AWAS! 
ADA WEBSITE AKAN SABOTAJ 
KONVENSYEN PENGAMPUNAN ANWAR 1 MEI NANTI


Oleh Tun Paduka Tuan (Laman M@RHAEN)

Awas! Ada sebuah berita jahat akan menjelma dalam sehari dua ini menerusi sebuah website yang selama ini menganggap dirinya bebas dan telus, akan menyebarkan berita kononnya Konvensyen Pengampunan Anwar Ibrahim bakal diadakan 1 Mei hadapan tidak mendapat sambutan dan perkenan Anwar Ibrahim.

Website berkenaan khabarnya sedang menyiapkan empat siri rencana bertujuan untuk menggagalkan konvensyen berkenaan dan mengelirukan orang ramai.

Daripada maklumat yang diketahui di antara isi kandungan rencana berkenaan, website itu akan mendedahkan kononnya program pengampunan itu tidak mendapat restu bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Selain Anwar, golongan reformasi yang selama ini berjuang bermati-matian untuk membebaskan Anwar juga tidak merestuinya dan akan mendesak agar program pengampunan itu dibatalkan.

Rencana jahat itu juga akan cuba mempersoalkan siapakah di sebalik program (konvensyen) pengampunan itu. Mereka menimbulkan keraguan ini kerana Anwar atau parti naungannya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menunjukkan diri yang mereka terlibat.

Kononnya sehingga kini tidak ada apa-apa kenyataan oleh mereka berhubung konvensyen berkenaan.  Dan keadaan ini dijadikan alasan oleh website berkenaan untuk menggagalkan konvensyen itu.

Seperti mana yang diketahui, konvensyen berkenaan memang tidak melibatkan diri Anwar Ibrahim secara langsung. Ianya diusahakan oleh rakyat marhaen yang menyintai kedamaian dan mahu melihat keadilan tertegak di negara ini.

Penganjur konvensyen berkenaan tidak mempunyai apa-apa motif melainkan untuk melihat keadilan ditegakkan dan demi kepentingan umum.

Sementara itu Sekretariat Konvensyen berkenaan yang terletak di Jalan Ipoh juga dikatakan menerima pelbagai ugutan dan sekatan daripada tertentu. Namun kerja-kerja terakhir untuk menjayakan konvensyen berkenaan tetap diteruskan juga atas keyakinan usaha itu adalah untuk kebaikan.
 
Justeru itu semua pihak hendaklah berwaspada dan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah dan juga fitnah yang bakal disebarkan oleh website berkenaan. - Reformasi.

Tun Paduka Tuan - 21.04.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: