![]()
PKR & PAKATAN RAKYAT
KENA BELAJAR BANYAK LAGI
Oleh: Ulit Mayang
![]()
Pertama, bukan niat untuk menambahkan kekusutan dalam keadaan dan suasana yang sedikit tegang sekarang ini
Unit Kawalan Keselamatan
Mengikut maklumat yang ada, dari pelbagai sumber, peristiwa penahanan DSAI, semalam berlaku dengan dan dalam keadaan sedar ‘aware’ oleh PKR.
Tempoh jam 2 petang, masa tamat yang ditetapkan oleh Polis, telah diketahui dan dalam tindakan. Cuma nasib baiknya, ialah bersama DSAI, ialah seorang Peguam Sangkara Nair.
Ura - ura dan ugutan oleh Pengarah JSJ, tentang 3, 4 pilihan tindakan ke atas DSAI, ekoran kegagalan hadhir sehari sebelumnya di IPK KL, masih tidak dapat dihidu dan dibuat pelan kecemasan ‘contingency plan’, oleh bahagian perisikan dan perang saraf PKR, bagi mengawasi, melindungi dan mengawal pergerakan, keselamatan dan urusan, sekurang-kurangnya bagi hari tersebut.
Siapa yang bertanggungjawab mengurus dan mengawal selia urusan, pergerakan, keselamatan DSAI?
Unit Komunikasi
Begitu juga, rasanya tidak ada persediaan yang rapi, bagi merakam peristiwa yang terjadi. Untuk masa akan datang, seharusnya Unit Komunikasi Bergerak, perlu dilengkapkan dengan peralatan asas terkini. Rasanya tidak lah mahal sangat, kemudahan Laptop dengan Wifi, video recorder, digital camera dan lain-lain. Itu cukup rasanya.
Perpatah ada menyebut, gambar boleh memberikan seribu cerita, ‘picture is one thousand story’. Kenapa tidak perlu di adakan?
Cadangan ini diharap tidak menimbulkan keserabutan, kekalutan, pening kepala pengurusan PKR. Perkara ini adalah asas.
Tidak menjadi satu kesalahan, sekiranya kita mengaku kelemahan dan kesilapan yang dibuat, tetapi yang lebih penting kita bersedia untuk berubah ke arah yang lebih baik, itu yang lebih penting.
Anwar dibebas pagi tadi dengan jaminanKUALA LUMPUR: Peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan polis sudah membebaskan Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu, kira-kira jam 9.30 pagi tadi dengan jaminan.
Peguam Sankara Nair berkata, anak guamnya itu dibebaskan selepas ditahan semalam bagi membantu siasatan dakwaan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar juga akan mengadakan sidang akhbarnya di rumahnya di Segambut, jam 2 petang ini.
Anwar perlu lapor diri kepada polis 18 Ogos
oleh Jalal Ali Rahim
KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibebaskan dengan jaminan polis jam 9.45 pagi tadi, perlu melaporkan diri kepada polis 18 Ogos depan.Dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, hari ini, peguam Anwar, R Sivarasa dan Sangkara Nair berkata, ketika ini tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap Anwar.
Sivarasa berkata, polis membebaskan Anwar tanpa perlu menjelaskan sebarang jaminan dalam bentuk wang selepas polis selesai merekodkan percakapannya, termasuk mengambil keterangan ringkas sebagai tambahan yang diambil pagi tadi sejurus sebelum dibebaskan.
Beliau berkata, polis membebaskan Anwar tanpa perlu menjelaskan sebarang jaminan dalam bentuk wang selepas polis selesai merekodkan percakapannya termasuk mengambil keterangan ringkas sebagai tambahan yang diambil pagi tadi sejurus sebelum dibebaskan.
"Bagaimanapun, Anwar perlu melaporkan dirinya di IPKKL pada 18 Ogos.
"Anwar pulang terus ke rumahnya (Segambut Dalam) kerana perlu berehat berikutan sakit belakang dialaminya selepas berbaring di atas lantai lokap yang sejuk.
"Seorang doktor peribadi akan memeriksa dan merawat Anwar di rumahnya," katanya.Mengenai keengganan Anwar memberikan sampel untuk ujian DNA (asid deoksiribonukleik) ketika di bawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi, Sivarasa berkata, Anwar enggan berbuat demikian kerana tidak mahu DNAnya dimanipulasikan.
"Lagipun DNA Anwar sudah ada sebelum ini. Tambahan pula kami difahamkan untuk tuduhan seperti ini (liwat) tidak memerlukan sangat sampel seumpama itu," katanya.
Sementara itu, Sangkara pula berkata, Anwar berada dalam lokap IPPKL sepanjang masa kecuali ketika keterangannya direkodkan.
Anwar dilihat meninggalkan IPKKL bersama isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama semua anaknya yang datang menjemputnya.
- Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)
Emel