UMNO dah jumpa dahan………
Kiriman: Ulit Mayang


 

i.                    Kenyataan Karpal buat semua rakyat marah PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan menimbulkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan disifatkan sebagai penghinaan kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu.

ii.                  Melayu marah  PM UMNO lima ahli Parlimen NGO buat laporan polis terhadap Karpal

KUALA LUMPUR 8 Mei –Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengarahkan UMNO membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh ekoran kenyataannya yang mempersoal bidang kuasa Sultan Perak. . Laporan itu telah dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini.

Turut membuat laporan polis terhadap Karpal hari ini ialah Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM).

Laporan BNBBC dibuat oleh Penasihat Undang-Undangnya, Razali Ibrahim di Balai Polis Brickfields dengan diiringi empat lagi ahli Parlimen iaitu Dr. Mohd. Puad Zarkashi (Batu Pahat), Datuk Mohamad Aziz (Sri Gading), Datuk Ismail Kassim (Arau) dan Ahmad Maslan (Pontian).

Laporan oleh BBPM pula dibuat oleh Pengerusinya, Osman Bakar di balai polis yang sama.
 

Belum pun dapat berpaut kemas, MCA dah goyang dan goncang dan ‘hingguk’ serta ‘kocokkan’ pokok di mana UMNO cuba berhempas pulas berpaut padanya…..

i.                    Henti istilah ketuanan Melayu

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat, mahu istilah ketuanan Melayu tidak dibangkitkan lagi kerana bimbang ia akan menimbulkan perasaan kurang selesa dan salah faham di kalangan kaum lain.

i.                    Kepentingan kaum lain terpelihara

KUALA LUMPUR: Penduduk bukan Melayu tidak seharusnya bimbang atau tersinggung dengan penggunaan istilah ‘ketuanan Melayu’ kerana kepentingan mereka tidak akan tergugat, malah tetap terpelihara mengikut Perlembagaan. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata keadaan itu tidak dapat dielak kerana sememangnya hakikat sebenar orang Melayu adalah tuan di negara ini, malah ia menjadi matlamat utama ketika berjuang menentang penjajah selama 400 tahun.

Melihat kepada cara pemberita dan wartawan media cetak dan elektronik ,  melaporkan isu ulasan YB Karpal Singh , ekoran ‘peristiwa’ dan kejadian ‘tukar-lantik’ Pengarah JAIP , mungkin dapatlah dikatakan UMNO telah ‘berjumpa’ dengan dahan yang dicari – cari selama ini , sebagai tempat untuk menyangkut sementara partinya , yang telah ditolak , sebenarnya secara TOTAL oleh bukan sahaja dari orang – orang Melayu , bahkan juga lain – lain kaum di Negara ini dan ‘mungkin’ juga oleh sekalian makhluk yang ada di bumi Malaysia.

Umum menyatakan , ‘Kemenangan’ bagi mana – mana PARLIMEN dan DUN oleh wakil – wakil rakyat UMNO, tidak dilihat sebagai menyatakan adanya sokongan kepada parti mereka, sebaliknya bukan menjadi rahsia umum , wakil – wakil rakyat ini telah diselamatkan oleh faktor – faktor undi pos , seperti diberitahu kepada kita semua oleh Ketua UMNO , Bahagian Cheras bagi Parlimen Setiawangsa ; juga oleh pengundi hantu dari luar seperti yang terjadi di kebanyakan peti – peti undi seluruh Negeri Terengganu , dan juga pelbagai lagi muslihat yang hanya diketahui oleh pimpinan atasan UMNO , sahaja. Tunggu …..tidak lama lagi semuanya akan terdedah dan didedahkan.

Betul ke UMNO dah temui dahan, tempat untuk pimpinan mereka berpaut dan berteduh sementara , melepaskan penat dan lelah , merawat luka – luka dan kecederaan di sana sini ,  setelah dilanda tsunami 08 mac lalu ?

Selepas 08 mac , seribu satu kejadian dan peristiwa telah dapat dilihat , dalam usaha mereka untuk menyelamatkan parti tua itu, tak mahu lah diulang – ulang lagi di sini , Cuma yang terakhir minggu lepas , selama 3 hari bertempat di Johor Bharu katanya berlangsungnya Kongres Permuafakatan Melayu.

Belum pun sempat resolusi kongres dicetak elok – elok , barangkali untuk dipersembahkan ke DYMM Sultan dan Raja – raja Melayu ,  Tuan Guru Presiden PAS , dan Mursyidul Amnya telah mengeluarkan kenyataan dan ulasan media ,  yang telah menyebabkan semua resolusi tadi telah dicampakkan ke laut di Pantai Lido , Johor Bharu

Seperti tajuk kenyataan media Tuan Guru Presiden PAS………..

i.                    Hanya Islam yang dapat angkat martabat Melayu Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Hrkh) - PAS yakin bahawa martabat, keutuhan dan jatidiri bangsa Melayu hanya dapat diselamatkan melalui Islam, kata Presidennya, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

"Hanya apabila orang-orang Melayu kembali dan berpegang teguh kepada Islam, maka ketika itu barulah bangsa ini dapat memperolehi keselamatan di dunia dan juga di akhirat.

