![]()
Raja Petra Didakwa Terbit Artikel Menghasut
Kiriman: Ulit Mayang
![]()
Raja Petra didakwa terbit artikel menghasut
Utusan Malaysia 06/05/2008 4:28pmPETALING JAYA 6 Mei - Pengendali dan editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin dituduh di bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerbitkan artikel berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Atantuya Shaariibuu di laman blognya, dua minggu lalu.
Raja Petra yang merupakan pengendali blog pertama didakwa atas kesalahan seumpama itu dilihat tenang sepanjang prosiding serta mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurmala Salim.
Mengikut pertuduhan, Raja Petra didakwa menerbitkan satu artikel bertajuk ``Let’s Send The Altantuya Murderers to Hell’’ yang mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web Malaysia-Today yang mempunyai alamat web http://www.malaysia-today.net.
Tidak mempunyai niat untuk mencampuri urusan dan perjalanan institusi kehakiman, Cuma ianya menimbulkan beberapa persoalan , yang mungkin boleh dilanjutkan seperti berikut ;-
1. Siapakah yang mengarahkan supaya YMRPK dituduh , siasat dan dihadapkan ke mahkamah ?
a. YAB PM ?
b. YAB TPM ?2. Kalau YAB PM , apakah ada motifnya ?
a. Mungkin untuk menjatuhkan YAB TPM ?
b. Mungkin YAB TPM antara calon yang disebut untuk mencabar jawatan Presdien UMNO nanti ?
c. Mungkin, YAB PM tak nak lepaskan jawatan PM ke TPM , selepas bulan disember nanti ?3. kalau YAB TPM , apakah ada motifnya ?
a. Mungkin , YAB TPM nak tutup mulut YMRPK dari terus bercakap menerusi laman blognya ?
b. Mungkin , YAB TPM tak boleh tahan kena fitnah macam – macam ?
Tak tau lah , sebab tak terlibat dengan politik , pening. Kalau pengunjung – pengunjung laman web yang budiman ada jawapannya tolong – tolong lah sebarkan , siapa sebenarnya yang telah mengarahkan YMRK disiasat ?
- Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)
10.05.2008
Emel