![]()
Ezam Keluar Parti:
Malapetaka Besar Buat Keadilan ...
Oleh Cucu Mat Kilau - Laman M@RHAEN
Berita perihal Ketua Angkatan Muda Keadilan Ezam Mohd Noor, keluar dan meletakkan semua jawatannya dalam Parti Keadilan Rakyat sesungguhnya satu malapetaka besar buat parti itu. Ini berikutan Ezam adalah antara individu yang selama ini kita dengar senantiasa konsisten dalam perjuangan keadilan. Bermula dari awal pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim lagi, Ezam dilihat adalah jelmaan Anwar yang bakal memberi kekuatan kepada Parti Keadilan Nasional ketika itu. Sesungguhnya, nama Ezam bukanlah asing lagi dikalangan pemerhati politik di negara ini. Beliau yang sebelum ini pernah menjadi orang kanan Anwar di kementerian kewangan dan ketika mantan Timbalan Perdana Menteri itu masih berkuasa, dilihat mampu memberi persaingan yang sengit kepada musuh-musuh Anwar. Apatah lagi ketokohan dan perwatakan beliau yang saling tak tumpah mirip Anwar. Lantaran itulah agaknya Ezam diterima serta menjadi idola pewaris perjuangan Anwar selama ini.
Namun kini, segalanya sudah terjawab. Perletakkan jawatan Ezam jelas menunjukkan bagai ada sesuatu yang tidak kena terhadap part serpihan UMNO itu. Nama Ezam memang sudah sinonim dengan keadilan. Apakah dengan kehilangan beliau ini parti dan sayap muda keadilan bisa melanggah gagah seperti dulu?. Sesungguhnya pemergian Ezam dari PKR adalah sesuatu yang amat merugikan. Belaiu adalah satu aset besar yang paling berpengaruh dalam perjuangan keadilan selama ini. Sebagai salah seorang pemerhati yang juga sempat berdampingan dengan Ezam sejak dulu lagi, Cucu merasakan satu anjakan paradigma perlu dilakukan mulai sekarang dalam PKR. Jika dibiarkan, pasti perjuangan keadilan tidak dapat bertahan lama. Kabaran yang diterima, tentang wujudnya puak-puak tertentu parti itu jelas sekali menunjukkan halatuju keadilan kini semakin samar. Perebutan jawatan peringkat tertinggi telah memecah-belahkan perpaduan yang sedia terwujud selama ini. Biarpun Anwar dilihat kembali, serta menjadi penasihat PKR namun apa yang jelas berlaku ialah semakin terwujudnya banyak perpecahan dari apa yang diharapkan.
Lihat apa yang berlaku di Kelantan, Kedah dan mungkin banyak lagi bahagian-bahagian PKR lain selepas ini. Perpecahan dan perebutan jawatan yang menyebabkan pembubaran cawangan bahkan bahagian sendiri jelas menunjukkan bahawa virus UMNO masih terlekat dalam jiwa para pemimpin itu sendiri. Sebagai sebuah parti pembangkang, sepatutnya keutuhan dan keharmonian semua pihak perlu dijaga dan dipertahankan. Tambahan pula pilihanraya umum bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Apakah dengan kemelut yang melanda ini, pucuk pimpinan parti menganggap ianya adalah perkara biasa dalam politik. Ungkapan pemimpin datang dan pergi tidak harus dikeluarkan oleh pemimpin yang sayangkan perjuangan. Memang kita tahu. seorang manusia bernama Ezam meninggalkan PKR maka seribu Ezam lagi boleh menjadi pengganti.
Harus diingat, biarpun kita ada pengganti yang terdiri dari golongan muda untuk meneruskan perjuangan ini namun kewibawaan dan semangat perjuangan yang ada dalam diri mereka belum kita ketahui lagi. Tambahan pula bagi mereka yang terwujud serta bersemangat besar setelah Anwar dibebaskan dari penjara.Ia berbeza sama sekali dengan para pejuang yang lahir sejak 2 September 1998 lagi. Pejuang yang mengenal erti reformasi serta bermati-matian mempertahankan Anwar selama ini. Bahkan ada juga pejuang yang sanggup didera dan diperlakukan seperti haiwan lantaran semangat dan ketahan mental yang ada dalam diri mereka. Itu belum termasuk pejuang yang sanggup meringkuk dalam jeriji besi lantaran dipenjara oleh pihak yang tidak mahu mengerti erti sebuah keadilan.
