![]()
Tolong Tunjuk Ezam Jalan Ke Permatang Pauh
Oleh: Ulit Mayang
![]()
Seperti dijanjikan, Sdr Ezam akan berhadapan dengan DSAI di mana ia berada.
Sekarang sudah confirm, kerusi Permatang Pauh dah dikosongkan
Calon PKR sudah diumumkan, iaitu DSAI
Maka siapa calon UMNO/BN?
Seperti yang diwar-warkan selama ini, Sdr Ezam adalah calon UMNO/BN.
So, bagi memenuhi hajatnya yang dipendam selama ini, adalah menjadi satu kewajipan kepada UMNO/BN, melunaskan impian dan harapan Sdr Ezam untuk berhadapan dengan DSAI di mana-mana saja
Kita tidak lah bermaksud supaya Sdr Ezam mengotakan janjinya. Tetapi adab orang berjanji, ianya mesti ditepati
Rayuan
Kepada sesiapa yang mahir dan tahu jalan ke Permatang pauh, tolong tunjukkan kepada Sdr. Ezam, lokasi dan tempatnya. Bukan apa takut sesat dan tak jumpa jalan. Nanti takut-takut pulak bagi alasan tak dapat lawan DSAI kerana sesat jalan
Sesiapa yang sudi menjadi sukarelawan bagi memandu arah ke Permatang Pauh, sangat dialu-alukan.
Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membantu Sdr Ezam.
InsyaAllah kita jumpa di sana [ dah buat group nak pergi ramai-ramai berkampung kat Permatang Pauh,,,,,,gi sorang2 takut sesat, kat mana tu PP?
- Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)
01.08.2008
![]()
Ditaja oleh Gading@PerigiDuit & Web2Upgrade Bersamaku:![]()
Emel