Minta UMNO Kelantan dan PAS Kelantan 
Jawab pelbagai isu atas satu pentas

Oleh Amirulreza  - Laman M@RHAEN
Ini ialah artikel menarik ingin saya sebarkan dari kelatedaily.net - Berita Semasa, Forum, Hiburan, Sukan



Assalamualaikum w.b.t.

Nampaknya propaganda politik tanahair bergemercingan lagi terutamanya di Pengkalan Pasir, Pasir Mas. Namun jika diperhatikan, ketika inilah pelbagai janji akan ditabur terutamanya dari pihak BN yang mana dananya diambil dari duit kerajaan. Selain itu, jika dilihat dari pertembungan isu yang cuba dijalankan alat oleh kedua-dua pihak, jelas menunjukkan bahawa pihak BN mempunyai kelebihan dari segi liputan untuk menyerang pihak PAS.

Antara isu yang dijadikan tajuk utama mutakhir ini bagi menyerang pihak BN adalah isu kenaikan minyak yang membawa kepada ketidakstabilan ekonomi rakyat, isu pengapungan Tabung Haji di bursa saham dan tidak kurangnya hebatnya isu yang langsung tidak dapat dijawab hingga ke hari ini iaitu isu wang PPRT yang diselewengkan oleh Annuar Musa iaitu sebanyak RM 40 juta.

Akhbar Utusan pada hari ini (13 November 2005) ada menyiarkan tentang kesediaan pihak BN untuk menjawab pelbagai isu yang cuba dibangkitkan oleh pihak PAS dan yakin pihak BN mampu menjawabnya. Saya rasa sekarang ini,memandangkan Malaysia yang kononnya hampir mencapai tahap negara maju, ada baik kiranya pihak BN bersetuju agar pihak PAS dan pihak BN duduk di atas satu pentas khas untuk membolehkan segala isu yang berbangkit boleh dijawab secara 'live' dan disiarkan seluruh Malaysia.

Jika dilihat kepada negara maju seperti Amerika Syarikat, mereka menyiarkan secara langsung perdebatan sempena pilihanraya mereka di kaca televisyen. Namun Malaysia lain pula kisahnya, BN yang selama ini mengaku BETUL SEGALA-GALANYA masih menyorok dibelakang media daripada berdepan secara bersemuka dengan parti lawan seperti PAS.

Wahai pemimpin BN sekalian, sedarlah dari politik syok sendiri, berlawanlah secara adil. Tiada gunanya lagi mengerah seluruh jentera kerajaan untuk menentang lawan kamu. Jika mahu disumpah seranah, rasanya berabakul-bakul sumpahan pun akan tetap membuatkan pemimpin BN seperti Annuar Musa, Mustapha Muhamad, Najib, Pak Lah dan lain-lainnya akan terus menggunakan pelbagai helah penakut bagi mengelak untuk duduk di atas satu pentas untuk mendebatkan pelbagai isu.

Selain itu, pihak BN juga mutakhir ini menggunakan wang untuk menarik perhatian orang ramai agar memangkah mereka. Rasanya semua telah tahu bahawa penggunaan wang untuk membeli pengundi sudah lama timbul dan sememangnya inilah yang menjadi nafas untuk BN mengekalkan mandat sehinggalah ke hari ini. Namun ia susah untuk dibuktikan. Begitu juga dengan penyelewangan ketika proses pembuangan undi sedang dilangsungkan ataupun ketika pengiraan undi sedang dijalankan.

Jadi apa yang mahu saya cadangkan kepada orang ramai terutamanya petugas-petugas pilihanraya dari pihak PAS agar merakamkan suasana pada pilihanraya menggunakan video kamera ataupun memantaunya menggunakan lensa kamera. Jadi bolehlah kita jadikan bukti tentang segala salah laku yang mungkin berlaku ketika proses pembuangan sedang berlangsung. Selepas itu bolehlah di sebar-sebarkan melalui dunia siber tentang kepincangan yang mungkin wujud ketika pilihanraya sedang berlangsung.

Akhir qalam, saya sekali lagi mahu meminta agar pihak BN terutamanya pihak UMNO Kelantan menyahut cabaran agar duduk di atas satu pentas khas agar segala isu sperti harga minyak, isu Tabung Haji dan sebagainya boleh diperdebatkan secara langsung di kaca televisyen, biar seluruh rakyat boleh melihat siapa yang benar dan siapa pula yang menipu rakyat !

"Kalau Nak Menurut Biar Berakal, Kalau Mengikut Biar Pintar"

Sekian.

Kiriman: amirulreza (amirulreza.2ya.com)
email: avicenna@kelatedaily.net
Sila lawat laman web: http://kelatedaily.net (dibuka dlm browser berasingan)
 - 14.11.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.