Itu adalah bezanya.Ezam dilihat seorang tokoh berwibawa yang mempunyai peluang yang cukup cerah untuk mencetuskan satu revolusi dalam perjuangan menegakkan keadilan di negara ini. Kelibat Ezam bakal menggamit memori setiap lapisan rakyat yang selama ini memberian sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap perjuangan menegakkan keadilan serta menentang kezaliman, rasuah dan korupsi dalam negara ini.
Biarpun Ezam dikatakan cuba mencipta haluan sendiri bagi menentang kebobrokan kerajaan hari ini, namun ia dilihat sebagai satu landasan yang agak rapuh untuk beliau benar-benar memartabatkan segala apa yang direncanakan.Badan Bukan Kerajaan (NGO) atas nama GERAK (Gerakan Anti Rasuah Dan Korupsi) yang dipimpin oleh Ezam sebenarnya bakal menemui kegagalan demi kegagalan seandainya tiada sokongan yang padu dari kalangan para pemimpin politik. Namun, apakah Ezam dapat bergerak seperti sebelum ini untuk merealisasikan hasratnya itu. Sudah pasti ia bakal menemui kehampaan dan akhirnya Ezam dan GERAK akan sama-sama tenggelam dalam gelombang arus yang diciptanya sendiri.
Cucu sempat bersama Ezam dalam banyak program sebelum ini. Sejarah terpahat, ketika Lokman Noor Adam dipecat dari Parti Keadilan Nasional satu ketika dulu maka Ezam adalah "mastermind" yang dikatakan bertindak memberi kata dua kepada pucuk pimpinan keadilan sama ada pecat Lokman atau beliau keluar parti. Disini jelas menunjukkan sikap Ezam sebenarnya. Biarpun beliau seorang yang ektrimis dan refomis jitu, namun dalam sesetengah perkara beliau juga boleh dikatakan seorang "diktaktor". Justeru itulah selepas pemecatan Lokman, beliau telah mencabar Ezam untuk bersumpah dengan menyebut nama Allah dan memegang Al-quran di Masjid Negara ketika itu. Paparan ini disiarkan dalam media arus perdana seperti akhbar dan televisyen ketika itu. Soalnya pernahkah Ezam menyahut cabaran Lokman itu. Malahan beliau lebih rela memperlekehkan cabaran tersebut yang baginya hanya mencari publisiti murahan dan tidak masuk . Soalnya disini, Lokman menunjukan cukup bukti untuk mencabar Ezam. Bukti-bukti jelas bahawa dana yang terdapat dalam tabung Pemuda Keadilan telah digelapkan. Biarpun Lokman dan Ezam sama-sama menjalani hukuman tahanan tanpa bicara (ISA) ketika itu. Namun sebagai orang yang bertanggung jawab, Lokman cuba merujuk jawatakankuasa tertinggi parti supaya Ezam memperincikan penyata kewangan pemuda keadilan serta status kehilangan wang dalam sayap kanan parti itu. Atas sikap biadap Ezam inilah, akhirya Lokman menjadi mangsa dan disisihkan dari parti. Walhal beliau cuba untuk memperbetulkan kekalutan yang berlaku ketika itu.
Semasa Lokman dipecat dan terbiar tanpa sokongan daripada mana-mana pihak, Cuculah orang yang bertanggung jawab membantu beliau untuk kembali bernafas ketika itu. Dimana Lokman telah datang sendiri ke Kuantan bertemu dengan Cucu serta bahagian Keadilan Paya Besar, Kuantan yang mana susulan daripada kejadian tersebut berlakunya pembubaran Parti Keadilan Paya Besar sebelum pilihanraya umum 2004 yang lalu. Ketua Bahagian ketika itu yang dipimpin oleh Wan Jusoh Wan Kolok juga telah disisihkan dan tempatnya sebagai calon parlimen Paya Besar telah digantikan dengan Shaari Shungip. Krisis ini berpanjangan sebenarnya timbul daripada sikap Ezam terhadap Lokman ketika itu. Jika Lokman diberi pembelaan yang sewajarnya nescaya perkara ini dapat diselesaikan secara lebih berhemah lagi. Namun atas sikap rakus seorang anak muda bernama Ezam, beliau lebih rela parti diperkotak-katikkan yang mana akhirnya beliau sendiri akhirnya menjadi mangsa apabila gagal untuk bertanding menentang Dato' Najib di parlimen Pekan ketika itu. Semua ini adalah berpunca daripada perancangan Lokman untuk menjatuhkan Ezam setelah mengadakan pertemuan sulit dengan Timbalan Perdana Menteri itu di Pekan. Dalam pertemuan sulit itu yang turut dihadiri oleh Wan Jusoh Wan KOlok (Ketua Bahagian) dan Ariffin Ismail (Setiausaha Bahagian), Cucu adalah orang yang bertanggung jawab untuk mencetuskan perkara ini. Tujaun Cucu sebenarnya tidak lebih daripada pembelaan terhadap Lokman dan kecewa dengan corak kempimpinan Ezam. Sejarah masih terpahat dan Ezam pasti ingat perkara ini kerana Cucu sempat bertemu beliau di sebuah gerai di Batu 10, Jalan Gambang Kuantan untuk bertanyakan sikapnya terhadap cabaran Lokman dan kenapa beliau diam membisu. Beliau seperti biasa menjawa bahawa Lokman adalah orang yang bodoh dan kenyataanya tidak boleh diguna pakai. Siapa yang harus Cucu percaya, seorang Islam yang sanggup menjunjung Quran dan bersumpah atas nama Allah akan kebenaran kata-katanya atau seorang manusia yang senantiasa mencari helah dan alasan untuk melarikan diri daripada kenyataan. Sama-samalah pembaca fikirkan sikap Ezam yang sebenarnya dalam kemelut ini.
Justeru itu, tidak hairanlah ramai yang memperkatakan Ezam sering mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa orang pemimpin UMNO sebelum ini. Percaturannya mudah, beliau lebih rela bersekongkol dengan UMNO asalkan Anwar dibebaskan dari penjara. Maka, kini Anwar tidak lagi merengkok dalam jeriji besi itu dan tugasan Ezam sudah pun selesai. Susulan daripada kejadian itulah yang menyebabkan beberapa orang pemimpin kanan Pemuda Keadilan telah kaluar parti dan dikenali sebagai "Kumpulan 12". Maka heboh seantero dunia bahawa perancangan asal kumpulan tersebut adalah termasuk Ezam sendiri. Namun pada ahirnya Ezam tidak hadir dalam sidang media yang diadakan, dan Ruslan Kassim terpaksa memikul tanggung jawab tersebut. Ini jelas dapat dilihat kelicikan Ezam untuk mencantas pemimpin muda dalam keadilan. Baginya, apabila agendanya sudah selesai maka mudahlah juga untuk beliau melakukan perubahan dalam parti selepas itu.
Pun begitu, hasrat Ezam terbantut apabila Anwar dibebaskan. Maka saham Ezam sedikit merundum kerana Anwar sudahpun bebas dari penjara Sungai Buloh. Tuagasan Ezam masih belum seleasai. Apa yang kita lihat in sebenarnya adalah rentetan perjalanan dan sikap sebenar Ezam Mohd Noor. Bahkan, kabaran yang diterima ketika Anwar baru dibebaskan, kelibat Ezam juga hilang. Ia hanya muncul selepas ini. Rata-rata pergerakan pemuda keadilan (Angkatan Muda) terpinga-pinga melihat sikap yang ditunjukkan oleh beliau itu. Beliau dilihat kurang menunjukkan komitmen terhadap parti, dan sering dilihat bersama dengan orang kuat UMNO. Biarpun perkara ini dirahsiakan, namun umum sudah mengetahui bahawa pakatan sulit telah wujud, mungkin untuk membawa Ezam kembali ke pangkuan UMNO. Tambahan pula agenda Ezam untuk membebaskan Anwar sudah diselesaikan.
Bom jangka sudah berada ditangan Ezam, percaturan politik beliau amatlah licik dan sistematik. Apabila Anwar sudah bebas, maka Ezam merasakan saham beliau sebenarnya semakin melonjak. UMNO pasti perlukan beliau untuk berhadapan dengan pakatan pembangkang dalam pilianraya umum akan datang. Mungkin ada sesuatu yang dijanjikan. Tambahan pula Ezam adalah tulang belakang keadilan sebelum ini, bahkan banyak rahsia parti berada dalam tangan Ezam. Inilah yang menyebabkan akhirnya Ezam semakin tawar untuk meneruskan perjuangan dalam keadilan (kini Parti Keadilan Rakyat) sebenarnya. Mungkin juga Ezam sudah terfikir, masa makim mencemburui beliau. Jika beliau tidak mengambil peluang sekarang, bila lagi beliau dapat bertindak. Mahu menunggu pilihanraya akan datang pasti banyak kecelaruan yang akan bermain di benak fikirannya. Itu belum termasuk faktor Anwar boleh kembali ke kancah politik selepas ini. Ezam bijak mengatur rencana, namun beliau juga harus ingat beliau sebenarnya telah menjilat ludahnya sendiri. Sebelum ini beliau ketawakan Ruslan Kassim, Zahid Mat Arip, LOkman Noor Adam serta ramai lagi. Kini, beliau juga bakal terpalit dengan "tahi" yang sama. Apakah Ezam sedar akan perkara ini, ataupun lantaran memikirkan habuan yang bakal diterima beliau lebih rela menutup sebelah mata akan perkara ini.
Ezam tidak perlu berdolak-dalih lagi, dengan menuduh Anwar adalah "diktaktor". Alasa demi alasan ang diberikan sebenarnya bakal menjerat dirinya sendiri. Lebih elok jika Ezam erus mendiamkan diri dan kotakan apa yang dijanjikan kononnya untuk membenteras rasuah, penyelewengan dan korupsi menerusi NGO yang ditajanya GERAK. Sejauh manakah Ezam boleh pergi menerusi platform NGO untk menentang penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan hari ini?.
Walau apapun, apa yang jelas disini nama Ezam bakal di"kapan"kan oleh para pejuang reformasi. Bahkan laungan keramat"Reformasi, Reformasi, Reformasi... Lawan Tetap Lawan" yang sering dialunkannya selama ini bakal menjadi kenangan. GERAK yang ditaja oleh Ezam dilihat tidak akan kemana-mana, mana anak muda yang berjiwa politik seperti beliau boleh terlibat dengan NGO untuk menentang kerajaan BN hari ini. Mungkinkah Ezam akhirnya akan menjadi sepert Tan Sri Lee Lam Thye yang ditawarkan jawatan dalam NGO yang akhirnya terus menguburkan darah perjuangan politik dalam dirinya hingga ke hari ini. Jika ini yan terjadi kepad Ezam, sesungguhnya ia adalah satu kerugian besar buat perjuang keadilan dalam negara ini. Kita tahu, ramai yang bakal lahir seperti Ezam, namun apakah mereka boleh mencipta sejarah seperti beliau?. Kabaran yang diterima, tanggal 29 Jun 2007 Ezam terpanggil untuk mengadakan Perdana Menteri, Pak Lah Badawi. Kononnya pertemuan tersebut adalah atas nama NGO yang dipimpinnya iaitu GERAK. Namun segalanya berkemungkinan, kita nantikan sahaja senetron Ezam yang seterusnya selepas ini.
Sesuatu yang tersirat disini, setelah sekian lama merencana untuk bertemu Pak Lah akhirnya Ezam berjaya merealisasikan hasratnya setelah beliau keluar dari Parti Keadilan Rakyat. Mungkinkan ada sesuatu yang tersirat disebalik pertemuan Ezam itu nanti?
Salam perjuangan dari Cucumatkilau buat semua rakan-rakan perjuangan yang telah hilang taringnya seperti Lokman Noor Adam (Sertai UMNO semula dan kini menjadi orang Kuat Datuk Sahrir Samad di Johor).Juga buat Ruslan Kassim serta semua, semoga darah perjuangan yang mengalir dalam tubuh anda tidak akan terus terpadam biarpun dimana anda berada.
Bagi cucu, dalam politik kawan bisa menjadi lawan dan kembali menjadi kawan. Maka berhati-hatilah memilih landasan perjuangan yang dapat diterima oleh sekalian hamba rakyat.Apa yang kita nantikan sebenarnya ialah kemenangan Islam agar tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini. Salam perjuangan !!
- Cucu Mat Kilau www.cucumatkilau.blogdrive.com / www.cucumatkilau.cjb.net
30.06.2007 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com / Kelatedaily.net.
CARA MUDAH melakukan sumbangan utk Tabung M@RHAEN.