![]()
Hospital Pusrawi
Masuk Dalam Senarai Perkakas Terbaru UMNO
Oleh: Ulit Mayang
![]()
Nampaknya semua harta benda yang ada kat Malaysia, digunapakai sepenuhnya oleh kerajaan UMNO/BN, bagi menyelamatkan sisa-sisa usia yang tinggal sedikit ini
- Rasanya, cukup lah UMNO
- Rasanya, hentikanlah semua ini
- Rasanya, semua ikhtiar sudah tidak membantu untuk menyelamatkan UMNO
- Rasanya, keadaan sudah menjadi sudah terlalu lewat
- Cukuplah tu !!!!!!!!!!!
Saiful tak pernah lakukan pemeriksaan akibat liwat - Pusrawi
30/07/2008 3:50pmKUALA LUMPUR 30 Julai-Hospital Pusrawi Sdn. Bhd. hari ini menafikan bahawa seorang doktor pakarnya telah melakukan pemeriksaan terhadap aduan liwat terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.
Sebaliknya, pihak hospital itu menegaskan, pegawai perubatannya, Dr. Mohamad Osman Abdul Hamid bukan seorang doktor pakar dan tidak pernah menjalankan pemeriksaan aduan sodomi (liwat) ke atas Mohd. Saiful Bukhari.
Sebaliknya, Pengarah Perubatan Hospital Pusrawi, Dr. Kamarudin Ahmad dalam sidang akhbarnya di sini petang ini memberitahu, Dr. Mohamad Osman hanya pegawai perubatan yang bertugas di Klinik Kemalangan dan Kecemasan pada hari berkenaan.
“Beliau (Dr. Mohamad Osman) bukan seorang doktor pakar... dia menasihatkan pesakit (Mohd. Saiful Bukhari) supaya menjalani pemeriksaan lanjut di hospital kerajaan.
“Tiada pemeriksaan lanjut berkaitan aduan sodomi (liwat),” tegasnya. - Utusan
- Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)
31.07.2008
![]()
Ditaja oleh Gading@PerigiDuit & Web2Upgrade Bersamaku:![]()
Emel