![]()
Media PKR:
SYED HUSIN WAKILI AAPSO DI SIDANG KEMUNCAK AFRO-ASIA
![]()
Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, akan mewakili Pertubuhan Setiakawan Rakyat Asia-Afrika (AAPSO)untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Afrika 2005 di Jakarta, Indonesia, sebagai Pemerhati dan menyertai Majlis Sambutan Jubli Emas Persidangan Asia-Afrika 1955 di Bandung, Indonesia.Sidang Kemuncak itu akan diadakan di Jakarta Convention Centre , Jakarta-Indonesia, pada 21-22 April 2005, manakala Sambutan Jubli Emas berlangsung di Gedung Merdeka, Bandung-Indonesia, pada 23 April. Dijangka para pemimpin dari kira-kira 50 buah Negara Asia-Afrika akan menghadiri Kemuncak serta Sambutan tersebut.
Sebelum itu Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Asia-Afrika diadakan pada 18-19 April di Jakarta Convention Centre, dan Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asia –Afrika diadakan pada 20hb April 2005, juga di Convention Centre.
Pertubuhan Setiakawan Rakyat Asia-Afrika mempunyai Sekretariat Tetap yang berpusat di Kaherah, Mesir. Ia mempunyai taraf Perunding dan Pemerhati ke beberapa buah badan antarabangsa. Syed Husin terlibat dengan pertubuhan ini beberapa tahun.
Biro Penerangan, Keadilan
SYED HUSIN REPRESENTS AAPSO AT ASIAN-AFRICAN SUMMITDr Syed Husin Ali, Deputy President of National Justice Party, will represent the Afro-Asian Peoples’ Solidarity Organisation – AAPSO) as Observer at the Asian-African Summit 2005, at Jakarta, Indonesia, and to participate in the Commemoration of the Golden Jubilee of the Asian-African Conference 1955, at Bandung, Indonesia.
The Summit will be held at the Jakarta Convention Centre, Jakarta-Indonesia, on 21-22 April 2005, while the Golden Jubilee will be commemorated on 23 April at the Gedung Merdeka, Bandung-Indonesia. It is expected that leaders from about 50 Asian-African States will attend the Summit and Commemoration.
Prior to these events, the Asian-African Senior Officials Meeting will be held on 18-19 April, at the Jakarta Convention Centre, and the Asian-African Foreign Ministers’ Meeting will be held on 20 April, also at the Convention Centre.
The Afro-Asian Peoples’ Solidarity Organisation has a Permanent Secretariat based in Cairo, Egypt. It has Consultative and Observer Status in many international organizations. Syed Husin has been associated with the AAPSO for some years.
Keadilan Information Bureau
Kiriman PKR-News - 18.04.05 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)