Stesen-stesen TV Yang Syok Sendiri   -Laman M@RHAEN
Oleh Zaza Bogia

Hello Albladino, rtm, tv stesyen kalian,
 
Jangan pulak rtm punya Saluran InfoRia dianggap orang sebagai InfoRiak sudah ......
ataupun InfoAuta .... atau juga InfoSyokSendiri ....ataupun disatu ketika dulu istilah Infotainmen yang hentah mana punya istilah yang nak kata Inggeris pun tidak, Melayu pun tidak .... mamak kot? sebab masa tu pun mamak juga yang pegang kuasa kontrol mutlak keatas rtm. Infact, masa tu kedua-duanya (menteri dan timbalan menteri) jenis DKK  -  keturunan mamak satu species asal usul dari benua yang sama jua.
 
Bukan nak kata laa ... kebanyakan stesyen TV kita sama ada yang rtm punya atau TV3 ke TV4 ke TV5 TV6 TV7 TV8 TV9, Astro dan hentah hape hape lagi lah ... semuanya masing-masing tak mau kalah ... masing-masing pakat kata dia punyalah yang the best ... nombor satu .... memanjang nombor satu .... memanjang rating tinggi ... hentah betul ke tidak ... mungkin semua tu bullshit belaka. Ego of the highest level kesemuanya.
 
Satu-satunya  -  patut terus terang cakap - yang sedap mata memandang pada skrin-skrin TV bagi aku hanyalah skrin TV3. Segala 'colour-scheme' yang dipaparkan menerusi TV3 amatlah terang dan menarik serta jelas pada penglihatan penonton yang menontonnya. Tidaklah begitu malap atau 'DULL' sepertimana bila kita menonton pada skrin TV di rtm (1 dan 2). Sound effect di TV3 yang lebih jelas dengan stereo-effect lebih memberi kesan yang lebih dari stesyen-stesyen TV yang lainnya. Begitu juga dengan prop atau setting atau stage-prop atau apa saja penampilan mengenai latar seperti hiasan pada latar, skim warna, lampu-lampu dan lighting yang disesuaikan yang diguna untuk sesuatu persembahan untuk sesuatu yang memberi kesan yang begitu ceria, kalau hendak dibandingkan dengan rtm yang berkonsep 'orthodox' atau 'conservative'. Konsep yang dibawa sejak dari era sebelum Tok Mat lagi. Tak dak perubahan yang menarik langsung. Perubahan ada  -  tapi jenis 'kuno' lagi. Jenis 'ketinggalan zaman' kata orang. Ramai kalangan ada mengatakan yang rtm tidak punyai pakar yang betul-betul kreatif dan juga tidak punya pakar yang 'artistic' yang pandai memainkan keterampilan akan persembahan yang boleh menarik perhatian mereka yang menontonnya.
 
Tapi tentang segi jalan cerita dalam drama-drama di TV3, persembahan depa tu pun tak dia baguih tera mana pun. Dua kali lima juga. Macam dengan yang stesyen-stesyen TV yang lain juga. Jenis produk-produk dari kalangan producer-producer atau penerbit-penerbit yang 'setengah masak' belaka. Penulis-penulis skrip yang jenis "hampeh" yang pakai main tangkap muat oleh pehak pengarah-pengarah yang main ikut secara membuta tuli saja akan menerima apa saja jenis penulisan skrip yang kebanyakan membawa jalan cerita yang paling bodoh dan tidak menasabah, tidak logik, tidak masuk akal langsung. Kebanyakan penulis-penulis skrip dan juga pengarah yang buta kayu semuanya jenis 'sampah' juga lah, maka sebab tu hasil produk karya mereka pun adalah jenis 'rubbish' atau 'sampah' jua adanya.
 
Patut pun ramai yang menganggap drama-drama Melayu yang ditayangkan di TV (mana-mana stesyen sekalipun), kebanyakannya 'sampah' dan memang membawa jalan cerita yang membodohkan masyarakat Melayu kita sahaja. Cerita-cerita yang tak masuk dek akal langsung. HAMPEH semuanya HAMPEH. Aku memang setuju dengan kata-kata salah seorang atau dua para penggiat seni drama (juga filem) ada pernah mengatakan diruangan salah satu siaran program hiburan TV yang drama-drama Melayu yang dipersembahkan di skrin TV hanya layak untuk DI BAKUL SAMPAHKAN sahaja. Hingga dari kalangan para penggiat seni pun menganggap begitu. Apa pulak yang dari kalangan mereka yang tahu menilai akan sesuatu cerita sama ada logik atau tidak. Mengarut atau tidak. Menasabah atau tidak. Auta atau tidak. Juga dari kalangan mereka (penonton) yang tidak mahu membenarkan diri mereka diperbodohkan dengan hidangan yang membosankan lagi memualkan dari para penggiat seni yang bertindak sebagai perosak masyarakat dan budaya kita 'amnya.
 
Yang ironinya, kenapa dan mengapa pehak stesyen-stesyen TV sendiri tidak teliti dalam hal selok belok tapis menapis dan membuat pilihan yang betul-betul tepat dan halusi akan produk-produk yang dikatakan bermutu itu?  (yakni cerita-cerita drama-drama persembahan untuk tayangan di skrin TV). Jangan sekadar mewar-warkan dalam siri-siri promosi pada siaran-siaran atau slot-slot TV mereka sahaja menghebah-heboh akan sesuatu drama yang akan ditayangkan, kononnya bermutu. Mesti tengok - jangan tak tengok. Apakah itu juga dapat kita katakan sesuatu yang penuh dengan temberang atau auta sahaja akhirnya, sedangkan apa yang dipersembahkan macam dok katalah .... jenis sampah sarap juga.
 
Petikan dari seorang rakan:
"Yet they have the cheek to organise all sorts of 'award presenting' ceremonies on those kind of 'rubbish' drama or act-play or films. But of course say some prominent film star ... its just to show them or give them some recognition as well as 'ganjaran'. May be there's more than that behind it. After all  -  all that glitters are not gold. There are so many of that gold which are fake within our Malaysia's drama or film industry, and yet be recognised more than super stars from Hollywood like that of "The Hall of Fame."
 
I wish to add  -  As much to be desired, they (our Malaysia's stars) are much to be considered for such recognition under "The Hall of Shame" instead.
 
 
- zaza bogia

27.10.2007 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com / Kelatedaily.net.


Hantar artikel ini kpd sahabat:
CARA MUDAH melakukan sumbangan utk Tabung M@RHAEN.