Remaja Terlampau Satu Agenda Islam Hadhari !!
Oleh Cucu Mat Kilau

Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Maka tersebarlah cerita seantero negara tentang berita "Remaja Terlampau" yang disiarkan di muka hadapan akhbar arus perdana "Harian Metro". Sungguh memalukan dan menjijikkan, itulah yang dapat Cucu gambarkan melihat kelibat para remaja Melayu yang beragama Islam dalam sebuah negara Islam Hadhari seperti Malaysia ini. Apalah akan terjadi dengan generasi kita akan datang jika perkara sebeginipun tidak dapat dibendung dengan sewajarnya oleh pihak berkuasa.
 
Mengapakah kisah-kisah sebegini masih mewarnai negara Islam seperti Malaysia ini ? Di manakah silapnya semua ini. Dalam usaha kerajaan menerapkan nilai-nilai murni dan keimanan Islam berlandaskan konsep Islam Hadhari, kita masih digemparkan dengan perlakuan-perlakuan jijik yang cukup memualkan seperti ini. Apakah kita yakin seandainya negara ini terus diperintah oleh manusia yang bertopengkan ISLAM, masalah gejala sosial seperti ini dapat dibenteras sepenuhnya !! Dan apakah Islam Hadhari yang dikatakan sebagai projek khas YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Badawi itu boleh dijadikan sebagai satu landasan untuk membawa umat Islam di negara ini kearah masyarakat Islam yang sebenarnya berlandaskan Al-Quran dan hadis ?
 
Bila memperkatakan tentang Islam di Malaysia, sejak dari dulu, kini dan selamanya puak-puak UMNO menggunakan ayat-77 dari surah Al-Qasas yang bermaksud  "Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagiaanmu dari (kenikmatan) duniawi, dan berbu "Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagiaanmu dari (kenikmatan) duniawi, dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan".at baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan".
 
Persoalan apakah benar dengan adanya konsep Islam Hadhari ini, rakyat terutamnya umat Islam semakin didekatkan diri dengan Islam itu sendiri. Cucu merasa sungguh malu apabila melihat keadaan yang berlaku didepan mata kita hari ini , dalam usaha mewar-warkan negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam semakin banyak perlakuan dan program-program mungkar terus diabiarkan berleluasa di sana sini. Ianya seolah-olah hanya laungan semata-mata tetapi hakikatnya rakyat terus dipinggirkan dari memahami konsep Al-Islam itu sendiri. Ini jelas Islam Hadhari adalah satu agenda untuk menjauhkan diri umat Islam  daripada Islam yang sebenarnya.
 
Apalah gunanya kita berbangga apabila  Prof Dr Mohamad Sayed Tantawi, Syeikhul Azhar mengatakan bahawa "Malaysia adalah contoh terbaik sebuah negara Islam di dunia masa kini. Ianya berlandaskan kepada dua ciri utama: iaitu, yang pertama kerana rakyatnya yang aman dan damai tanpa peperangan serta tanpa huru hara dan keduanya kerana pembangunannya yang pesat serta maju di bawah kepimpinan umat Islam". Ucapan yang beliau sampaikan ketika menghadiri Multaqa Ulamak Sedunia di Putrajaya pada Julai 2003, jelas merupakan satu skrip yang telah disiapkan oleh kerajaan kononnya para alim ulamak diseluruh dunia mengikhtiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Maka ucapan inilah yang telah dijaja ke sana sini dan dijadikan intipati ke arah perlaksanaan "Islam Hadhari" itu sebenarnya.
 
Melihat kepada prinsip utama Islam Hadhari iaitu  Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi. Cucu nampak apa yang berlaku dalam negara kita hari ini sebenarnya telah jauh tersasar daripada prinsip itu sendiri. Bagaimanakah Islam Hadhari itu hendak dinatijahkan jika kerajaan yang ada pada hari ini tidak membenteras gejala-gelaja mungkar yang terus berleluasa di negara kita hari ini.
 
Maka, tidak hairanlah saban hari kita diperlihatkan dengan adengan-adengan yang tidak ingin kita lihat sebenarnya. Sebenarnya Cucu melihat , masalah gejala sosial yang melanda remaja di Malaysia hari ini sudah terlalu parah ... Boleh dikatakan hampir 70% remaja kita hari ini sudah terdedah dengan SEX sejak dibangku sekolah lagi. Bukan sahaja seks, malahan minuman keras, dadah, merokok sudah menjadi sebahagian tabiat remaja di Malaysia terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Ipoh, Seremban, Melaka, Penang dan termasuk juga di tempat Cucu bandar Kuantan ini sendiri.
 
Fenomena pergaulan bebas dan seks rambang kini sudah semacam satu penyakit yang mulai menular ke dalam jiwa para remaja kita. Kes rogol, persetubuhan haram bebas berlaku disana sini. Biarpun ada  pihak berkuasa yang cuba membendung perkara ini, namun bagi Cucu semakin hari semakin bercambah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan hingga perkara ini terus berleluasa ?
 
Bagi Cucu selagi pepimpin yang ada hari ini tidak mahu menerima dasar Islam dan perlembagaan negara berlandaskan Al-Quran dan Hadis, maka selagi itulah penyakit ini tidak akan dapat dirawat sebenarnya. Lihat saja apa yang berlaku suatu ketika dulu, ketika awal-awal penyakiit AIDS menular di negara kita semua pihak merasa terpanggil untuk memberikan jalan penyelesaiannya. Namun apa yang berlaku, kerajaan menubuhkan Yayasan AIDS negara yang dipimpin oleh anak bekas PM iaitu Marina Mahathir. Nah ... sekarang lihat apa yang terjadi, penyakit AIDS terus berleluasa dan yang paling banyak dijangkiti adalah orang Melayu kita yang beragama Islam. Akhirnya untuk mengatasi masalah tersebut, kini dijalankan program yang mengarut dan tidak masuk akal langsung seperti memberikan kondom percuma kepada pesakit Aids bagi mengelakkan penyakit itu terus menular. Bukankah ini satu pekerjaan yang Bangang sebenarnya !! Yang mengaut keuntungan adalah pihak-pihak pembekal kondom terbabit, serta menghabiskan wang rakyat sebenarnya.
 
Berbalik kepada persoalan seks bebas tadi, Cucu melihat anda hukum Islam tidak tertegak dimuka bumi ini dan selagi pemimpin yang ada melihat kuasa sebagai satu ruang untuk mereka membina kekayaan. Kuasa yang ada tidak digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan suatu pemerintah yang adil dan saksama berlandaskan Al-Quran dan hadis maka selagi itulah penyakit masyarakat akan terus subur membiak sesubur pembangunan yang dicanang-canangkan. Maka akhirnya negara Malaysia akan menjadi negara sekular seperti Turki sebenarnya apabila agama dan keduniaan diseimbangkan. Inilah masalah, kerajaan yang ada mengimbangi jiwa umat Islam di negara ini dengan hiburan yang melalaikan serta melekakan , sedangkan dari sudut kerohanian langsung tidak ada.
 
Contoh jelas dapat dilihat di negeri Pahang Hadhari ini sendiri, hiburan demi hiburan terus disajikan kepada masyarakat Islam di sini. Bermula dengan Fiesta Media Idola, Karnival Sure Heboh kemudian diteruskan dengan pelbagai hiburan yang cukup menarik minat golongan remaja untuk berbondong-bondong menghadirkan diri ke program-program mungkar seperti itu. Ini belum lagi dilihat dengan Malam Ambang Merdeka yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.
 
Pada pandangan Cucu, andai perkara ini terus dibiarkan maka masalah akidah dan gejala sosial ini akan terus berlarutan dan akhirnya kegiatan seks bebas yang semakin menjadi-jadi hari ini akan disokong pula oleh pihak kerajaan dengan membekalkan kondom supaya tidak berlaku anak luar nikah. Apakah perkara sebegini yang kita nantikan ? Maka itulah , marilah kita bersatu hati dan tenaga untuk memberi kesedaran kepada mereka supaya kembali ke pangkal jalan. Sekadar yang kita mampu tanpa kuasa yang ada. Dan seharusnya menjadi tanggung jawab kita untuk menyedarkan seluruh hamba rakyat terutamanya umat Islam di negara ini. Maka matilah kita teruskan perjuangan ini agar Islam Sebenarnya akan dinobatkan di negara ini. Marilah kita nantikan saat kebangkitan Islam sebelum kita menghembuskan nafas terakhir nanti.
 
Apa yang pasti, mungkin selepas ini lebih banyak adengan-adengan seks rambang akan dipaparkan yang melibatkan para remaja di negara kita. Jika dulu masalah ini hanya melibatkan golongan pekerja kilang sahaja, namun kini ianya menyerang golongan intelektual iaitu para pelajar dan mahasiswa di pusat-pusat pengajian tinggi. Nantikan sahaja apakah yang akan terjadi selepas ini.
 
P/S .. Berita baik buat semua pembaca,  nantikan sahaja roadshow Projek E-Usahawan : Jihad Ekonomi Era Siber "Strategi Menjana Ekonomi Alaf Baru ( E-Telekomunikasi ) " yang akan diadakan di seluruh negara mulai bulan September ini. Kepada anda yang berminat untuk mengadakan Taklimat Khas Projek E-Usahawan di tempat anda, sila emailkan Nama Kelab / Persatuan / Individu, alamat dan No Tel untuk dihubungi , Tempat Taklimat, Jumlah Peserta ( Minima 30 Orang ). Objektif Projek : Ke Arah Menjana Tabung Kelab / Persatuan/ Parti Menjelang 2020" . Yuran pendaftaran : RM25 seorang ( Semenanjung Malaysia ) RM35 ( Sabah / Sarawak ) . Yurang perlu dijelaskan ke akaun Maybank : 5560 9390 2144. Sila emailkan salinan resit pembayaran sebagai bukti. Maklumat lanjut sila hubungi Cucu Mat Kilau ditalian 016-934 6178 ( 24 Jam ).

"Keadilan Untuk Semua, Teruskan Agenda Perubahan Demi Agama Bangsa Dan Negara"

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
Anak Watan Jengka
Pahang DM
cmk_pahang@yahoo.co.uk
http://www.cucumatkilau.cjb.net - http://cucumatkilau.blogdrive.com/
 - 30.08.2005


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.