![]()
PAS Harus Kaji Semula Muzakarah Dengan UMNO
Oleh: Ulit Mayang
![]()
Assalaimualikum wbt.............
Sangat ngeri sekali, jika dibayangkan bagaimana DSAI, ditahan, disoal siasat, dan diperiksa di Hospital Kuala Lumpur, bagi melengkapkan siasatan, ekoran konspirasi tuduhan liwat, yang ditaja oleh UMNO dengan kerjasama BN
UMNO secara bersendirian tidak ada kemampuan untuk melakukan penganiayaan ini. Pertolongan dan kerjasama perlu diperolehi daripada dan melalui Perjanjian Persefahaman, MOU-Memorandum Of Understanding dengan semua jentera kerajaan, khususnya Polis, Cawangan Khas dan UTK.
Maka terhasil lah, rentetan peristiwa dari masa penahanan, penyiasatan dan soal siasat, dan pemeriksaan. Sila baca petikan beberapa artikel di bawah.
ADAKAH DSAI DIFITNAH?
• Ya, UMNO sedang melakukan fitnah terhadap DSAIADAKAH PKR DIFITNAH?• Oh ya, sudah tentu, sebagai musuh dalam politik, sejak dulu, kini dan selamanya, itu lah kerja hakiki UMNOADAKAH PAKATAN RAKYAT DIFITNAH?• Sebagai pakatan parti yang berpotensi untuk mengambil alih kerajaan pusat, dalam masa terdekat ini, sudah tentu UMNO bersama jentera kerajaan, khusunya Polis dan lain-lain, terpaksa memaksimumkan masa 24 jam sehari, bagi melakukan fitnahADAKAH RAKYAT MALAYSIA DIFITNAH?
• Sudah jelas bukan, seluruh rakyat Malaysia sedang mengalami dan hidup dalam fitnah, ekoran kegagalan kerajaan UMNO/BN menunaikan amanah.ADAKAH ISLAM DIFITNAH?• Islam juga difitnah di Malaysia. Islam yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw, telah ditolak oleh kerajaan UMNO/BNADAKAH ALLAH DIFITNAH?
• Sebaliknya, Islam Hadhari telah dipaksa ke atas orang-orang Islam di Malaysia• Allah juga difitnah oleh kerajaan UMNO/BN. Hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Allah, ditolak oleh UMNO/BNADAKAH NABI DIFITNAH?• Betul, Nabi juga difitnah, sebagai utusan Allah menyampaiakn dakwah dan risalahNya, tidak terlepas difitnah oelh UMNO/BNADAKAH PAS JUGA DIFITNAH?• Kalau DSAI, seorang Melayu dan Islam, difitnah sebegitu oleh UMNO, adakah PAS akan terselamat daripada fitnah UMNO?ADAKAH PAS SEDANG DIPERANGKAP?
• Mengapakah pimpinan PAS, tidak mengambil pengajaran, peristiwa terdekat dan terbaru, yang terjadi di depan mata, sebagai pedoman dan panduan?
• Apakah nilai dan garis panduan yang digunakan oleh PAS untuk berunding atau muzakarah dengan UMNO, dalam keadaan UMNO memperhebatkan fitnah dan serangan ke atas orang-rang Melayu dan Islam, seperti DSAI?
• Tidak cukup kah lagi dengan bukti kezaliman, kejahatan dan penganiayaan ke atas seorang pemimpin Melayu beragama Islam, untuk PAS sedar dan insaf, akan muslihat sebenar UMNO?
• Bukti apakah lagi yang ditagih oleh pimpinan tertinggi PAS, untuk menghalalkan diadakan muzakarah dengan UMNO?
ADAKAH PAS SUDAH TERPERAGKAP?
MENGAPA UMNO PERLU MEMERANGKAP PAS?Mohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan yang ada jawapan kepada soalan ini
Sebelum terjebak, bukan bermaksud pimpinan PAS tidak faham atau mengetahui perangkap-perangkap yang dipasang oleh UMNO, atau sebelum terperangkap, ada baiknya cadangan itu DITUNDA ke suatu tarikh yang lebih sesuai atau DIBATALKAN terus.
FIKIR SEJENAK
• Sekarang, rakyat Malaysia yang terbanyak sudah cukup faham, mengerti dan mengetahui serta memahami, itulah IDENTITI dan SIKAP dan PERANGAI dan PERSONALITI parti UMNOTUGASAN
• Boleh ke PAS bersahabat dengan UMNO?
• Lihatlah sikap, perwatakan dan tindakan-tindakan mukathir ini oleh UMNO ke atas musuh-musuh politiknya, khususnya DSAI
• Apakah yang akan terjadi dengan PAS, seandainya sudah BERSAHABAT, BERSATU dan BERGABUNG [ seperti cadangan, gesaan dan paksaan oleh YB Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini 17 Julai 2008 ]
• Harap, pimpinan tertinggi PAS, tidak terperangkap dengan permainan UMNO lagi, selepas ini• Ada baik dan eloknya, PAS menumpukan seluruh kekuatan, untuk bermesra, bergaul, bermanja, mengenal hati dan budi, berbulan madu dengan rakan-rakan serta kawan-kawan juga sahabat-sahabat dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP
• Sangat banyak kerja yang sedang menunggu untuk itu
• Sedar atau tidak, ini lah ladang yang cukup subur untuk bercucuk tanam
• Jangan nanti, kata perpatah YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKEJAR BERCICIRANKerajaan nafi Anwar dikasari- Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)
Penahanan dengan waran tidak langgar undang-undangKUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan dakwaan polis mengasari Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan polis semalam.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, berkata ketika ditahan Anwar memberi kerjasama dan memasuki kereta polis secara sukarela.
"Ketika ini Anwar dalam tahanan, tetapi sebelum ditahan beliau memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis. Saya rasa tidak ada kejadian tidak diingini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.
Mengenai bantahan Parlimen PKR terhadap penahanan Anwar yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan, Wan Ahmad Farid berkata, penahanan itu tidak bercanggah dengan undang-undang kerana waran sudah dikeluarkan untuk tujuan itu.
"Namun, walau apa pun penjelasan yang diberikan, pembangkang tidak pernah bersetuju dengan sebarang tindakan polis," katanya.
Anwar dibogel, diperiksa alat sulit
Jimadie Shah Othman | Jul 17, 08 3:14pm
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah ditelanjangkan sewaktu menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi.Menurutnya, seluruh badan beliau diperiksa, termasuk bahagian sulitnya.
Secara berseloroh, beliau berkata, mereka juga "ukur mana yang perlu" dan beliau "ikut semuanya (arah doktor)".
Katanya, beliau juga enggan membenarkan gambarnya diambil "kerana ia mungkin disiarkan dalam YouTube".
Menurut mantan timbalan perdana menteri itu lagi, beliau juga enggan darahnya diambil sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut.
Anwar bermalam dalam tahanan
Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri | Jul 16, 08 8:38pm
kemaskini 12:29am Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bermalam dalam tahanan polis selepas beliau ditangkap tengah hari tadi, demikian dimaklumkan oleh ketua penerangan PKR Tian Chua.Isterinya dan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kira-kira jam 11.25 malam.
Naib presiden PKR Mohamad Azmin Ali, bersama seorang lagi naib presiden Sivarasa Rasiah dan ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff juga masuk ke bangunan IPK - tidak lama selepas Anwar dibawa pulang dari hospital Kuala Lumpur pada 10.35 malam.
Emel