ISU AP BELUM SELESAI: TANGISAN FIDAH BUKAN PENYELESAI

Oleh Tun Paduka Tuan (Laman M@RHAEN)

Sesungguhnya isu permit kereta import (AP) masih belum selesai lagi. Walaupun senarai penerimanya sudah didedahkan dan Rafidah Aziz (menteri betina yang bertanggungjawab mengeluarkannya) telah menangis terisak-isak ketika menjelaskan perkara itu, ia tidak menamatkan isu itu. Tangisan bukan menjadi penutup kepada sesuatu kemisterian!
 
Dari sudut kemanusiaan air mata itu hanya daya simpati yang cukup tinggi kepada seseorang wanita. Air mata adalah senjata adalah penawar. Di dalam hal ini Rafidah nampaknya telah menggunakan air mata sebagai benteng mempertahankan kekhilafannnya yang dilakukan sejak lebih 20 tahun lalu.
 
Banyak perkara yang perlu diuraikan di sebalik pemberian AP itu dan juga langkah-langkah menyelesaiannya perlu difikirkan. Alasan kononnya pemberian AP itu untuk menggalakan perusahawan otomotif di kalangan Bumiputera bukan jawaban konkrit dan tidak semua orang menerima.
 
Dalam hal ini pemberian AP itu seperti juga pemberian lesen ataupun kontrak kerajaan lain kepada orang tertentu untuk membina kehidupan dan juga sebagai ganjaran kepadanya. Ini jelas apabila 100 peratus penerima AP itu orang yang berkepentingan.
 
Mereka juga bukan mengusahakan sendiri, sebaliknya mengalibabakan permit mereka. Bayangkan betapa selesanya seseorang yang dinaugerahkan AP boleh goyang kaki dan berjoli. Kalau satu permit dibayar di antara RM30,000 hingga RM50,000 berapa juta sebulan kalau ia memiliki 1000 AP?
 
Lantaran itu hasrat yang dijadikan alasan oleh MITI itu tidak menjadi kenyataan dan sewajarnya ia disemak dan disusun semula sejak lama, iaitu 30 tahun lalu.
 
Betapalah dangkalnya kita semua kalau menerima penyelesaian isu itu dengan hanya ada beberapa tindakan dan aksi yang lebih kepada sandiwara itu oleh pihak kerajaan dan menteri berkaitan. Pendedahan senarai penerima, tangisan Cik Rafidah atau pun pemberian surat Rafidah kepada bapa Marina bukan penyelesaiannnya.
 
Kalau kita menerima itu, maka samalah otak kita dengan Abdullah Badawi Al Hadhari yang mengeluarkan kenyatana isu AP – (perbalahan di antara bapa Marina dengan Rafidah itu selesai) apabila cik Fidah serahkan surat 10 muka surat kepada bapa Marina itu.
 
Tegasnya, satu penyelsaian lebih jauh dan tegas diperlukan. Abdullah selaku Perdana Menteri perlu mengambil tindakan lebih berani dan menyeluruh. Tindakan itu kelak biarlah berbentuk membela rakyat dan memberi keuntungan kepada negara. Abdullah harus berkorban di dalam hal ini daripada menjaga kepentingan negara dengan pengaruh politik peribadi.
 
Ada beberapa persoalan timbul di sebalik isu ini dan ia menuntut penjelasan.
 
Seperti mana yang ditimbulkan oleh Naib Presiden Pas Husam Musa, kerajaan perlu mengambil langkah-langkah baru di dalam pengagihannya. Perkara penting katanya kerajaan juga perlu menjelaskan berapa cukai yang dibayar oleh para pemegang AP itu. Pejelasan ini penting sekali.
 
Selama ini rakyat tidak pernah tahu berapakah kadar cukai atau pun duti lain yang dibayar oleh mereka. Apakah mereka tidak pernah membayarnya dan menikmati kekayaan itu tanpa berkongsi dengan kerajaan menerusi pembayaran duti sewajarnya?
 
Bahawa tidak dapat disembunyikan wujud penipuan oleh para pemegang AP itu. Mereka mengistyharkan harga kereta yang rendah kepada kastam dan menjualnya berlipat kali ganda. Selain itu syarikat pemegang besar juga akan membuat pengakuan mereka rugi bagi mengelakkan membayar cukai.
 
