![]()
BEKAS PM SEMAKIN MELALUT @ GILA
Oleh Tun Paduka Tuan (Laman M@RHAEN)SEMAKIN hari bekas Perdana Menteri yang juga bapa Marina Aids semakin melalut dan panas kepala. Akhir-akhir ini beliau banyak bercakap soal-soal yang seharusnya beliau luah semasa menjadi Perdana Menteri dulu. Semasa memilik kuasa beliau diamkan sahaja topik-topik berkenaan dan seolah-olah tidak ada noda apa-apa pun kepada perkara itu.
Paling baru ialah bapa Marina itu kurang senang dengan sikap kerjaan enggan mendedahkan pemberian AP kereta. Bekas PM itu mendakwa kelemahan dalam pemasaran kereta nasional (Proton) ialah disebabkan lambakan AP. Justeru bliau mahu kerajaan ‘Islam Hadhari’ kawal pemberian AP itu.
Lanjutan dari itu beliau juga mahu kerajaan mendedahkan penerima AP. Tetapi menteri bekas kabinetnya, Rafidah Aziz (yang juga sudah siap sedia untuk didakwa kerana rasuah) enggan berbuat demikian. Alasan Rafidah itu adalah polisi kerajaan.
Bapa Marian Aids akur dengan keputusan yang sudah tentu beliau sendiri terlibat mengenainya. Walaupun beliau mengatakan polisi menggelapkan AP adalah di zaman PM-PM terdahulu itu adalah alasan sahaja. Beliau tidak boleh menjadikan tradisi itu sebagai membela dirinya. Sebagai PM beliau berhak untuk mendedahkannya kepada umum. Kenapa beliau tidak berbuat demikian?
Bukankah banyak perubahan yang beliau lakukan di zamannya? Ini termasuk menganjak jarum jam, dasar pandang ke timur, penerapan nilai Islam dan sebagainya. Apakah soal AP itu beliau terlupa untuk melakukan sesuatu?
Bekas PM itu melenting kerana nama anaknya disebut sebagai penerima AP. Kalau nama anaknya tidak didedahkan tentu bekas PM itu tidak melenting dan jadi panas kepala. Mungkin dia sendiri juga suka kalau soal pemberian AP itu didiamkan sahaja kerana kebanyakan yang menerimanya para kroninya. Tetapi kerana terkena ke atas batang hidungnya maka beliau melenting.
Hal lain yang diucapkan oleh bapa Marina ialah mengenai rasuah. Dalam satu kenyataan beliau melahirkan rasa bimbang mengenai rasuah yang berleluasa dan akan menjadi budaya di dalam masyarakat.
Sekali kali orang bingung dan merasakan lalutan bekas PM itu kian menjadi-jadi. Kenapa beliau baru bercakap hal rasuah hari ini selepas ketiadaan kuasa? Kenapa tidak sebelum ini? Apakah beliau ingin menafikan bahawa rasuah tidak berlaku pada zamannya?
Sepatutnya bapa Marina jangan jangan cakap banyak atau melalut sebaiknya diam sahaja. Lagi banyak bercakap menyebabkan orang merasakan dia semakin gila. Kebusukan negara yang dilakukan tidak boleh diselindungi dengan sehelai daun. Semua orang sudah tahu para perasuah yang ada hari ini berlaku di zamannya. Lapan belas orang berprofil tinggi terlibat rasuah semuanya hidup mewah di zamannya. Kenapa beliau tidak dakwa? Mereka itu bukan baru belajar menerima dan memberi rasuah di zaman Islam Hadhari ini!
Bekas PM itu tidak usahlah nak jadi hero selepas berhenti. Manusia yang jelas melakukan rasuah di mana Peguam Negara sudah pun menyiapkan kertas pertuduhan pun boleh ditarik balik. Apakah peristiwa ini bekas PM itu tidak ingat? Kalau tidak ingat kita peringatkan hamba Allah itu ialah Rafidah Aziz.
Cakap-cakap selepas bersara oleh bekas PM ini adalah di antara taktik dan strategi untuk melindungi dirinya sahaja. Sebenarnya tidak payah sesudah berhenti bapa Marina hendak melindungi kesalahannya. Lagi banyak bercakap orang akan nampak akan kelemahan dan kesalahannya. Seelokknya beliau duduk diam sahaja.
Betapa pun beliau begitu beriltizam untuk membangunkan negara, membela rakyat dan sebagainya, ia sudah terlambat. Beliau sepatutnya lakukan sejak 22 tahun dulu ketika beliau memiliki kuasa, bukannya hari ini sesudah pencen. Cara bekas PM hendak membela dan menjaga negara itu sama seperti sikap bapa Sazali di dalam filem “Anaku Sazali”.
Melihat kepada gelagat dan telatah bapa Marina ini beliau seolah-olah gila talak. Beliau seperti menyesal kerana melepaskan jawatan PM sesudah menangis di PWTC. Kesian kepada bapa Marina, kadangkala hari ini dia berlagak seperti PM lagi. Mungkin dia terlupa bahawa dia sudah tidak menjadi pemimpin nombor satu negara lagi. Barang kali nyanyuknya semakin menjadi-jadi!
Walaupun ada kalanya yang diucapkan oleh bekas PM itu ada logiknya, tetapi lebih afdal baginya kalau dia tidak bercakap. Menyerahkan negara ini kepada pemimpin yang ada hari ini. Lagi beliau bercakap menjadi tambah celaru kerajaan hari ini. Rakyat juga akan keliru siapakah Perdana Menteri Malaysia sebenarnya?
Campur tangan bekas PM termasuk soal polisi kerajaan, baik politik, kewangan dan sebagainya, tambah mengharu-birukan lagi. Kalau kita sudah berhenti buatlah cara berhenti. Dulu kata nak main dengan cucu, nah hari inilah mainlah sepuas-puasnya, jangan cuba ganggu pentadbiran orang lain lagi. Kalau sudah bersara buatlah seperti orang bersara.
Kita bimbang kalau bekas PM itu terus bersikap degil begitu – gila talak, cucunya nanti entah ke mana dan negara pula akan jadi kucar-kacir. Lebih malang lagi rakyat juga tidak akan mengenang sisa-sisa jasa dan baktinya kepada negara selama 22 dulu. Wahai bekas PM duduklah diam-diam! - Reformasi.
Tun Paduka Tuan - 09.06.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)