Ada Perkara Sangat Ganjil Berkaitan Berita Ini
Oleh: Ulit Mayang


 

Ulasan ini tidak harus dianggap cuba mencampuri urusan pihak-pihak tertentu, didalam menjalankan tugas dan amanah yang ditetapkan.
Cuba perhatikan petikan di bawah, sama pemberita yang salah melaporkan ATAU pihak polis yang salah mengeluarkan kenyataan

i. Polis tidak pernah melengah-lengahkan siasatan ..... dan sentiasa berusaha mencari maklumat terkini mengenainya

Bila sudah dipetik, maka kenalah ulas,

  • Kenyataannya pihak polis belum memperolehi maklumat lengkap untuk melengkapkan siasatan
  • Kenyataannya juga pihak yang menuduh tidak dapat menyediakan maklumat lengkap tentang kes ini
  • Bagaimana mungkin, pihak yang menuduh tidak dapat menyediakan semua maklumat asas, bagi mengaitkan kes ini dengan tertuduh?
  • Adakah peringkat ini, pihak-pihak yang menuduh terpaksa mereka-mereka dan mencipta bukti bagi mensabitkan kes?
  • ii. Pegawai yang menyiasat kes ini tidak putus asa mencari petunjuk baru

    Yang ini pun kena ulas juga lah sikit,

  • Oleh kerana ia melibatkan dua [ 2] orang sahaja, iaitu ’TERTUDUH’ dan ’MANGSA’, petunjuk apa yang perlu dicari lagi?
  • ’MANGSA’ sudah disiasat dan dibuat pemeriksaan,begitu juga ’TERTUDUH’ pun sudah dibuat pemeriksaan dan diambil kenyataan
  • Lokasi tempat di mana ’liwat’ dikatakan berlaku, telah dikenalpasti dan diperiksa
  • Maka, petunjuk-petunjuk baru apa lagi yang diperlukan?
  • Dengan kenyataan ini, adakah ia bermaksud pihak yang menuduh dan pihak-pihak berkenaan,akan menwujudkan dan mengadakanjuga bukti-bukti baru bagi mensabitkan kes ini, iaitu tertuduh dengan tuduhan liwat?
  • Hanya setelah bukti berjaya diwujudkan, baru siasatan akan diselesaikan dan laporan nya akan dihantar ke pejabat Peguam Negara, bagi meneruskan pendakwaan?

  • iii. polis juga sedang berusaha mendapatkan beberapa keterangan dan petunjuk penting

    Apa usaha yang sedang cuba diperolehi oleh pihak polis

  • Apa lagi keterangan-keterangan yang sedang dicari oleh pihak polis?
  • Apa lagi petunjuk-petunjuk penting yang sedang dicari oleh pihak polis?

  • Rumusan

  • Agak pelik, bukti, keterangan dan petunjuk masih gagal diperolehi dengan lengkap, walaupun kejadian ’liwat’ ini berlaku beberapa bulan lalu
  • Begitu juga bahan bukti gagal diperolehi dan dikemukakan, secara lengkap kepada pihak-pihak yang berkenaan, sehingga kini, yang telah menyebabkan pihak polis gagal menyiapkan siasatan, seterusnya gagal menyiapkan laporan kepada pejabat Peguam Negara.

  • Polis tak lengahkan
    KUALA LUMPUR: Polis tidak pernah melengah-lengahkan siasatan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak ia dilaporkan 28 Jun lalu dan sentiasa berusaha mencari maklumat terkini mengenainya, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

    Katanya, polis memberi keutamaan terhadap kes berprofil tinggi itu.

    “Kita ingin selesaikan kes ini dengan segera. Pegawai yang menyiasat kes ini tidak putus asa mencari petunjuk baru. Polis sedang lakukan yang terbaik dan kami amat perlukan kerjasama daripada semua pihak,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

    Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kelmarin, yang meminta pihak polis menyegerakan siasatan terhadap dakwaan kes liwat Anwar.

    Beliau berkata, polis juga sedang berusaha mendapatkan beberapa keterangan dan petunjuk penting dalam menyelesaikan kes itu.
    Ismail berkata, sejak siasatan kes liwat terbabit dimulakan, ada beberapa pihak yang cuba membuat spekulasi.
     

    - Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)

    31.07.2008

    Ditaja oleh Gading@PerigiDuit & Web2Upgrade Bersamaku:


    Hantar artikel ini kpd sahabat:
    Emel