(Bahana paling besar ialah kerana pemberian itu berleluasa dan tidak dikawal sehinggakan ja menjejaskan perusahawan automotif negara. Bukankan ini satu perbuatan khianat di mana sifatnya semacam kita membunuh hak kita sendiri?).
 
Kerajaan sendiri tahu akan keadaan ini tetapi dibiarkan begitu sahaja. Kenapa? Situasi ini menyebabkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) perlu masuk segera. BPR perlu diberi kebebasan dalam menyiasat perkara ini tanpa mempunyai banyak red-tape.
 
Begitu juga BPR perlu diberikan kebenaran untuk menjenguk masuk ke dalam rumah Rafidah Aziz. Ada perasaan curiga kepada Rafidah di dalam hal ini kian membuak-buak. Apa lagi beliau ada rekod pernah hendak dihadapkan ke mahkamah dalam kes rasuah?
 
Begitu juga bila manusia bercakap meletakkan kitab suci di hadapan, mesti ada sesuatu yang tidak kena kepadanya. Pepatah Melayu ada mengatakan kalau tidak ada mengada, masakan tempua bersarang rendah. Adakah sebelum ini Fidah bercakap dan menyebut pasal Quran?
 
Alasan yang diberikan Fidah kenapa sesetengah syarikat diberikan AP sampai puluhan ribu kerana mereka kuat bekerja. Mereka berjaya mendapat prinspal – syarikat pengeluar kereta luar negara.
 
Jawaban itu nampak sekali dangkal dan tidak mempunyai hujah yang kuat.
 
Rasanya bukan sedikit yang bekerja kuat seperti mana dikatakan Fidah itu. Ada yang berbuat lebih daripada itu. Tetapi masalahnnya kerana mereka tidak kenal Fidah, tidak baik dengan bekas PM atau tidak ada cable dan sebagainya maka mereka dibiarkan. Keupayaan dan kesungguhan mereka ternafi dengan sendiri.
 
Mislanya kenapa Naza Motor mendapat begitu banyak kerana salah seorang ahli lembaga Pengarahnya ialah ada kaitan dengan Fidah.
 
Meneliti kepada senarai itu menjelaskan mereka yang memperolehi AP semua terdiri daripada kroni dan juga suku sakat pemimpin-pemimpin Umno dan juga kerabat BN. Jelas pemberian itu tidak telus atau berdasarkan merit sebenarnya seperti mana dakwa Fidah. Ia lebih kepada berasaskan kepada kenalan dan juga anak beranak.
 
Ada pihak memuji Abdullah atas tindakan mendedahkan penerima AP itu. Tindakan itu disifatkan melambangkan keberanaian Abdullah. Kerana sebelum ini tidak ramai yang menjangka pendedahan itu dibuat. Bila Abdullah melaksanakan menjelang perhimpunan agung Umno maka Abdullah dikatakan berani dan tegas.
 
Keberanian Abdullah sebenarnya apabila beliau mengambil tindakan membatalan permit berkenaan atau pun menyerahkan kepada BPR menyiasat kenapa sesetengah penerimanya begitu banyak. Kalau Abdullah sanggup berbuat demikian, itulah baru boleh dikatakan berani, telus dan bersifat Hadhari mengikut persepsi Umno.
 
Setakat mendedahkan senarai itu sesiapa pun boleh. Sebelum ini pun orang ramai sudah tahu siapa yang memonopoli AP itu. Ia tidak pun memberi apa-apa kesan. Mereka yang termasuk dalam senarai itu sedikit pun tidak merasa malu. Mereka tidak lebih daripada para penyangat berlesen negara ini, yang lesennya diberikan oleh MITI.
 
Sebaliknya kalau tindakan undang-undang, seperti membatal AP mereka, atau minta mereka membayar cukai sepatutnya kepada kerajaan dan membenarkan BPR menyiasat, itulah keberanian sejati. Kalau ini berlaku, saat inilah kita boleh nobatkan Abdullah sebagai berani dan telah menemui Shafie dan Ghazali yang dicari-cari itu.
 
Apa yang dilakukan kini hanya sebagai hendak ‘menyelamatkan’ diri sahaja. Abdullah berbuat begitu takut isu mengenai AP akan bergema di Dewan Merdeka sempena perhimpunan agung Umno hari ini. Jadi sebelum ia bergema maka beliau mendedahkan setidak-tidaknya perwakilan Umno yang sudah sedia dikasi dan dikembirikan itu tidak akan mengamuk sangat kepadanya.  - Reformasi.

Tun Paduka Tuan - 21.07.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN