ANNUAR CUBA HUBUNGKAN MUHMMADNOOR MATHA
DENGAN ABDULLAH DEMI KEPENTINGANNYA

Oleh Tun Paduka Tuan (Laman M@RHAEN)

Tidak berapa lama dulu menerusi laman ini didedahkan mengenai balada ataupun kisah Annuar Musa yang dikaitkan dengan seorang penjenayah peringkat antarabangsa bernama Ooi Kee Siang.

Ooi Kee Seng dikaitkan dengan Annuar Musa kerana mafia pemalsuan kad kredit itu telah mendapat beberapa buah projek di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di mana Annuar selaku menterinya.

Sekurang-kurang dua projek yang diberikan kepada Ooi, iaitu projek penanaman bunga orkid di Johor Bharu dan di Bukit Besi di Terengganu.

Apabila timbul isu penyelewengan di dalam projek PPRT bernilai RM47 juta dan membabitkan Ooi sebagai Pengarah sebuah syarikat yang mendapat projek dari KPLB, Annuar menafikan yang beliau kenal dengan Ooi ini.

Mati-matian beliau mengatakan tidak kenal dengan lelaki Cina berkenaan. Tujuannya ialah untuk mengelabukan mata umum bahawa beliau tidak menerima apa-apa sogokan dan suapan dari Ooi sebagai imbuhan di atas jasa baiknya memberikan Ooi beberapa projek di bawah kementeriannya.

Namun pun begitu penafian itu tidak valid apabila ada bukti menunjukkan yang Ooi memang berhubung rapat dengannya dan Annuar memang mengenali Ooi. Sekurang-kurangnya ada tiga bukti menunjukkan Annuar dan Ooi saling kenali mengenali.

Pertama Ooi adalah rakan kongsi kepada dua buah syarikat yang melibatkan isteri Annuar, Rosniah Abdul Rahman, dan kedua Ooi juga terlibat membeli salah satu kereta Mercedes Benz Annuar dan juga tolong membayar Mercedes Benz WCE 1 (gambar kiri) dan ketiga Annuar pernah merasmikan pejabat (projek) Ooi di Johor Bharu.

Bukti-bukti ini jelas menunjukkan Annuar bukan sahaja kenal tetapi sangat rapat dengan Ooi Kee Siang. Berkemungkinan juga mereka berdua ada “understanding” dalam hal-hal tertentu seperti projek yang diusahakan oleh Ooi.

Keadaan itulah menyebabkan Annuar cukup takut dengan manusia bernama Ooi ini. Dalam perkiraan Annuar, Ooi akan menjadi saksi penting di dalam kes penyelewengan yang membabitkan beliau. Dan sekiranya Ooi didakwa di mahkamah (atas penipuan projek PPRT) Ooi akan menelanjangkan seluruh rahsia Annuar dan juga tangan ghaib di sebalik projek yang diusahakan oleh penjenayah berkenaan.

Justeru beliau kena melindungi Ooi dengan apa cara sekali pun. Sebab itu bagi Annuar apabila Ooi terlepas dari kurungan polis di Pulau Pinang beliau (Annuar) sangat bergembira. Kerana saksi penting berhubung penyelewengan PPRT yang melibatkannya sudah tidak ada.

Dalam usaha melindungi Ooi ini Annuar dikatakan mendapat bantuan daripada orang bernama Wan Muhammadnoor Matha, bekas Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Thailand dan juga bekas speaker Dewan Rakyat Thailand. Atas dasar kepentingan itulah Annuar sangat rapat dengan Muhammadnoor.

Hakikat ini dapat dilihat kepada komunikasi (pergi-mari) di antara keduanya. Annuar kerap berkunjung ke Selatan Thailand dan menghadiri majlis-majlis anjuran Muhammadnoor. Dan begitu juga sebaliknya Annuar sering mengundang Muhammadnoor ke majlisnya di negara ini termasuk yang diadakan di dalam kawasannya di Ketereh, Kelantan.

Dari sumber lain pula memberi tahu kedua bekas menteri ini ada kerjasama dalam bidang perladangan sawit di Selatan Thai. Kononya ladang itu diusahakan untuk kepentingan umat Islam di Selatan Thailand. Sejauh mana sumber itu benar tidak dapat disahkan setakat ini!

Tetapi yang pastinya keakraban mereka berdua melebihi daripada keakraban dua orang sahabat. Rakyat Malaysia tidak faham kenapa Annuar harus berada dalam lingkungan yang begitu rapat dan akrab dengan Muhammadnnor Matha. Sedangkan Muahmamdnoor tidak pernah pun memberi atau membawa apa-apa projek (faedah) untuk rakyat Ketereh khasnya dan rakyat Kelantan amnya.

Di dalam hal ini Annuar dan Muhammadnoor saling beri dan menerima di antara satu sama lain. Atas kepentingan dan hubungan itu jugalah orang melihat kesungguhan Annuar mendedahkan kononnya kerajaan Kelantan memberi kawasan balak kepada gerila Selatan Thailand semasa sidang Dewan DUN Kelantan tidak lama dulu dilihat sebagai membantu Muhammadnoor.

Pendedahan itu sebagai maklumat untuk membantu Muhammadnoor mendapat keyakinan dan ‘mata’ di Bangkok demi survival politiknya.

Paling baru perjumpaan mereka ialah semasa konvensyen Kemajuan Kelantan anjuran Umno dan Majlis Kemajuan Kelantan (MKK) baru-baru ini. (gambar kanan) Muhammadnoor menjadi tetamu istimewa Annuar dan diletakkan di atas pentas bersama Pedana Menteri, Abdullah Badawi Hadhari. Kedudukan itu tidak nampak apakah relevannya.

Untuk apa Annuar memberi tempat dan kedudukan seistimewa itu kepada Muhammadnoor Matha sehingga melupa teman-teman lain di Kelantan yang lebih berguna untuknya? Kalau bukan kerana jasa dan juga budi baik sudah pasti Muhammadnoor tidak berada di tempat itu. Dalam masa sama Annuar cuba pula menghubungkan di antara kedua mereka itu (Abdullah dan Muhammadnoor).

Bagaimana pun usaha Annuar itu tidak berjaya. Abdullah tidak pun memberi layanan istimewa kepada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand itu. Semasa di atas pentas utama tidak nampak pun Abdullah berinteraksi atau bertanya sesuatu kepada Muhammadnoor.

Bagi Abdullah mungkin merasakan kehadiran orang seperti Muhammadnoor yang kurang disenangi oleh Melayu Selatan Thai kerana sifat politik talam dua mukanya itu tidak memberi banyak manfaat kepadanya dan juga kerajaan Malaysia. - Reformasi.

Tun Paduka Tuan - 09.06.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)

Artikel-artikel berkaitan:
Apakah Motif Annuar Kaitkan Wang Perkim Dengan PULO?
Annuar Melenting Bila Kisah Tabal Tengku Ibrahim Dibangkit
Ikhlaskah Abdullah Benarkan BPR Siasat Politik Wang Dalam Umno?


Hantar artikel ini kpd sahabat: