Isu Mawi : Kemelut Yang Tiada Kesudahannya
Oleh Cucu Mat Kilau

Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Alkisah, maka heboh satu Malaysia tentang berita Kerajaan Negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS mengundang Juara Akademi Fantasia 3 iaitu seorang manusia yang bergelar "MAWI". Bermula dengan sokongan dan bangkangan yang dibuat oleh ahli-ahli dan pemimpin PAS sendiri, yang mana akhirnya turut melibatkan ahli-ahli dan para pemimpin UMNO. Setelah sekian lama mendiamkan diri dalam memperkatakan isu gelombang "TSUMAWI" ini, akhirnya Cucu memberanikan diri untuk turut berhujjah tentang perkara ini dari sudut pandangan Cucu sendiri.
 
Sesungguhnya gelombang "TSUMAWI" bukan sahaja telah merubah minda orang-orang UMNO, malahan ianya telah berjaya menyelinap ke hati dan sanubari para pemimpin PAS itu sendiri untuk menerima pembaharuan seorang anak muda seperti Mawi ini. Entah apakah yang terjadi sebenarnya. Cucu tidak mahu menyokong atau menuding jari kepada semua pihak. Bagi Cucu isu Mawi bukanlah satu isu yang harus diperdebatkan oleh semua pihak. Cucu ada membaca tulisan Unicorn yang antara lain mengatakan bahawa Mawi adalah "Dajjal Millenium" . Bagi Cucu pandangan yang dibuat oleh saudara Unicorn walaupun agak pedas namun seharusnya dinilai dari sudut yang lebih luas. Unicorn sememangnya seorang penulis yang bersikap berani dalam memperkatakan isu Mawi ini. Syabas Cucu ucapkan kepada Sdr. Unicorn atas tulisan beliau yang tajam, kritis dan penuh kontroversi itu.
 
Persoalan isu "Mawi" ini sebenarnya suatu persoalan yang tidak sepatutnya diperdebatkan oleh para pejuang Islam dan Keadilan. Banyak agenda yang lebih penting lagi yang perlu difikirkan untuk membawa perubahan dalam negara kita sebenarnya. Namun, kenapakah isu ini timbul ? Apakah kerana Kerajaan Negeri Kelantan mengundang Mawi untuk menjayakan satu program disana dijadikan sebagai alasan. Mungkin juga ianya sebagai penyebab lantaran isu Mawi ini panas seketika. Cucu menghormati Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, dalam usaha untuk menarik lebih ramai golongan muda menghadirkan diri dalam program-program kerajaan negeri, lantaran beliau terbuka hati untuk bersetuju mengundang Mawi. Namun apakah ianya  mendapat sokongan daripada para penyokong PAS secara keseluruhannya.
 
Bagi diri Cucu, langkah mengundang Mawi sebenarnya adalah kurang bijak dan bisa mendatangkan "kontroversi". Ini jelas, kerana Mawi dilahirkan oleh program realiti Akademi Fantasia terbitan ASTRO. Sebelum ini, para pemimpin PAS sendiri, tidak bersetuju dengan program realiti tersebut, bahkan ianya jelas bukan budaya rakyat Malaysia terutamanya orang Islam. Dengan memaparkan adegan nyanyian, kemudian berpelukan dan bersuka ria para pelajar AF. Bahkan apa yang lebih menyedihkan lagi, mereka ditempatkan dalam sebuah rumah semata-mata untuk menuntut ilmu dalam bidang nyanyian.. Bukannya ilmu yang membawa kebaikan dunia akhirat.
 
Kita sendiri tau, antara strategi yang digunakan oleh YAHUDI dalam memesongkan akidah umat Islam di seluruh dunia adalah melalui "Formula S" iaitu Sport, Sex, Shopping Complex, Song dan lain-lain lagi. Justeru itulah umat Islam Hadhari di Malaysia ini disajikan dengan sukan, seks bebas, nyanyian dan kemunculan pusat-pusat membeli belah yang besar yang mana akan dijadikan tempat melepak generasi muda hari ini. Justeru itu dalam isu NYANYIAN sebenarnya, ia jelas menunjukkan itulah strategi YAHUDI dan ASTRO dijadikan alat untuk membawa program realiti itu ke negara ini. Bukankah ini sesuatu yang telah diketahui oleh para ulamak dalam PAS itu sendiri.
 
Lantaran itulah masing-masing tidak bersetuju dengan program-program hiburan yang semakim melambak dimomok-momokkan kepada generasi muda hari ini. Malahan sebelum ini telah timbul isu pengharaman "Sure Heboh". Apa yang dilihat, kerajaan BN masih terus membiarkan program-program mungkar ini terlaksana dalam meneruskan agenda mereka untuk merosakkan akidah umat Islam terutamanya generasi muda di Malaysia hari ini. Dengan cara itu, sudah pasti mereka yang telah dirosakkan akidah ini akan bersetuju dengan sistem yang sedia ada hari ini dan akan menolak bulat-bulat satu sistem Islam sebenar yang berlandaskan Al-Qur'an dan hadis.
 
Nah, sekarang telah terbukti Mawi biarpun dilihat lebih Islamik daripada yang lain namun beliau tetap dilahirkan dari lubang yang sama iaitu AKADEMI FANTASIA. Apakah Mawi itu seorang yang Islamik? Lihat sahaja cara dan tingkah laku yang ditunjukkan.. berpeluk dan bernyanyi serta dikelilingi oleh wanita-wanita seksi!! Apakah ini Mawi yang kononnya harus dijadikan "Role Model" seluruh remaja di Malaysia.
 
Persoalan tentang artis alim sudah lama berada dalam tangan Cucu. Antara artis-artis yang berlatar belakangkan agama (Sekolah Agama) termasuklah Sharifah Aini, Fauziah Latiff, Nash, Ramli Sarip dan ramai lagi. Namun, apakah yang mereka lakukan kepada perjuangan Islam. Bahkan Cucu pernah melihat Ramli Sarip selepas show bulan Ramadhan di sebuah pasaraya di Kuantan kemudian bergegas lari ke bilik untuk Solat Terawikh. Bahkan Ramli juga adalah bilal di surau kampungnya yang mana ayah beliau adalah Imam surau terbabit. Pun begitu, apakah yang dilakukan oleh "Papa Rock" ini? Begitu juga dengan Mawi, jika jiwa naluri beliau Islamik, beliau tidak seharusnya masuk program yang jelas bertentangan dengan budaya Islam dan boleh merosakkan akidahnya itu. Niat tidak boleh menghalalkan cara. Kita tahu Mawi ada menyanyikan lagu-lagu Nasyid dalam AF3 yang mana akhirnya menarik perhatian penonton untuk mengundi beliau, seolah-olah Mawi adalah idola mereka.
 
Kemenangan Mawi jelas kerana beliau memperalatkan lagu-lagu Nasyid untuk meraih undi simpati. Benarlah kata Roslan Aziz, andainya Mawi menyertai satu lagi rancangan realiti iaitu "Malaysia Idol"... sejak awal-awal lagi beliau akan mengeluarkan Mawi dari senarai pelajar yang berjaya ke pusingan seterusnya.
 
Mawi sama seperti Anwar Ibrahim, cuba menyelinap masuk ke dalam bekas SHIT.. yang mana akhirnya beliau sendiri terpalit dengan shit dan tercampak keluar dengan penuh kehinaan. Begitula Mawi, beliau kononnya ingin membersihkan imej hiburan di Malaysia ini melalui penampilan Islamik beliau itu, yang mana Cucu dapat mengagak beliau sendiri akan tewas dengan pujukan syaitan dan Iblis yang senantiasa mengoda hambanya itu.
 
Maka, di sini apakah motifnya Kerajaan Negeri Kelantan beriya-iya benar cuba mengundang Mawi bagi menjayakan program mereka? Tidak malukah mereka kepada puak-puak UMNO yang sudah pasti akan mengatakan  Kerajaan PAS Kelantan sudah mulai bersekongkol dengan Islam Hadhari yang ditentang selama ini. Cucu sebagai orang yang senantiasa terbabit dalam hiburan Nasyid ini secara terus terang ingin mengatakan kumpulan nasyid Malaysia yang diikhtiraf oleh dunia Islam hanyalah kumpulan RAIHAN. Lagu  yang dibawa oleh Mawi iaitu dari album Rabbani sebenarnya telah mencemarkan imej nasyid itu sendiri kerana ianya dicipta dan dihasilkan oleh Ustaz KRU kumpulan yang tidak berjiwa Islamik, Bahkan Norman KRU juga adalah merupakan pendokong kuat UMNO di tempatnya.
 
Mawi kini menjadi IDOLA dan rebutan semua pihak. Hanya Mawi yang dapat menentukan hala tuju beliau selepas ini. Saranan Cucu anda Mawi adalah Islamik lebih elok beliau mengadakan Roadshow ke seluruh negara mengadakan program-program Islamik di surau-surau dan masjid bagi mendekatkan golongan muda supaya mencintai rumah Allah itu. Justeru itu dalam kesamaran Cucu juga berharap dengan kehadiran Mawi ke Kelantan nanti , setidak-tidaknya Tuan Guru Dato' Nik Azizi dapat memberi tazkirah yang berguna kepada Mawi agar beliau bersama saf kepimpinan yang menjurus kepada kemenangan Islam di negara ini. Andai Mawi tergoda dengan hawa nafsu, Cucu pasti Mawi akan digunakan sepenuhnya oleh PUTERA UMNO dalam misi mereka menarik lebih ramai lagi golongan muda menyokong UMNO menjelang pilihanraya umum akan datang. Justeru itu ambillah ikhtibar akan perkara ini sebelum ia terlambat.
 
Cucu ucapkan tahniah kepada webmaster atas jawapan tentang isu Mawi baru-baru ini. Cucu juga ucapakan syabas kepada Unicorn, kerana pandangan yang beliau lemparkan sememangya amatlah bertepatan sekali dengan apa yang Cucu huraikan di sini. Sememangnya kemunculan Dajjal alaf baru adalah dari pelbagai rupa dan bentuk, apakah Mawi juga sebahagian daripadanya.. kerana Mawi dilahirkan dari lubuk DAJJAL iaitu ASTRO dan Akademi Fantasia.
 
P/S : Anda pengguna Telefon Bimbit. Inginkan pembelian dengan harga diskaun hingga 10% di seluruh negara. Cepat !! Sertai Kerabat DiRaja Prepaid Sekarang .. Sila Lawati Laman Web http://www.rajaprepaid.cjb.net

"Keadilan Untuk Semua, Teruskan Agenda Perubahan Demi Agama Bangsa Dan Negara"

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
Anak Watan Jengka
Pahang DM
cmk_pahang@yahoo.co.uk
http://www.cucumatkilau.cjb.net - http://cucumatkilau.blogdrive.com/
 - 27.08.2005


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.