ECER, NCER dn WPI 
Perlu Menjadi Agenda Untuk Rakyat






Kenyataan Media (30 Oktober 2007)

ECER, NCER dn WPI Perlu Menjadi Agenda Untuk Rakyat.
 
Perdana Menteri telah melancarkan ECER atau Wilayah Ekonomi Pantai Timur baru-baru ini. ECER semestinya akan disambut hangat oleh semua rakyat Malaysia yang sememangnya mengimpikan sebuah negara maju dari segi ekonominya secara adil dan saksama.
 
Hampir keseluruhan rakyat marhain pasti akan tertanya-tanya objektif atau matlamat projek ekonomi yang meliputi daerah  agak pendalaman sebegini, kaedah atau cara pembangunan yang akan dilakukan, kesudahan dan implikasinya kepada rakyat setempat.
 
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memandang serius hal perlaburan besar iaitu sebanyak RM 6 billion untuk suntikan awal bagi ECER.

Perdana Menteri berkata, peruntukan tersebut akan disediakan melalui kajian semula program Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK9) serta penambahan peruntukan semasa kajian separuh penggal RMK9 kelak.

“(Peruntukan ini) sebagai menandakan komitmen kerajaan untuk merealisasikan usaha membawa kemajuan di ECER agar setanding dengan perkembangan arus perdana,” katanya ketika melancarkan ECER peringkat Terengganu di Taman Awam Batu Burok di sini hari ini.

Beliau juga melancarkan ECER secara keseluruhan yang membabitkan kesemua negeri di Pantai Timur — Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang akan dibangunkan juga perlu dilaksanakan secara terancang dan direalisasikan segera. Seperti kenyataan Dato’ Haji Takiyuddin Hassan, pembangunan universiti di sesebuah daerah akan merancakkan pembangunan infrastruktur di daerah berkenaan dengan beliau memberi Sintok (UUM) sebagai contoh.

DPPP menggesa agar kesemua projek pembangunan pendalaman perlu berorientasikan kestabilan awam, kemakmuran yang adil, pembangunan infrastruktur yang cukup serta aliran kewangan yang serata tanpa ada penyelewengan dan tapisan ‘orang tengah’.

Projek juga perlu dijadikan agenda UNTUK rakyat dan bukannya menjadikan rakyat sebagai  agen untuk memasyhurkan negara dan kerajaan pusat semata-mata. Keadilan antara 3 projek utama ekonomi pendalaman ini iaitu WPI, NCER dan ECER perlu diselaraskan secara saksama dan berimpak tinggi sejajar dengan hasrat umum negara kita.

Bidang perlancongan dan industri yang diimpikan subur di pantai timur perlu dilihat faedah dan manfaatnya kepada rakyat dari segi peluang pekerjaan, kemudahan awam kepada rakyat tempatan dan sebagainya.
Kemajuan ala pantai barat yang telah terbukti menghasilkan masyarakat yang rendah moral perlu dihindarkan.
 
Di dalam usaha kerajaan membina universiti di Kelantan, atas apa tujuan sekalipun, janganlah menjadikan usaha membina universiti sebagai gula-gula politik. Hal ini kerana universiti adalah suatu taman ilmu yang menjadi ankronim kebudayaan, tradisi tamadun negara dan kesepaduan keilmuan sesebuah negara.

Universiti bukan dihasilkan semata-mata untuk tuntutan industri dan kehendak pasaran sahaja tetapi perlu diperhalusi untuk menghasilkan produk yang laku dan berpotensi disamping membawa nilai akhlak dan nilai sahsiah yang tinggi.

Tuduhan liar yang mengatakan pelajar Kelantan tidak berpeluang meningkat ekonomi sendiri kerana ketiadaan universiti di Kelantan adalah suatu tuduhan yang tidak berasas. Terlalu ramai pelajar Kelantan di luar negara terutama Timur Tengah dan kebanjiran mereka di kampus Lembah Kelang juga tidak boleh dinafikan.
 
Justeru usaha ECER dan hasrat pembinaan Universiti di Kelantan perlu dikotakan secara jujur dan adil jika kerajaan ingin  merealisasikan masyarakat yang membangun tanpa mengira daerah atau fahaman kerana ECER dan pembinaan universiti adalah HAK rakyat.

HJ. NASRUDIN BIN HASSAN at TANTAWI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Pusat.
019-9168182

30.10.2007 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com / Kelatedaily.net.


Hantar artikel ini kpd sahabat:
CARA MUDAH melakukan sumbangan utk Tabung M@RHAEN.