![]()
TGHH:
Jalan Raya Harus Jadi Pilihan Rakyat Selepas Ini
Oleh: Ulit Mayang
![]()
Sedikit masa dulu, baru beberapa minggu yang lepas, selepas Protes Satu Juta, yang tidak berapa berkesan, kata TGHH stadium bukan tempat untuk membuat protes, itu pesta namanya
Nah, jalan sudah ditunjuk, TGHH dah bagi signal.
Adakah kita sudah lupa?
Adakah rakyat masih ingat?
Itu bukannya fatwa, Cuma pandangan Tok Guru sahaja, jangan salah faham pulakSekiranya DSAI ditangkap
Siapa yang akan menghalalkan tentangan terbuka rakyat terhadap pemerintah zalim umno/bn?
Siapa yang layak memberikan fatwa, halal bagi rakyat bangkit menentang pemerintah umno/bn yang zalim?
Rakyat menuntut, ulamak - ulamak di Malaysia yang takut kepada Allah [ DAN TIDAK TAKUT DENGAN KERAJAAN ZALIM UMO/BN ], mengeluarkan ARAHAN [ ataupun FATWA ], adalah menjadi WAJIB, bukan lagi harus untuk rakyat memenuhi jalan - jalan raya dan lebuhraya - lebuhraya, seluruh negara, bangkit menuntut DSAI dibebaskan, juga menuntut umno/bn menyerahkan kuasa kembali kepada rakyat
Apa yang RAKYAT harapkan, ulamak kita yang akan memimpin gerakan ini, sepertimana sami - sami memimpin rakyat menyatakan bantahan kepada pemerintah tentera myanmar
Majlis Peguam juga pernah memimpin gerakan menentang undang - undang dan peraturan zalim kerajaan umno/bn
Bagaimana dengan JAKIM, adakah sibuk untuk menguruskan dan berusaha siang dan malam, bagi menghalalkan PERADUAN CELCOM 100 HARI sahaja, ketika ini, bagi memenuhi tuntutan nafsu sang korporat SAHAJA?
Tidak berminat kah untuk mengeluarkan fatwa hal - hal yang berkaitan dengan kezaliman kerajaan umno/bn terhadap rakyatnya?
Kita tuntut dan menunggu fatwa dari Majlis Fatwa berkaitan hal ini
Rakyat sedang menunggu arahan selanjutnya dari alim ulamak, kita tinggalkan sekejap barang sehari dua, kitab - kitab di masjid, surau atau madrasah
Kali ini rakyat terbanyak menuntut alim ulamak memimpin gerakan menentang kerajaan zalim umno/bn pimpinan pak lah dan anggota kabinetnya
Kita tunggu arahan dari ulamak - ulamak kitaRakyat terbanyak tertanya - tanya, adakah kerajaan zalim umno/bn mungkin dahagakan darah rakyatnya???
- Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)
01.08.2008
![]()
Ditaja oleh Gading@PerigiDuit & Web2Upgrade Bersamaku:![]()
Emel