Tsunami Bakal Melanda Negeri Pahang ....
Oleh Cucu Mat Kilau

Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Arakian kisahnya, maka tersebarlah seantero dunia perkabaran dari Bumi Amerika, bahawa negara tersebut kini berada dalam keadaan tidak menentu kerana satu lagi taufan yang lebih dasyat dari Katrina dan Rita akan melanda. Presiden Bush, dalam nada sedihnya telah menyalahkan TUHAN, kononya membenarkan bencana Katrina berlaku. Mungkihkah ini balasan tuhan terhadap keangkuhan dan kesombongan pemimpin Amerika itu yang senantiasa mengagung-agungkan mereka adalah polis dunia selama ini. Apa yang berlaku, Islam telah dilabelkan sebagai pengganas sedangkan bangsa Yahudi yang telah jelas sejak dulu, kini dan selamanya mengganas di Bumi Palestin terus mendapat bantuan daripada kerajaan Amerika itu. Apakah sudah tiba masanya, kita memikirkan nasib kita di bumi Malaysia tercinta ini. Jangan kita sangka, dengan melihat bumi asing terus dilanda ribut dan taufan mutakhir ini .. kita merasakan kita akan selamat.

Kejadian ribut taufan yang melanda Kuantan baru-baru ini sebenarnya jelas sekali telah mengajar masyarakat di tempat Cucu agar lebih berhati-hati dan berwaspada. Ribut yang turut membawa angin puting beliung itu telah memusnahkan banyak harta benda penduduk di sini. Biarpun Cucu mendapat maklumat terdapat kecelaruan yang berlaku dalam pengagihan bantuan kemanusian namun adalah diharapkan agar pihak-pihak yang berkenaan lebih berhati-hati. Kita tidak mahi peristiwa kecelaruan pengagihan bantuan kemanusia ketika Kuantan dilanda banjir besar suatu ketika dulu berulang kembali.

Dalam pada Cucu dan rakan-rakan sibuk membicarakan soal ribut taufan yang melanda Amerika dan Kuantan baru-baru ini, tiba-tiba kami digemparkan dengan satu berita yang lebih mendebarkan. Peristiwa aneh ini kabarnya saling tak tumpah mempunyai persamaan dengan apa yang berlaku di kawasan pantai Pulau Pinang dan Kedah sebelum kedatangan ombak Tsunami penghujung tahun lalu.

Kabaran yang diterima, para penduduk di Pantai Sungai Ular dekat sini kecoh apabila melihat banyak ikan-ikan dari laut yang terdampar di tepian pantai. Kelibat binatang tersebut seolah-olah bagai ada satu isyarat yang satu bencana besar seperti Tsunami akan melanda negeri ini. Cucu masih belum menerima berita lanjut akan perkara ini, namun kepada raka-rakan Cucu yang mengetahui perkara ini diharap dapat memberikan maklumat lanjut seberapa segera untuk dihebahkan.

Andainya perkara ini benar, maka nantikan sahaja apakah sesuatu akan berlaku di tempat Cucu selepas ini. Apakah selepas tragedi ribut dasyat tempohari, maka satu lagi bencana akan melanda. Apakah ini sebagai satu petanda Allah amat murka akan fenomena yang berlaku di negeri yang mendapat jolokan "Hatyai Pantai Timur" ini.

Harapan Cucu, agar segala kejadian yang berlaku ini dapat dijadikan sebagai ikhtibar dan pedoman terutamanya kepada pihak berkuasa di negeri ini, agar lebih berusaha untuk memantau sebarang aktiviti maksiat yang bercanggah daripada lunas-lunas Islam. Mana yang silap marilah kita sama-sama perbetulkan untuk kesejahteraan bersama. Usahalah kita hanya bebicara semata-mata tanpa ada perlaksanaan. Selaku anak Bumi Pahang ini, Cucu merasa amat malu dengan jolokan Hatyai Pantai Timur itu. Sudah tiba masanya kerajaan negeri melalui jabatan agama Islam untuk melakukan operasi membenteras semua tempat-tempat maksiat yang menjadi lokasi anak-anak muda untuk berpeleseran.

Apa yang jelas, Cucu sendiri takut bila melalui lorong-lorong maksiat di Jalan Wong Ah Jang  ( Memang Layak digelar Hatyai Pantai Timur), kerana disitulah banyak menempatkan pusat-pusat hiburan seperti pub, disko, dungdut, lounge dan pusat-pusat karaoke. Dapat dilihat jelas, suasana di situ jelas mencemarkan imej Islam Hadhari yang dilaung-laungkan selama ini. Jika kita melalui Hotel Deluxe yang berdekatan kawasan tersebut, kita bebas melihat umat Islam meminum arak di sebuah restoran Cina disitu. Tidak ada pegawai penguatkuasa, tidak ada jabatan agama. Jika ada penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuantan pun, mereka lebih gemar untuk megutip saman kesalahan meletak kenderaan dikawasan yang tidak dibenarkan. Itu semua adalah bertujuan untuk mengisi kantung jabatan terbabit.

Persoalannya, siapakah yang harus dipersalahkan dalam membenarkan pusat-pusat hiburan maksiat ini bebas beroperasi. Biarpun pemiliknya adalah bangsa asing yang bukan beragama Islam, namun majoriti pengunjungnya adalah bangsa Melayu yang mengaku beragama Islam. Daripada pengunjung hinggalah kepada para pekerja disitu seperti waiter, waitress, GRO dan sebagainya. Inilah yang harus diambil perhatian sebenarnya oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri ini.

Cucu tidak nampak perkara ini akan selesai, jika kerajaan negeri tidak bertegas dalam perkara ini. Ini belum termasuk lagi dengan pusat-pusat hiburan yang menjadi desitinas "Clubbing" anak-anak muda seperi R8 di jalan Beserah, Coco Loco di Hotel Hyatt, Lips di Jalan Teluk Chempedak dan banyak lagi. Apapun Cucu ucapkan tahniah dan syabas kepada Ketua Polis Pahang yang baru atas usahanya menutup Pub & Bistro Lips di Jalan Teluk Sisek yang terletak betul-betul berhampiran pusat bandar Kuantan ini. Semoga apa yang dilakukan oleh beliau akan menambah pahala dan ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.

Akhir kalam, Cucu amatlah berharap kerajaan negeri mengamalkan dasar "Cakap Serupa Bikin". Jangan hanya berbangga dengan status negara dan negeri Islam Hadhari semata-mata tetapi hakikatnya " Habuk Pun Tarak". Di Pahang ini jika kita ingin melihat benarkah negeri ini negeri Islam Hadhari, cubalah kita adakan lawatan sambil belajar ke Kota Keriangan Genting Highlands, Berjaya Beach Resort Pulau Tioman, Cameron Highlands, Club Med Cherating dan termasuklah di lokasi-lokasi yang Cucu nyatakan tadi. Sekian kisahnya.

P/S - Perhatian : "Program Jihad Ekonomi Era Siber 2005" bersama Cucu Mat Kilau akan dilancarkan . Dapatlkan maklumat lanjut tentang "Taklimat Motivasi Usahawan ICT : Ke Arah Menjana Ekonomi Rakyat Malaysia Era Globalisasi ". Pendaftaran dibuka sekarang !! Roadshow akan diadakan ke seluruh negara bermula 3/9/2005. Sila lawati laman web http://www.cumatkilau.cjb.net untuk info lanjut. Sekian Harap Maklum dan Terima Kasih..

"Keadilan Untuk Semua, Teruskan Agenda Perubahan Demi Agama Bangsa Dan Negara"

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
Anak Watan Jengka
Pahang DM
cmk_pahang@yahoo.co.uk
http://www.cucumatkilau.cjb.net - http://cucumatkilau.blogdrive.com/
 - 30.09.2005
Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan: bakongnet.com


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.