![]()
![]()
GERAK Tukar Nama ke Arah Menjadi NGO Serantau
![]()
GERAK kini dikenali dengan nama Gerakan Rakyat Anti Korupsi atau dalam bahasa Inggerisnya Civil Movement Againts Corruption. Ini bersesuaian dengan perkembangan GERAk yang mula 'berevolusi' ke arah menjadi NGO's serantau.
Perkara ini telah diumumkan secara rasmi oleh Pengerusi GERAK, Mohamad Ezam Mohd Nor, September lepas dalam satu Majlis di kediamannya. Ezam menyatakan tindakan ini diambil kerana gerak kerja GERAK akan lebih memfokuskan usaha pendidikan, mobilisasi dan pembongkaran rasuah yang menjadi Musuh Nombor 1 Negara dan menjadi permasalahan utama rantau ini juga.
Walau bagaimanapun pejabat GERAK di Kelana Jaya akan terus beroperasi seperti biasa.
GERAK tidak menolak peranan demokrasi atau usaha memartabatkan demokrasi secara khsusus tetapi melihat kembali keadaan semasa masyarakat, korupsi perlu diperangi sehingga ke akar umbi dahulu. Masyarakat yang bebas korup minda, perekonomian dan sosialnya sudah pasti akan mengangkat dan menghormati martabat insaniah setiap warganya.
GERAK Malaysia akan bergabung dengan GERAK di Indonesia yang merupakan gabungan NGO-NGO di 26 buah daerah di Indonesia. Kata persetujuan telah diperolehi untuk beberapa tindakan bersama dalam isu memerangi rasuah ini dan kemungkinan pejabat serantau GERAK juga akan dibuka di Jakarta. Untuk itu juga GERAK Malaysia sedang dirombak dari segi struktur dan modus operandinya. Ramai aktivis - aktivis muda akan digabung dalam GERAK Malaysia bukan sahaja sebagai mengisi GERAK kerja biasa tetapi ada yang turut dinamakan sebagai Lembaga Pengarah.
GERAK mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan dari jumpa keahlian dan penyataan sokongan. Ramai termasuk kakitangan kerajaan mahupun sumber dalaman parti pemerintah telah mula berhubung dengan GERAK menyatakan sokongan dan kesediaan bekerjasama. Tidak kurang juga banyak email dari orang ramai yang menghantar salinan laporan polis dan BPR yang mereka buat untuk perhatian dan bantuan.
Berkaitan Perhimpunan BERSIH 10 November 2007, GERAK secara rasminya telah menyatakan sokongan terhadap usaha BERSIH untuk menuntut Pilihan Raya bebas dan adil. GERAK akan cuba menggerakkan seluruh aktivis berdaftarnya dari seluruh negara, dan makluman mengenai BERSIH termasuk perhimpunan 10 November akan disebarkan kepada jaringan GERAK di seluruh dunia.
'KORUPSI MUSUH NO.1 NEGARA'
Badrul Hisham Shaharin
Eksekutif Ko Ordinator
GERAKhttp://chegubard.blogspot.com/2007/10/gerak-tukar-nama-ke-arah-menjadi-ngo.html
27.10.2007 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com / Kelatedaily.net.
CARA MUDAH melakukan sumbangan utk Tabung M@RHAEN.