"Sebarang usaha samada sengaja ataupun tidak untuk meninggal atau meminggirkan Islam akan mengakibatkan bangsa ini tidak selamat di dunia, apalagi di akhirat," katanya dalam satu kenyataan rasmi parti hari ini.

Masalah umat Melayu selama ini berpunca dari tindakan mereka meninggalkan kewajiban meletakkan Islam dilandas yang sebenar, katanya.

Tajuk di atas “ UMNO dah jumpa dahan…………….. “ mungkin sesuai dipakai untuk sementara waktu ini , sementara mencari dahan – dahan baru yang ‘lebih kukuh’, sebab rasanya belum pernah terjadi Presdien UMNO pun teruja untuk menumpang dengan isu ini , tahniah !!!!!!!

Seperti tajuk surat – surat khabar bertarikh 09 Mei 2008 , Jumaat Presiden UMNO sendiri telah mengarahkan Setiausaha Agung mebuat laporan polis ke atas isu berkaitan

Apakah muslihat , implikasi dan kemungkinan tindakan – tindakan ini ?

Berdasarkan kepada kefahaman ilmu politik yang pendik dan cetek , kalaulah Presiden UMNO sendiri menunjuk minat begitu rupa dengan isu ini , adakah ia berkait rapat dengan ‘situasi’ dalaman dalam parti itu sendiri ?.
Adakah ini menunjukkan kedudukan Presiden UMNO dalam partinya sendiri tidak begitu kukuh , dengan kemungkinan ‘pencabar’nya dapat menewaskannya hujung disember nanti ?

Dengan menunjukkan ‘keperihatinan’ melalui arahan kepada Setiausaha Agung ini , berkemungkinan ia satu ‘political millaege’ baginya , dalam usaha ‘menyelamatkan’ kerusi Presiden ?

Atau ini juga sebahagian dari peluru – peluru [ seperti kes raba – meraba , kes pengendali blog Malaysia-today , dan – lain – lain ……..]  yang mula dilepaskan oleh Presiden UMNO kepada Timbalan Presidennya bagi ‘menggagalkan’ cadangan peralihan kuasa , yang katanya akan ‘dilakukan’ selepas disember nanti , atau selepas partinya ‘kuat’ ?

Tindakan Presiden UMNO ini bukan sahaja kerana teruja , tetapi juga mungkin sebagai tindakbalas ekoran dari Tuan Guru Presiden PAS dan Tuan Guru Mursyidul Amnya , yang telah potong jalan , dengan mengeluarkan kenyataan akhbar dan ulasan memperlekehkan resolusi kongres , benar – benar membangkitkan kemarahannya , kerana niat parti itu dari semua peringkat kepimpinan untuk menarik minat umum khususnya orang – orang Melayu kepada partinya dan kongres telah GAGAL , walhal kongres itu sedang berlangsung dan belum pun tamat lagi. Jadi sebagai langkah ke hadapan, orang putih kata ‘one step ahead’ , konon – kononnya parti UMNO sangat menjaga kedaulatan Sultan dan Raja – raja Melayu , maka diarahkan Setiausaha Agungnya membuat laporan polis. Dengan itu , moga – moga nanti , semua resolusi kongres yang telah dicetak [ mungkin akan ditulis dengan TINTA EMAS , bukan tinta merah MSO , dan dikulitkan dengan kulit emas juga ] , dan dipersembahkan untuk perkenan ke bawah DYMM Tuanku sultan dan Raja – Raja Melayu , maka dengan penuh harapan juga semoga Duli – duli Tuanku akan menitahkan semua dan sekalian orang – orang Melayu yang bermastautim dan bermukim di bumi Malaysia dan di seluruh dunia , dan dimana dapat dikesan , bernaung di bawah parti UMNO , konon – kononnya bagi menyelamatkan kedaulatan Melayu yang berasakan kepada tiga teras utama iaitu , bahasa ,agama dan raja.

Mungkinkah ini akan berlaku ?
 
Agaknya bila Timbalan Presiden UMNO akan mula menyerang Presidennya ?

Adakah kemungkinan akan berlaku , Timbalan Presiden UMNO hanya akan menunggu partinya yang sedang disangkut di ‘dahan’ yang baru ditemui ini beberapa hari ini di Perak, jatuh bedebak , bila mana ‘dahan’ ini juga sebenarnya tidak begitu kukuh , dek beberapa pihak , MCA dan lain – lain tengah mengoyang – goyang , ‘menghingguk – hinggu’ , ‘mengocok – kocok’ nya sekarang ini ?
Kalau itu lah yang terjadi , ianya dah tidak mempunyai nilai lagi , di mana nangka buruk ‘ UMNO’  tersebut nak diletakkan ? Tak tau lah kalau – kalau ada penjual goreng pisang yang boleh menyediakan tepung goreng yang boleh mengembalikan semula rasa , warna dan kesegarannya , seperti asal……
 

- Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)

11.05.2008

Ditaja oleh:


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel