Anwar Pilih Kerusi Selamat, Untuk Selamatkan Rakyat
Oleh: Ulit Mayang


 


 

Seperti biasalah, semua suratkhabar hari ini berlumba-lumba menerbitkan tajuk yang boleh menyejukkan hati pemimpn-pemimpin UMNO/BN yang cukup risau, gelisah dan murung serta berdukacita ketika ini, mengenangkan kepada usaha-usaha mereka bagi menyelamatkan kubu terakhir, Putrajaya telah GAGAL.

Seperti tajuk di bawah [ kalau sudi baca, ada baiknya, silakan.......], penulis ini juga menulis tajuk yang dikira sudah dijangka.

Tak apa lah, itu hak penulis, terpaksa mengikut kehendak pihak-pihak tertentu.

BetuI !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

• Pilihan DSAI adalah tepat
• DSAI Perlu pilih kawasan yang betul-betul dijamin selamat, selamat dari penipuan oleh UMNO/BN dan seluruh jenteranya
• DSAI perlu menang
• DSAI perlu berada di Parlimen
• DSAI perlu memimpin rakyat
• DSAI perlu mengemudi negara ke era yang sudah tentu jauh lebih baik dari sekarang ini.
• DSAI perlu selamatkan rakyat dari kezaliman kerajaan UMNO/BN


InsyaAllah, dengan kemenangan di P-44 Permatang Pauh nanti, ditambah dengan kenyataan Pak Lah dalam temubual dengan Associated Press, semalam seperti petikan ini

“ ...........Abdullah berkata, hakikatnya ketika ini majoriti pemimpin semua parti komponen BN tetap taat dan setia kepada kepemimpinan beliau serta kerajaan masih terus mendapat sokongan antara 80 hingga 90 peratus pemimpin terbabit. ........“,
16 September memberii sinar dan harapan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Anwar pilih kerusi selamat - Wan Azizah letak jawatan, beri laluan kepada suami bertanding di Permatang Pauh

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil nanti.

Wan Azizah, 55, berkata, beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya itu semalam kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini yang turut dihadiri Anwar dan anak mereka, Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai, Wan Azizah berkata, perkara itu telah dibincang dengan kepimpinan PKR dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Wan Azizah, yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, adalah wakil rakyat Permatang Pauh sejak 1999. Sebelum itu, kerusi itu diwakili oleh Anwar.

Wan Azizah berkata, beliau akan mengekalkan jawatan Presiden PKR manakala penggantinya sebagai Ketua Pembangkang akan ditentukan Pakatan Rakyat.

Anwar, 60, pula berkata, beliau terharu dan terhutang budi kepada isterinya yang sanggup melepaskan kerusi itu walaupun itu bukan satu perkara yang senang untuk dilakukan.

Beliau berkata, keputusannya untuk bertanding di Permatang Pauh adalah kerana ia kerusi selamat baginya walaupun beliau ditawarkan beberapa kerusi Parlimen yang lain, termasuk kerusi Bandar Tun Razak yang disandang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Gombak yang diwakili Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Anwar mewakili kerusi Parlimen Permatang Pauh sebagai wakil Barisan Nasional dari 1982 sehingga beliau dipecat daripada UMNO pada September 1998, dan menjadi anggota Parlimen bebas sehingga dihukum penjara enam tahun kerana tuduhan rasuah.


- Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)

02.08.2008

Ditaja oleh Gading@PerigiDuit & Web2Upgrade Bersamaku:


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel