Umno Asyik Fikir Orang Bukan-Islam, Agama Sendiri di'Henjak-henjak'!
Oleh Amirulreza  - Laman M@RHAEN

Assalamualaikum w.b.t.

Bertemu lagi kita di medan siber setelah 2 minggu mendiamkan diri demi pelajaran yang sedang saya hadapi. Persidangan Angguk-angguk, geleng-geleng baru-baru ini, telahpun berlalu. Saya percaya ramai di kalangan pemerhati di dalam dan di luar umno telah melihat serta menghayati pelbagai drama berbentuk telenovela sebelum dan semasa persidangan itu berlangsung. Rata-ratanya agenda yang dibentangkan ada relevannya, malah tidak kurang juga agenda yang diutarakan oleh para perwakilan berbentuk 'rubbish' yang dijadikan alat untuk mengampu Pak Lah yang kononnya mujaddid itu!

Bermula dengan isu 2 AP iaitu Ayah Pin dan Approved Permit yang ternyata membuatkan Rafidah 'menangis' bak 'baby', sehinggalah kepada usaha untuk menghidupkan kembali DEB yang telah lama terkubur. Kata pakar psikologi, sekiranya seseorang itu makin berumur dan mula berfikir, memikirkan secara 'nostalgic thinking' maka seseorang itu sudah nyanyuk. Adakah ini menunjukkan Umno sudah mengalami Alzheimer yang menunggu masa untuk ke liang lahad?

Hakikatnya banyak akta serta polisi yang digubal untuk memajukan Malaysia. Namun kebanyakan pelaksana yang diamanahkan untuk melaksanakannya telah terdidik untuk berfikir sebagai seorang yang berbangsa melayu dan bukannya sebagai seorang yang beragama Islam. Setelah wujudnya ideologi pemikiran sebegini, maka tidak hairanlah rasuah serta penyelewangan senang berlaku di kalangan pelaksana berkenaan.Biasanya di sini pelaksana yang diamanahkan untuk menjalankan sesuatu polisi itu adalah menteri.

Malah disebabkan semangat nasionalis itulah maka mereka tidak hiraukan orang bukan-Islam tidak mempunyai belas kasihan langsung untuk tidak menghormati agama (Islam) kita. Inilah akibatnya kerana orang yang beragama Islam sendiri langsung tidak tahu, tidak menghormati dan tidak ambil peduli akan pegangan agama (Islam) mereka. Walaupun negara kita kononnya telah diikhtiraf oleh negara luar sebagai negara Islam contoh tetapi masih takut-takut untuk mengaplikasikan sepenuhnya ajaran Islam di dalam segala aspek, hinggakan cuti mingguan pun masih tidak tahu malu untuk memaksa negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu agar menyeragamkan cuti mereka kepada Sabtu dan Ahad (Bernama, 26 Julai 2005). Mungkin pemimpin-pemimpin umno sedih kepada orang bukan-Islam seperti kristian yang selalunya pergi gereja pada hari Ahad. Manakala pemimpin umno pula 'selesa' untuk 'menghenjak-henjak' hari Jumaat yang dikenali sebagai penghulu segala hari itu.

Sejak dahulu lagi apa-apa yang ingin dilakukan bersabit dengan Islam, contohnya Hudud, pasti ada sahaja alasannya. Antara alasan utama yang selalu digunakan, "Tak boleh, Malaysia bukan saja ada orang Islam, bukan orang Islam pun ada, nanti kecik hati depa!" Kalau mahu haramkan judi serta arak yang dilakukan secara terbuka, mereka (Umno) akan jawab pula, "Tak boleh, nanti depa (bukan-Islam) tak bebas", sedangkan ramai pula orang yang mengaku Islam menggalakkan orang Islam 'beribadat' di pusat judi (Genting Hihgland) melalui rancangan hiburan yang disiarkan oleh televisyen serta radio tempatan.

Inilah semangat hidup melayu yang diuar-uarkan oleh Hishamuddin serta konco-konconya pada perhimpunan Angguk-angguk tempoh hari. Namun apa yang menghairankan masih ada orang Malaysia yang mengaku Islam masih berfikiran vertikal bahawa umno itu lebih memperjuangkan Islam berbanding PAS. Wallahuaqlam.

Sekian.

Coretan: amirulreza (amirulreza.2ya.com)
email: avicenna@kelatedaily.net
Sila lawat laman web: http://kelatedaily.net (dibuka dlm browser berasingan)
 - 26.07.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN