![]()
Bapa Marina Tidak Layak Menganggotai FCI
Oleh Tun Paduka Tuan (Laman M@RHAEN)Bekas Perdana Menteri Malaysia alias si gila talak, si bapa Marina tidak layak untuk menganggotai Jawatankuasa Kecemasan Untuk Iraq (FCI) bagi memantau proses pengadilan terhadap bekas pemimpin Iraq termasuk Saddam Hussein memandangkan reputasi dirinya sendiri buruk, teruk dan boleh dipertikai.
Pelantikan bapa Marina menganggotai jawatan itu bersama bekas Presiden Algeria, Ahmed Ben Bella, bekas Menteri Luar Peranchis, Rolan Dumas dan bekas Peguam Negara Amerika Syarikat, Ramsey Clarke memalukan negara ini dan suatu pemilihan yang tidak tepat dan tidak menggunakan perimbangan akal yang panjang.
Bapa Marina sendiri sebelum menerima tawaran itu sepatutnya sedar dan insaf diri sendiri untuk menerima pelantikan itu. Dan negara ini khas Abdullah selaku Perdana Menteri seharusnya tidak mengiktiraf pelantikan itu untuk menjaga maruah negara.
Banyak sebab kenapa si gila talak itu tidak layak menganggotai jawatan kuasa berkenaan. Seseorang yang hendak menjadi pengadil atau hakim apa lagi dalam kes sebesar itu (melibatkan negara luar dan bekas seorang Presiden) seharusnya mempunyai maruah dan reputasi diri yang tinggi.
Seseorang itu juga tidak mesti tercalar dengan ha-hal perogolan undang-undang, campur tangan (interfere) di dalam keputusan hakim dan juga pendakwaan seseorang di negaranya sendiri.
Beliau juga hendaklah terdiri dari seorang yang menghormati kepada mahkamah, hakim dan juga seluruh sistem perundangan yang dibentuk oleh negaranya. Kalau seseorang itu merupakan anti kepada kesucian dan ketelusan undang-undang negaranya bagaimana dia boleh diharap untuk ikhlas dan telus dengan perundangan negara lain?
Rekod telah mencatatkan si gila talak itu telah terlibat dengan semua ‘jenayah perundangan’ di negaranya. Beliau telah mencabuli pendakwaan, penghukuman dan juga persaksian di dalam mahkamah. Malah lembaran sejarah hidupnya juga telah memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas kerana Salleh enggan menuruti kehendaknya.
Si gila talak itu adalah penjenayah undang-undang nombor wahid di negara ini malah di antara pembesar negara di rantau ini yang tidak segan silu menggunakan kuasanya untuk kepentingan dirinya.
Penahanan, pendakwaan dan penghukuman bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim jelas mempunyai campur tangan bapa Marina itu. Belum pernah berlaku dalam proses perundangan negara ini di mana seseorang suspek dimalukan demikian rupa.
Sebelum Anwar di bawa ke mahkamah, affidavit mengenai kesalahannya telah disiarkan secara meluas di dalam akhbar utama negara ini. Inilah satu keganjilan dan keanehan dan juga kecelakaan besar yang berlaku di zaman bapa Marina menjadi PM negara ini selama 22 tahun. Tidak pernah berlaku affidavit seseorang suspek itu disiarkan sebelum ianya di bawah ke mahkamah.
Campur tangan dan perogolan ke atas institusi undang-undang bukan setakat itu sahaja, beliau juga turut terlibat dalam urusan soal siasat dan pendakwaan. Bapa Marina telah memilih seorang hakim yang bersedia mengikuti kehendaknya dalam membicara Anwar Ibrahim.
Persekongkolan Hakim ini jelas apa bila beliau (hakim) menolak dan tidak bersedia memenuhi permintaan OKT untuk memanggil bapa Marina ke mahkamah untuk disoal siasat oleh peguam Anwar? Kehadiran bapa Marina perlu kerana beliau adalah saksi utama di dalam sebahagian perbicaraan Anwar itu.
Penglibatan bapa Marina berterusan sampai kepada peringkat membuat keputusan – menjatuhkan hukuman. Walaupun beliau menafikan tidak membayangi keputusan hakim tetapi dunia semua mengetahui apa yang berlaku.
Urusan penghakiman ke atas Anwar baru bebas dan telus apabila Abdullah Badawi Al Hadhari menjadi Perdana Menteri. Hakim yang menghakimi Anwar tidak lagi dibayangi oleh kuasa prerogatif Perdana Menteri lantas itulah hakim memberi keputusan bagi membebaskan Anwar.
Dunia dan rakyat Malaysia yakin kalau pada 3 September 2004 itu bapa Marina masih lagi menjadi PM, hakim tidak akan membuat keputusan berpihak kepada Anwar. Keputusan tidak akan menjadi 2 – 1 membebaskan Anwar sebaliknya 2 – 1 menyalahkan Anwar. Mungkin kalau si gila talak itu masih menjadi PM sampai ke hari ini wira semua bangsa itu masih meringkuk di dalam penjara.
Rekod pengkhianatan dan campur tangan bapa Marina dalam proses undang-undang bukan sahaja dalam kes Anwar. Terdapat banyak lagi kes-kes perdana lain yang sangat jelas yang dipengaruhi oleh kuasa Perdana Menteri. Kes Rafidah Aziz adalah contoh paling klasik.
Penglibatan serius ini meletakkan bapa Marina seorang yang kotor dan jelek dan berlumuran najis (dari kaki hingga ke kepala) dalam proses undang-undang. Tidak pernah terbayang dan tidak berlaku seseorang yang sudah diproses untuk dihadapkan ke mahkamah tetapi ditarik balik?
Peguam Negara sudah pun menyiapkan kertas pertuduhan ke atas Rafidah berhubung rasuah melibatkan anak menantunya tetapi ia ditarik balik? Tidak ada sebab dan alasan dari sudut perundangan mengenai penarikan balik kes Rafidah itu, dan ini meletakkan kuasa membantah itu di tangan Perdana Menteri iaitu bapa Marina.
Apakah kertas pertuduhan itu tidak lengkap, dan kalau tidak lengkap maka ia sekali lagi menunjukkan kelemahan sistem undang-undang di mana Peguam Negara tidak tahu membuat melaksanakan kerjanya?
Berdasarkan penglibatan tidak bermoral bapa Marina di dalam pengadilan di negara ini sudah cukup membuktikan beliau bukan seorang yang putih terhadap undang-undang dan keadilan. Beliau munafik dalam memberi keadilan kepada manusia di negaranya sendiri.
Jadi bagaimana beliau boleh diharapkan untuk menjadi ‘hakim’ untuk mengadili kesalahan di peringkat dunia? Justeru pelantikan beliau oleh FCI itu meragukan dan perlu dipertikaikan. Apakah tidak mustahil si gila talak itu sendiri melobi agar dia dilantik ke situ?
Seperti mana akuinya pertemuan beliau dengan bekas Peguam Negara Amerika Syarikat di Amman itu dijadikan tapak untuk beliau melobi menduduki jawatankuasa itu dalam usaha membina imej dirinya yang telah dicap sebagai penjenayah undang-undang oleh rakyat negara ini. - Reformasi.
Tun Paduka Tuan - 21.06.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN