UMNO-BN PERALAT PROFESOR MURAHAN (6)
Oleh Cili Api Laman M@RHAEN

 
 
 
 
 

UMNO-BN memperalat beberapa orang professor serta pensyarah dari beberapa buah universiti murahan untuk memuji barisan dan mengeji parti-parti lawan di luar kerajaan. melalui television.
 
Para professor dan pensyarah ini, yang diperkenalkan sebagai penganalisa politik kononnya, malam tadi (27 Februari) diketengahkan  untuk berbuat demikian melalui televisyen.
 
Nyata sekali dari komen-komen yang diberi, mereka yang sengaja dipilih ini menyokong sepenuhnya Umno-Bn dan menentang  parti-parti PKR, PAS dan DAP.  Ada udang di sebalik batu?
 
Secara langsung mereka terlibat dengan kempen politik kepartian. Perbuatan mereka bertentangan dengan peruntukan Akta Universiti dan Kolej-kolej Universiti (AUKU).
 
Cili Api berpendapat, sekiranya pihak Kerajaan benar-benar menjunjung konsep kedaulatan undang-undang, Menteri Pengajian Tinggi dan Naib Canselor universiti berkenaan seharusnya mengambil tindakan disiplin di bawah AUKU terhadap para professor dan pensyarah ini.
 
Akan tetapi, sudah tentu ini tidak akan berlaku kerana Umno-Bn menggunakan dwi-standad yang berat sebelah, berpandukan asas kesaksamaan monyet.
 
Sebenarnya, Cili Api tidak mahu mereka diambil tindakan, sebab AUKU ini tidak adil dan mencabul hak asasi manusia. Cili Api berpendapat ia patut dihapuskan.
 
Sebaliknya, para professor yang berlainan pendapat atau bertentangan pendirian sepatutnya diberi kebebasan serta peluang untuk tanpil ke hadapan bagi sama-sama memberikan pandangan mereka. Jikalau PM Abdullah anak jantan beliau tentunya akan membenarkan ini. Tetapi ……
 

Kiriman: PKR-News  - 28.02.2008
 

Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1      Tapak cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
Tajaan: PerigiDuit


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel