![]()
GERAKERJA PILIHAN RAYA BERMULA DARIPADA SEKARANG!
Oleh Laduniseven- Laman M@RHAEN
Assalamualaikum wbt;Itulah kata-kata keramat dan pesanan Dato' Seri Anwar Ibrahim kepada kita walaupun DSAI kini berada di luar negara. Mesej ini telah disampaikan dengan jelas, terang, tidak ada tapis-tapis dari Ketua Angkatan Muda Keadilan Saudara Ezam Mohd Nor dan Naib Presiden Saudara Azmin Ali sendiri di dalam ceramah pendeknya semalam 26.4.2005 tepat jam 9.49 malam berakhir 12.04 tengah malam, bertempat di Taman Peruda Sungai Petani. Seperti biasa ceramah ini, penganjur PKR Merbok, telah diganggui oleh Ketua Cawangn UMNO Taman Peruda yang mengerahkan pasukan POLIS untuk menggagalkan program tersebut yang akhirnya Saudara Zamil disaman oleh pihak Polis. Ceramah telah berlangsung di dalam dewan setelah pihak polis mengepung setiap penjuru padang. Dua minggu lalu Ketua Cawangan UMNO tersebut cuba menggagalkan Mesyuarat Perpaduan dan Rukun Tetangga Taman Peruda secara yang biadap dan tidak bermoral serta tidak mempunyai budi bahasa apabila beliau dan rakannya menyanggah Pengerusi majlis dari Jabatan Perpaduan Negara yang akhirnya dimalukan semalu-malunya di atas tindakan biadapnya tersebut. Menghairan kita pihak Polis lebih takut kepada ugutan seorang Ketua Cawangan UMNO daripada tugas hakiki polis untuk menjaga keselamatan dan tidak diduga IPD Polis Kuala Muda telah terbakar yang telah memusnahkan 80% barang bukti kes semalam! Tuhan bayar cash kerana kecuaian dan ketaksuban polis kepada UMNO bukannya untuk menjaga kesejahteraan rakyat.
Saranan Saudara Ezam dan Saudara Azmin Ali melenyapkan sama sekali tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terutamanya dari Saudara Mohd Zukri Aksah Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia di halaman Tranung Kite Tulisan Tamu hari ini 27.4.2005 sebagai tidak berasas, ketinggalan keretapi dan tidak menghayati serta mengikuti perkembangan gerakan refomasi! Terang-terang dikatakan reformasi tidak mati dan hilang arah tuju sepertimana yang digembar-gemburkan selama ini sebagai sudah tidak bermaya untuk menggerakkan jenteranya! (Mana dia dapat pun kita tidak tahu?) Malah telah sampai masanya PKR bersama komponen BA : PAS, DAP dan NGO untuk memperkasakan gerakan bagi menghadapi pilihan raya mendatang yang telah dicapai di dalam suatu persetujuan bersama yang mana hanya menanti kepulangan DSAI untuk melancarkan ledakan refomasi bersama! Di mana persoalannya yang meminta supaya PKR harus bangun semula?
Terdahulu Saudara Ezam dan Saudara Azmin berada di Kangar dan telah menziarahi YB Menteri Besar Kedah Tuan Syed Razak dengan doa dan harapan supaya Tuan Syed Razak cepat sembuh dan kembali bertugas. Sekali lagi kes LUNAS telah ditangguhkan tanpa sebang notis kerana ketidak hadiran Timbalan Penakwaraya. Malah penangguhan kes itu hanya dimaklumkan oleh pihak polis dan jurubahasa yang bertugas sahaja sedangkan kalau pihak Kena Tuduh kalau tidak hadir perbicaraan di Mahkamah akan dikenakan waran tangkap tetapi tidak terhadap Timbalan Pendakwaraya!
Dalam ceramah semalam Saudara Ezam meminta supaya jentera parti dari komponen BA supaya memperkukuhkan gerakan dan tidak semestinya menanti kepulangan DSAI. Kepulangan DSAI hanyalah untuk memperkasakan lagi gerakan refomasi dalam bentuk dan era baru serta prinsip yang baru yang akan di lancarkan bersama kelak! Agenda utama adalah untuk menghapuskan RASUAH! Rasuah di kalangan para pemimpin UMNO telah sampai di tahap yang kritikal dan UMNO hanya menanti masa sahaja sebagai sebuah parti yang hendak ditaruh batu nisan! Kenapa begitu kerana UMNO dan Perdana Menterinya YAB Pak Lah sebagai seorang yang cakap tidak serupa bikin. Lemah, lembab dan penakut dan tidak tahu membuat keputusan sendiri. Hinggakan dasar kerajaan sudah menjadi carca merba kerana takut kepada Burung Kakak Tua Mahathir! Malah pergeseran Pak Lah dan Najib sudah tidak dapat di sembunyikan lagi. Caca merba dalam segala bentuk pentadbiran dan bercanggah dengan dasar kerajaan selama ini. (Sdr Zukri Aksah, bukan PKR yang cara merba). Disebabkan itu percambahan ekonomi menjadi pelahan dan lembab!
Mesej kedua beliau adalah KOMITMEN PEMUDA BA adalah tetap sama tidak berubah untuk memerangi rasuah supaya generasi akan datang tidak meletakkan kesalahan ini di atas kepala pemuda terkini yang tidak melakukan apa-apa tindakan untuk membanteraskannya akibat kerakusan pemimpin UMNO. Di mana BPR sendiri tidak berfungsi kerana BPR bukan sebuah kuasa eksekutif untuk mengekang pemimpin UMNO yang kaki rasuah. Ini tidak terjadi sepertimana di Thailand, Indonesia dan Filipina yang mempunyai kuasa seperti tersebut. Kita tidak mahu slogan hanya terkeluar dari mulut Pak Lah supaya menghapuskan rasuah tetapi kita mahu praktikal dan amalannya untuk menentang rasuah sebagai satu tindakan menentang budaya rasuah dalam UMNO! Saudara Ezam menutup ucapannya menggesa jentera BA supaya bergerak daripada sekarang!
Sambutan yang amat mengkagumkan dan di luar jangkaan dalam rangka lawatan DSAI di luar negera sebagai luar biasa mengatasi para pemimpin tertinggi Malaysai sendiri membuatkan Pak Lah, si burung Kak Tua Mahathir dan Najib terpaksa menyusuli DSAI di mana sahaja DSAI barada, berucap dan diraikan, mereka menjadi tidak senang! Malah Saudara Azmin dalam ucapan seterusnya menyatakan beliau sendiri menghalang Tun Dr Mahathir daripada berjumpa dengan DSAI di Oxford pada 21.2.2005. Begitu juga kerja pembersihan yang dilakukan oleh DSAI terhadap tanggapan Barat mengenai Islam dan juga di senarai hitamkan ulama terulung Shaikh Yussof Qardawi oleh Bush telah memberi gambaran baru terhadap Islam dan Yahudi yang bukan telah dilakukan oleh pemimpin UMNO termasuk Pak Lah. Malah terbongkar kisah Tun Dr Mahathir membyar sekian banyak wang iaitu RM5.3 juta kepada Bush melalui ejennya di Hong Kong kerana keengganan Bush untuk berjumpa dengan Mahathir, sesuatu yang amat memalukan. Duit yang digunakan adalah duit rakyat dan apa yang BPR buat? Malah penghormatan tertinggi Kofi Anan ke atas DSAI membuktikan bahawa inilah insan yang telah diangkat oleh Allah SWT untuk membetulkan persipsi Barat mengenai Islam sebagai pemimpin yang mempunyai kewibawaan sebagai seorang tokoh dan sebagai seorang pemimpin yang kembalinya ke tanah air untuk menggerakkan dan mencetuskan satu pembaharuan terhadap negara Malaysia. Pemimpin yang boleh membuat keputusan dan yang di hormati seluruh pelusuk dunia terkini bukan macam Pak Lah yang terpaksa mendengar si burung Kakak Tua apanama Tun Dr Mahathir! Begitu juga tentang masaalah Israel dan Palestin serta bantuan mangsa Tsunami di Acheh yang menelan benlanja 300 bilion oleh Bush yang hanya mahu menyalurkan sumbangan kepada hanya 10% mangsa Tsunami penganut Kristian dan sekolah Kristian berbanding 90% mangsa Tsunami di Acheh adalah terdiri daripada sekolah-sekolah pondok dan sekolah agama yang kesemuanya adalah Islam. Kekutaan inilah yang tidak ada di dalam para pemimpin UMNO yang dimiliki oleh DSAI. Justeru itu, di mana persoalannya PKR layu dan tidak bermaya untuk menggerakkan refomasi?
Kepulangan DSAI akan menyaksikan EXCO dan Timbalan Menteri akan meninggalkan UMNO yang sedang sakit dan tenat. UMNO yang selama ini berbohong kepada rakyat dan Polis. UMNO yang selama ini membuat fitnah yang menyebabkan Shaikh Yussof Qardawi menolak permintaan Pak Lah untuk menerima undangan Pak Lah bagai menerangkan tentang Islam Hadhari pada 28 April 2005 ini! Selagi mana Pak Lah dan kerajaan Malaysia tidak meminta maaf kepadanya terhadap fitnah dan tuduhan palsu terhadap beliau dan DSAI sendiri. Malah pengampunan yang dilancarkan pada 1 Mei 2005 ini yang didokong oleh para cendiakawan dan NGO yang menyaksikan pembohongan UMNO bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi adalah sesuatu yang celaru! Kita tunggu saat dan ketikanya nanti bahawa suatu perubahan baru akan terbentuk di dalam gagasan BA yang telah dipersetujui bersama.
Kekalahan BA yang lalu bukan sahaja disebabkan penipuan malah disebabkan faktor ketua baru yang dan pesempadan baru yang memberi kelebihan kepada BN. Itu sahaja. Untuk itu sekali lagi saudara Azmin Ali menyeru kesemua jentera BA bergerak daripada sekarang sementara menanti kepulangan DSAI untuk memperkasakan gerakan refomasi dalam bentuk dan wajah baru. Serta meminta memperteguhkan istiqamah. Bekerja sebagai suatu tenaga, satu keluarga dalam kerangka baru yang akan dilancar dan diumumkan nanti demi menyelamatkan rakyat Malaysia yang menderita akibat kezaliman dan kerakusan UMNO!
wassalam
laduniseven @ syedjohari_y@yahoo.com - 27.04.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)