KESIAN SYED RAZAK: 
KETAHUILAH, AHLI UMNO CERDIK SIKIT DARIPADA AYAM DAGING


Oleh Tun Paduka Tuan (Laman M@RHAEN)

Sebak dan pilu juga mendengar rintihan (bakal bekas MB) Kedah Syed Razak Syed Zain mengenai perlakuan ahli Umno Kedah terhadapnya yang sedang sakit kini. Kata Syed Razak kesetiaan ahli Umno kepadanya tiba-tiba berubah apabila mendengar spekulasi mengenai dirinya.

Beliau lantas menyifatkan mereka yang mengamalkan politik demikian sebagai berpolitik cari makan. Marah dan kesal betul nampaknya Tuan Syed kita itu.

Perubahan kesetiaan dan sokongan itu barang kali sangat mengejutkan beliau. Sebelum ini walaupun beliau tahu gejala itu tetapi belum pernah merasainya kerana belum dialami sendiri. Mungkin kerana itu jugalah penyakitnya menjadi-jadi. (sehingga dua kali diterbangkan ke Singapura).

Tetapi Tuan Syed bagi kita orang (pemerhati Umno) sedikit pun tidak rasa hairan dengan perubahan sikap orang Umno terhadap Tuan Syed itu. Sikap dan fe'el ahli Umno itu bukan sesuatu yang baru, tetapi itulah budaya ahli Umno sebenarnya.

Sejak dari dulu hingga kini dan selamanya begitulah sikap ahli Umno. Mana lagi ada ahli Umno yang setia kepada perjuangan di era pasca Merdeka ini. Atau yang setia dan taat kepada pemimpin mereka. Yang sanggup bergadai bergolok demi perjuangan, sudah tidak ada lagi. Semuanya masuk Umno kerana nak cari ‘makanan tumpah’ Tuan Syed, makanan tumpah!

Soal setia dan sayang pemimpin juga sudah sirna. Bagi ahli Umno yang dididik dengan kebendaan (kemajuan melampau) itu mereka akan sayang kepada pemimpin yang boleh menyuap mereka sahaja. Jadi yang sudah tidak boleh menyuap (ketar tangan misalnya), mereka akan nyahkan begitu sahaja.

Semuanya berjuang di dalam Umno untuk cari makan. Saya rasa Tuan Syed juga begitu. Kalau Tuan Syed tidak nak cari makan dalam Umno dan kerajaan buat apa lagi Tuan Syed tercatuk lagi di kerusi itu. Kaki sudah lemah, tangan sudah menggeletar macam mana Tuan Syed nak menjalankan kerja-kerja untuk membangunkan Kedah. Pergi ke pejabat pun terpaksa naik kereta sorong orang kena tolak, macam mana nak kerja?

Kenapa Tuan Syed tidak berundur, apakah alasan itu kerana nak teruskan perkhidmatan ataupun menambahkan makanan?

Sepatutnya Tuan Syed sedar dan insafkan diri dan tidak paksa diri bekerja lagi. Berilah laluan kepada pencari makan lain di dalam Umno yang masih banyak itu dan sangat tergila-gilakan jawatan itu untuk menambahkan hasil dan khazanah peribadi mereka.

Berbalik kepada perjuangan mencari makan di dalam Umno, ia bukan berlaku di Kedah sahaja. Gejala itu wujud di mana-mana sahaja. Di mana ada cawangan, bahagian dan negeri Umno di situlah wujudnya budaya itu. Di situlah berhimpunnya pencari makanan tumpah  di dalam Umno.

Sebab itulah kalau mereka (ahli Umno) masuk dalam Umno dan berjuang beberapa hari, termasuk yang mengangkat bendera pada sesuatu pilihan raya atau pakai baju T lambang BN / Umno jika tidak dapat habuan mereka akan tinggal perjuangan Umno. Mereka akan memaki hamun Umno dan mencari koloni (parti) lain pula bagi meneruskan kerja mencari makan itu.

Kerana trend begitu jugalah maka nilai dan matlamat perjuangan Umno sudah tidak bererti lagi. Hari ini mana ada lagi ahli Umno yang memperhitungkan nasib bangsa Melayu lagi. Mana lagi ada yang bercakap soal bahasa Melayu, budaya Melayu dan apa-apa hal mengenai Melayu. Semuanya galak bercakap fasal ekonomi dan pembangunan – maknanya soal makan dan minumlah tu.

Malahan kepentingan agama juga mereka lupakan begitu sahaja asalkan perut mereka buncit! Mereka akan tidak peduli apa lagi nak jadi kepada agama, janji perut mereka mengelembung dan dubur boleh mengeluarkan najis. Mereka tidak akan hiraukan apa-apa lagi.

Kebanyakan ahli Umno kini ada syarikat dari, serendah ahli sampai ke sebesar ahli. Yang besar ada syarikat korporat, (listed company) yang kecil pula setidak-tidaknya lesen kelas F baiki dan gali longkang.

Buatlah kajian ke atas ketua Pemuda Umno dan juga Ketua Bahagian, siapa yang tidak punya syarikat. Semuanya ada. Semua jadi kontraktor secara tiba-tiba walaupun tidak pernah kenal tukul dan pegang paku.

Kerana sikap inilah juga menyebabkan banyak bangunan runtuh atau retak. Beratus juta wang rakyat hangus gara-gara mereka. Keadaan ini ditambahburukkan lagi dengan budaya rasuah di dalam Umno. Projek berharga RM1 juta dimake-up sampai RM2 juta. Kerana nak untung banyak maka pembinaan pun tidak mengikut spek (ukuran/syarat) yang ditetapkan.

Kesetiaan dan tanggungjawab sudah tidak ada di dalam Umno. Ia bukan lagi menjadi sesuatu yang dititik beratkan. Bersetia, Bersatu dan Berkhidmat itu hanya tinggal menjadi slogan tahi itik sahaja. Jadi jangan haraplah dalam keadaan tubuh sudah lemah longlai, mata sudah kelabu Tuan Syed mengharapkan akan ada sang setia kepada Tuan Syed. Ada yang pergi jenguk Tuan Syed di hospital (untuk tengok tenat ke tidak pun) sudah mujur, duhai Tuan Syed.

Ahli Umno hari ini memilih pemimpin bukan berdasarkan kewibawaan dan merit seseorang. Soal bijak, berwawasan, apa lagi jujur ikhlas tidak menjadi perhitungan lagi. Yang mereka pentingkan ialah seseorang itu dapat memberi sesuatu kepada mereka. Memberi upah sesen dua.

Kalau seseorang itu dapat berikan sesuap nasi, mereka akan dokong dan puja melangit biru. Mereka tidak akan hirau apakah setinggi dan serendah mana moral orang itu, atau pun apakah dia seorang penjenayah atau penyangak, janji boleh tolongnya akan disokong.

Begitulah kayu pengukur yang digunakan oleh ahli Umno terhadap pemimpin mereka.

Jadi kesimpulannya Tuan  Syed tak usahlah bersedih dan berdukacita dan berlara nestapa dengan fe’el dan perangai orang-orang Umno. Sudah begitu rasminya ahli-ahli parti yang dibesarkan dengan material dan bukan semangat perjuangan tulen itu.

Untuk pengetahuan Tuan Syed orang Umno persis ayam daging sahaja. Apa yang mereka tahu hanya mengunyah dan mengunyah, mereka sedikit pun tidak menyedari masa pisau akan sampai ke lehernya. Asal boleh makan mereka tidak akan pedulikan apa-apa lagi hatta nyawa dan masa depan mereka.

Tegasnya mereka (ahli Umno) cerdik sedikit dari ayam daging kerana mereka boleh bersanggama, sedangkan ayam daging tidak boleh ‘bergituan’ lagi kerana sudah dikasi dengan kebendaan, itu sahaja. - Reformasi.

Tun Paduka Tuan - 21.05.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: