![]()
CHUA SOI LEK HARUS TAHU DI MANA BELIAU BERDIRI
Oleh Tun Paduka Tuan (Laman M@RHAEN)Menteri Kesihatan negara kita (Malaysia asalnya Tanah Melayu), Chua Soi Lek telah mendedahkan mengenai tahap kesihatan yang buruk di Kelantan. Katanya negeri Kelantan juga pemberi masalah berikut berlakunya penyakit berjangkit di negeri itu.
Dalam penyelidikan menteri berbangsa Cina itu, katanya keadaan itu wujud kerana kegagalan Kelantan menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk di negeri itu. Dalam erti kata lain beliau menuding jari kepada kelemahan kerajaan negeri bukannya kementerian beliau.
Menurut menteri yang hendak mengedar kondom dan jarum percuma kepada penagih itu, negeri Kelantan juga mempunyai ramai kanak-kanak bawah lima tahun kekurangan zat.
Justeru katanya kementerian kesihatan kita (Malaysia asalnya Tanah Melayu) terpaksa menyediakan peruntukan khas di antara RM80,000 hingga RM100,000 setahun bagi menyediakan vitamin kepada kanak-kanak.
Kita berterima kasih kepada Chua kerana mendedahkan perkara itu. Kalau beliau tidak dedah mungkin ramai yang tidak sedar. Apakah angka dan fakta itu tepat atau tidak itu soal lain.
Kerajaan negeri haruslah ambil perhatian memperbetulkan dan menaikan taraf kesihatan di Kelantan. Exco mengenai kesihatan hendaklah mengambil langkah-langkah perlu. Menjaga kesihatan rakyat adalah tanggungjawab wajib mana-mana kerajaan di dunia ini.
Bagaimana pun apa yang dikesalkan ialah mengenai sikap menteri itu yang (katanya) tidak bercadang untuk berbincang dengan pihak kerajaan berhubung mengatasi perkara itu. Aneh... kenapa beliau mengeluarkan pernyataan itu. Dan kenapa setelah mengetahui masalah beliau cuba mengelak dan enggan membantunya!
Jadi apa tujuan Chua mendedahkan perkara itu sebenarnya kalau tidak untuk mengatasinya? Apakah beliau berbuat begitu kerana ingin memburukkan kerajaan Kelantan? Hendak menggambarkan kerajaan Kelantan tidak tahu menjaga rakyat? Begitukah?
Kalau itulah tujuan Chua alangkah dangkal dan naifnya politik beliau. Orang seperti Chua ini tidak seharusnya dilantik menjadi menteri untuk memegang apa-apa porfolio pun. MCA telah melakukan kesilapan besar menukar Chua Jui Meng dengan Chua Soi Lek.
Beliau sepatutnya tidak bermain politik di dalam soal ini. Seharusnya beliau lebih telus dan prihatin dan tidak sama terbawa-bawa dengan tindak tanduk pemimpin Umno dalam melayan apa-apa keperluan di Kelantan. Politik MCA di Kelantan tidak akan ke mana pun.
Dalam pada itu kita harap Chua sedarkan diri di mana dia berdiri dan bumi siapa dia pijak serta langit mana beliau berteduh. Beliau jangan melampau dan merasa boleh melakukan apa-apa sahaja yang dia suka. Sentiasalah tahu di mana asal usul kita dan apakah janji kita semasa mewujudkan negara ini?
Apakah kerana Kelantan majoritinya orang Melayu maka beliau boleh lakukan mengikut semagat chauvenisnya? Dan kita ingin tahu apakah layanan yang sebegitu juga kalau takdirnya majoriti rakyat Kelantan terdiri dari Tionghua?
Sepatutnya dalam soal nyawa (kesihatan) beliau tidak payah bermain politik. Sebagai seorang doktor yang dianggap profesional, beliau harus rasional. Jangan meletakkan kepentingan diri (politik), di hadapan tetapi utamalah kepentingan rakyat tanpa mengira etnik.
Chua juga mesti tahu kalau dia mengeluarkan wang beratus ribu ringgit untuk Kelantan, wang itu bukan dari tabung MCA, tetapi wang itu wang kerajaan di mana rakyat Kelantan juga berhak menerimanya. Chua hanya dilantik untuk menjaga amanah rakyat dalam bidang kesihatan bertindaklah mengikut etika dan bidang kuasa, jangan cuba melencung.
Tidak menjadi kesalahan kalau negara ini mencurahkan wang ke Kelantan untuk rakyatnya? Kerana negara ini adalah kepunyaan Melayu jadi tidak salah kalau wang dihabiskan (hatta dengan cara pembaziran sekali pun) untuk orang Melayu juga. Chua jangan sesekali cuba hendak menindas Melayu menerusi tiket persaudaraan beliau dengan Umno/BN dan politik.
Lain kali kita harap menteri kesihatan berkenaan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan serta tindakan menerusi kuasa yang diberikan kepadanya. Ingat kuasa itu (menteri) bukan untuk MCA atau masyarakat Cina tetapi untuk semua rakyat negara ini.
Sesungguhnya kenyataan Chua yang enggan berbincang dengan kerajaan Kelantan itu menyakiti dan mengguris hati orang Melayu khasnya Kelantan. Akhir sebelum nak komplen soal Kelantan Chua kena pastikan setiap pintu masuk hospital di negara ini tidak mudah bolos.
Kehilangan bayi di hospital besar Sungai Petani yang didakwa dilarikan oleh kakitangan hospital (di bawah Kementerian Kesihatan) menunjukkan sikap dan juga keupayaan sebenarnya Chua sebagai Menteri Kesihatan. Kalaulah saya jadi Chua (menteri) saya akan berundur dengan terhormat sebagai menteri. Apa macam? - Reformasi.Tun Paduka Tuan - 24.06.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Wira Gempur: Chua Soi Lek Perlu Letak Jawatan Jika Projek Perintisnya Gagal
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN