Masanya Untuk Pak Lah Letak Jawatan, Daulat TuankuLaman M@RHAEN




Baru sebentar tadi saya menerima panggilan telefon dari sahabat saya di Terengganu yang melaporkan beribu-ribu rakyat Terengganu turun di sepanjang jalan raya dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu ke Istana Sultan Terengganu menyatakan sokongan kepada Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.
 
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pulang ke Terengganu dengan menyaksikan sendiri himpunan rakyat pagi ini yang dianjurkan sebagai menyatakan sokongan kepada baginda susulan krisis perebutan menteri besar antara kumpulan Datuk Seri Idris Jusoh, yang didukung 22 wakil rakyat BN dan Perdana Menteri, dengan Datuk Ahmad Said yang dilantik Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR).
 
Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sebelum ini menandatangani surat watikah perlantikan Menteri Besar pilihan beliau iaitu penyandang Datuk Seri Idris Jusoh telahpun gagal dalam usaha beliau untuk mendapat perkenan dari Sultan Terengganu sehinggakan krisis ini meruncing dengan ugutan dan cabar-cabar mencabar sehinggakan Umno kelihatan terlalu biadap kepada institusi istana.
 
Kini tibalah masa yang sesuai untuk Pak Lah berkemas untuk keluar dari Putrajaya setelah sekutu beliau Datuk Seri Idris Jusoh bersiap untuk pulang ke Besut setelah akur dengan keputusan yang telah di buat oleh MT Umno untuk melantik Dato Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.
 
Berita dari Tranung Kite & Malaysia Kini mengesahkan segala-galanya.
 
Daulat Tuanku! AllahuAkbar...
 
 
 
 

Sumber : Jundullah

- PAS Johor Bahru
Layari : http://www.pasjohorbahru.com

29.03.2008
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1      Tapak cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
Ditaja oleh:


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel