hari berturut-turut menandakan kerajaan sekarang sangat-sangat terdesak untuk menaikkan harga petrol setelah kerajaan menyatakan subsidi petrol sahaja sudah mencecah RM 45 billion.
 
Kegawatan politik Umno yang kini semakin teruk berbalah gara-gara kekalahan banyak kerusi Parlimen kepada Pakatan Rakyat dan tumpas di 5 negeri menandakan UmnoBN tidak serius lagi untuk membangunkan negara kerana apa yang mereka fikirkan hanyalah untuk kekal berkuasa sebagai lesen besar untuk mereka merompak wang rakyat dan meragut kesucian dan harapan murni rakyat untuk dikasihi dan diadili dengan kebajikan.
 
Disudut lain pula rakyat kini sedang menantikan peralihan kuasa yang sebenar samaada peralihan kuasa Pak Lah kepada Dato Seri Najib ataupun usul tidak percaya yang akan membolehkan Dato Seri Anwar Ibrahim berada ditampuk kuasa sebagai Perdana Menteri sebagai satu-satunya khabar & gosip yang sangat ditunggu-tunggu untuk membenarkan janji Anwar untuk menurunkan harga minyak... .

Sumber : Jundullah

- PAS Johor Bahru
Layari : http://www.pasjohorbahru.com

10.05.2008

Ditaja oleh:


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel