![]()
Media PKR:
Gempar:
Program Hari Buruh di dewan batal,
semua terus berhimpun di dataran
![]()
Pengumuman tergemparPerhimpunan Hari Buruh anjuran Parti Keadilan yang bertema "Pekerja Bersama menentang Kroni Kapitalis" pada malam 30 April tidak dapat dilanjutkan kerana campurtangan pihak polis.
Pihak polis telah memberitahu pihak pengajur pada 28 April bahwa pemohonan permit ditolak atas isu "keselamatan". Rayuan dari pihak parti telah dibuat pada 29 April, tetapi sehingga sekarang belum ada apa-apa tanda polis mengubah sikap yang tak munasabah ini.
Parti Keadilan Rakyat membantah sekeras-kerasnya terhadap pihak polis yang menyekat kebebasan perhimpunan rakyat dan hak kita untuk merayakan hari buruh. Ini bukan kali pertama polis telah bertindak tanpa profesionalisme dengan menghalang aktiviti parti kita. Seolah-olahnya ada unsur diskriminasi dalam menangani pergerakan parti kita.
Walaupun, program Parti Keadilan Rakyat telah dilarang polis. Aktivis-aktivis parti tetap akan mobilise untuk menyambut Hari Buruh pada malam 30 April. Parti menyeru semua ahli-ahli terus bergerak menghimpunkan orang. Kita akan menyertai perhimpunan Hari Buruh anjuran MTUC di Dataran Merdeka secara beramai-ramai pada pukul 9 malam yang sama. Kita memberikan sokong penuh untuk menjayakan perhimpunan MTUC.
Irene Fernendez
Ketua Biro Buruh, Parti Keadilan RakyatKiriman PKRNews - 29.04.05 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)