Terima kasih Khairy atas inisiatif mendakwa RPK
Kiriman: Wassup Bro


 

Khairy Jamaluddin @ menantu PM @ rakan kongsi Patrick Lim adalah spesis yang mengamalkan prinsip "the end justifies the means" atau dalam bahasa Melayunya sebagai matlamat menghalalkan cara yang diasaskan oleh Niccolo Machiavelli.

Machiavelli seorang sarjana yang berbangsa Itali yang terkenal dengan karya "The Prince" adalah tokoh pujaan menantu PM sehinggakan tesis sarjana mudanya adalah berkisarkan tentang prinsip Machiavelli tersebut.

Saya adalah dari golongan yang amat menentang keras menantu PM di atas tindak tanduknya selama ini yang menjual kepentingan negara kepada Singapura dan mengaut kekayaan negara untuk tembolok keluarga PM. Saya amat bersetuju dengan istilah yang diberikan oleh bekas Ketua Pembangkang Lim Kit Siang dalam sidang Parlimen baru –baru ini bahawa menantu PM adalah 'penganggur yang paling kaya'.

Namun demikian, saya mengambil sikap sangat mengalu-alukan penglibatan menantu PM dalam kes pendakwaan yang digerakkan olehnya terhadap Raja Petra Kamarudin di bawah Akta Hasutan baru-baru ini.

Kes Altantuya yang seolah-olah terus sepi selepas pasca pilihanraya 8 Mac telah bersemarak semula di kalangan 'parlimen' rakyat dan kes RPK yang akan dibicarakan pada Oktober ini bakal mendedahkan siapakah yang sebenarnya mengarahkan supaya UTK bertindak untuk membunuh Altantuya dan meletupkannya dengan bom C4 supaya tidak meninggalkan sebarang kesan.

Ketua peguambela RPK, Karpal Singh tentunya akan memanggil saksi penting perbicaraan termasuk Najib Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Ternyata menantu PM bijak memainkan peranannya secara senyap supaya musuhnya Najib dapat dihumbankan sendiri ke 'neraka' oleh mahkamah rakyat!

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada menantu PM kerana mengkambinghitamkan RPK untuk check mate Najib!

Natijah daripada skrip pendakwaan ini ialah RPK akan terlepas dari penghukuman Akta Hasutan dan sebaliknya Najib dan Rosmah yang akan hilang kedudukan politik mereka dan seterusnya Mahathir terpaksa melarikan diri mencari suaka politik ke luar negara!

Kenapa saya tidak mahu Najib menggantikan Dolah Badwi sedangkan Dolah sendiripun rekodnya sangat teruk sebagai PM? Ianya adalah kerana Najib adalah jelmaan Mahathir. Ianya seumpama biarlah Dolah kekal menjadi PM sementara daripada Najib menggantikannya.

- Anti Najib dan Mahathir

11.05.2008

Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1      Tapak cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
Ditaja oleh:


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel