HOLOGRAM KENAPA MEMBEBANKAN RAKYAT?
Oleh Laduniseven - Laman M@RHAEN
Assalamualaikum wbt / Salam Sejahtera;

Kebetulan minggu lalu tidak begitu sihat dan cuti sakit doktor panel pun kata lama tak jumpa, terlanjur cakap doktor pun bersungut masaalah baru tentang harga ubatan yang terpaksa di tanggong oleh para doktor dan juga pesakit-pesakit amnya. Iaitu masaalah trade mark hologram yang kemudiannya terpapar di akhbar pada 25.5.2005. Bayangkan pesakit-pesakit kena tanggong RM5.65 itupun di katakan paling rendah. Katanya di seluruh negara ada berapa klinik swasta? Kalau semua ubatan di caj kerana label hologram tersebut berapa banyak lebihan kos yang terpaksa di tanggong? Inilah gara-gara seorang menantu PM yang bijak itu di katakan mempunyai kepentingan di dalam penggunaan hologram tersebut.
 
Nampaknya setiap  rakyat Malaysia terpaksa membayar harga yang mahal untuk mendapat pemeriksaan doktor walaupun hanya di beri beberapa biji panadol dan sebotol ubat batuk. Bagaimana agaknya orang kampong dan yang tidak berkemampuan sekiranya harga ubat-ubatan semakin mahal. Kalau demam cari alternatif lainlah untuk berubat mungkin! Hologram sepertimana yang di maklumkan untuk melindungi pengeluaran ubat yang tulen.
 
Cerita pasal KJ ini daripada jutawaan terkejut sampailah ke sakandal seksnya sudah di ketahui umum. Macam mana pula dia hendak menghukum seorang Ketua Umno Klang yang telah di tuduh merogol sedangkan dia sendiri  telah di tangkap bersama si Reezal kerana berkhalwat. Bezanya Reezal terpaksa di kahwinkan sedangkan KJ terlepas!
 
Kemudian sampai ke hari ini apa yang Ketua Pemuda UMNO dan Khairy buat mengenai isu hina Al-Quran? Sepi! Bisu! Hishamuddin pula julang keris untuk mempesakkan apa? Bangsa sendiri pun tidak terbela. Astora jabat masih di benarkan berkitab! Ini hendak menegakkan Al-Quran! Paling malu usaha-usaha untuk menubuhkan UNIVERSITI UMNO. Betapa bodoh dan danggalnya setengah setengah ahli UMNO sampai universiti UMNO yang sedia adapun mereka tidak tahu! Tambah lucu chairmannya buat tak tahu saja, komen apa pun tidak. Aleh-aleh si Shahir Kelab BBC pula yang bersuara! Apa tidaknya sudah melantak duit KUB 85 juta dan sekarang buka kolej sendiri WADI SOFIA di Kelantan!
 
UNITAR dan ITTAR adalah Universiti dan Institut milik penuh KUB yang Dato' Hasan Harun mempunyai kepentingan 26% sahamnya. Dia juga di katakan sebagai proxy UMNO di dalam Pendidikan serta menduduki kerusi Lembaga Pengarah PTPTN. Tidak hairanlah penyangak macam dia ada ura-ura hendak meminjam duit KWSP untuk menyelamatkan PTPTN? Universiti Tun Abdul Razak dan Institut Teknologi Tun Abdul Razak di katakan menghadapi masaalah pengurusan dan kewangan yang tenat kecuali ITTAR Petaling Jaya. Kenapa UMNO tak berbuat sesuatu untuk menyelamatkan Universiti dan kolej yang selama ini di miliki oleh UMNO dan kenapa gatai mulut hendak menubuh sebuah universiti UMNO baru sepertimana pak menteri IPTS berkata baru-baru ini? Berapa lamakah Menteri IPTS itu jadi ahli UMNO sampai jadi menteri universiti milik UMNO pun sendiri tidak tahu? Kalau Samy Vellu yang cakap bolehlah kita kira sebab Samy Tol dan Tol Samy sama saja!
 
Macam tuu pekaknya seorang pak menteri dalam UMNO sedangkan di Utara sana ada sebuah UNITAR dan ITTAR yang hidup pagi makan pagi, hidup petang makan petang, takkan Pak Lah tak tahu? Negeri Pulau Pinag negeri dia? Tak kan Khairy tak tahu? Tak kan Izham tak tahu sampai pengurus yang kena buang pun hendak di ambil balik jadi Naib Presiden? Tak payahlah Hishammuddin julang keris, ianya tidak sama dengan Dato' Onn Jaafar yang berjuang untuk kepentingan bangsa Melayu yang kalau orang putih tidak jolok Tunku Abdul Rahman, jangan harap TAR akan jadi PM yang pertama! Selama ini sudah terbukti bahawa UMNO adalah parti yang telah gagal dalam mempertahankan dan mempertabatkan pendidikan negara. Tidak ada pekasa dalam pendidikan negara. UMNO hanya untuk melentokkan minda rakyat. Tak tahu apa  hendak dibuat sampai yang di gendong sendiri hendak di buang. Sedarkah UMNO, ITTAR yang di Utara negeri Perdana Menteri itu adalah lambang satu ke gagaalan pengswastaan kerajaan? Apa yang UMNO buat untuk menyelamatkan UNITAR dan ITTAR? Saya mencabar Izham kalau Samy Vellu boleh mendapat tanah percuma di Bukit Air Nasi Semeling di Sungai Petani Kedah untuk Universiti Perubatab MIC, kenapa ITTAR di Utara itu kena bayar gadai janji dengan Kerajaan Pulau Pinang RM36 ribu sebulan? Tanah se luas 28 ekar itu kenapa tidak di bangunkan sebagai kampus utama sedangkan MCA telah pun mempunyai kampus utama meraka di Batu Uban? Kenapa UNITAR  dan ITTAR terpaksa di biarkan menyewa di rumah kedai, di mana perancangan dan pembangunan pendidikan oleh UMNO? Cakap sahaja nak tubuh universiti swasta, sedangkan unversiti hak sendiri pun kamu tidak tahu!
 
Untuk itu hari ini kita kena bertanya kepada diri kita sendiri sebagai bangsa Melayu dalam segala aspek kehidupan, dulu orang putih meletakkan agama Islam hendaklah di jaga oleh orang Melayu, sekarang ini orang Melayu sendiri yang jual Islamnya. Yang tidak jaga Islamnya. Yang malu sendiri untuk menyebut saya seorang Islam dan yang melingkupkan sekolah agama yang mengajar hak Islam. Siapa mereka? Mereka adalah UMNO! Yang UMNO tahu duduk di atas macam Khairy hendak buat duit! Dan Khir Toyo serta Najib dan Hishammuddin masing-masing pegag fail Khairy kuat-kuat! Sebab nak pelingkup Pak Lah! Tunggulah, kita lihat bersama UMNO cakap tidak serupa bikit. Masa DSAI hendak berubat di luar negara macam-macam asalan dan helah, Syed Razak dan kak Hendon boleh berubat di luar negara bila-bila saja. Naik pesawat peribadi! Rakyat yang sakit kena bayar duit ubat lebih! Dengar kata Mahathir suruh Petronas tamatkan kontrak dengan Iran. Lihat the Star Metro ms 2 RM79m for TNB upgrading work. Siapa yang kaya? si Khairy, menantu Pak Lah!
 
Wassalam

laduniseven @ syedjohari_y@yahoo.com  - 26.05.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: