![]()
ANWAR DITAHAN,
ANWAR DI FITNAH,
SOLAT HAJAT, DOA DAN MUNAJAT
Oleh: Ulit Mayang
![]()
Rasanya masih belum lengkap lagi senarai kezaliman dan siri-siri penganiayaan oleh kerajaan UMNO/BN ke atas DSAI, menerusi jenteranya, iaitu Polis, seperti yang terdapat di dalam PELAN TINDAKAN Pak Lah.
Maka, bagi meneruskan senarai semak yang terbaharu, DSAI telah ditahan, dengan cara tidak bertamadun, kasar dan ganas, jam 1.15 tgh 16 Julai 2008, berhampiran rumahnya di Segambut
Maka, bermulalah siri-siri ulangan kezaliman dan keganasan yang pernah terjadi, pada tahun 1998
APA TINDAKAN KITA?
• Membuat perarakan dan perhimpunan?INI ADALAH PERANGKAP KERAJAAN UMNO/BN
Jangan sekali-kali• Membuat kekacauan?
Jangan sekali-kali• Membuat huru hara?
Jangan sekali-kali• Bertujuan untuk mengisytiharkan DARURAT, bagi tujuan menyelamatkan kerajaan UMNO/BN
APA PILIHAN KITA?• Sebenar ; kita sebagai rakyat terbanyak, yang telah TERSALAH pilih kerajaan, dalam PRU-12 lalu, telah diikat dan dikawal sepenuhnya oleh UMNO/BN.
• Kita tidak dibenarkan bertindak melawan kezaliman dan kejahatan kerajaan UMNO/BN ini
ADAKAH SEMBAHYANG HAJAT, DOA DAN MUNAJAT, SATU-SATUNYA PILIHAN UNTUK KITA?• Setelah seluruh hak rakyat dicabul dan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan UMNO/BN, tidak ada pilihan lagi yang terbaik untuk rakyat terbanyak, hanya SEMBAHYANG HAJAT, DOA DAN MUNAJAT.
• Memohon kesejahteraan, keselamatan dan perlindungan ke atas hambanya, DSAI dan rakyat Malaysia yang terbanyak, dari kezaliman, kejahatan, keganasan dan penganiayaan kerajaan UMNO/BN ini
• Inilah senjata yang paling ampuh, yang dimiliki oleh semua rakyat yang dizalimi
• Kita mulakan dari rumah dan ahli keluarga sendiri dahulu, surau dan masjid di kampung kita, sebelum sebarang arahan dari alim ulamak kita untuk memenuhi stadium-stadium dan tanah-tanah lapang di seluruh negara.
DI MANA ULAMAK KITA????• Alim-ulamak kita harus perlu ke depan, memimpin majlis SEMBAHYANG HAJAT, DOA DAN MUNAJAT ini.
• Pucuk pimpinan tertinggi PAS dan PKR, seharusnya dapat memberikan seruan dan arahan supaya majlis SEMBAHYANG HAJAT, DOA DAN MUNAJAT ini diadakan,bermula malam jumaat ini, 17 Julai 2008 dan seterusnya
SEBENARNYA• Tidak ada kekuatan dalam menangani kezaliman, kejahatan, keganasan dan penganiayaan oleh kerajaan UMNO/BN, kecuali kita memohon restu dari Allah swt
KENAPA PAK LAH, DS NAJIB DAN KERAJAAN TAKUT SANGAT
NTUK BERHADAPAN SECARA BAIK DAN GENTLEMEN
DENGAN DSAI DAN RAKYAT MALAYSIA?
- Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)
Emel